Salam,
Aku rasa kebanyakan dari kita memang biasa dan mungkin pernah beli dengan ZALORA kan? Best dok?? best kan, sebab ZALORA ni salah satu kedai online yang terbesar, banyak pilihan dan memang senang nak berurusan, yelah nak pulak kalau korang macam aku ni, bekerja dan beranak kecik. Dulu masa bujang sempatlah ko nak pergi Jalan TAR berjam-jam membelek baju, kot nak catwalk cuba berpuluh baju pun siapa lah nak kisah, berpanas berhujan pun takpe, pendek kata nak beli sehelai je, tapi kemain bergolok gadai menghabiskan masa berjam-jam nak pilih baju punya pasal. Bila aku dah ada Aish manalah sempat nak buat semua tu, kalau sempat pun, kena main sambar-sambar je, nak cuci mata pun tak sempat..wuwuwu, kang Daddy dah jeling lain macam dengan pesanan penaja "Rin, cepat sikit, awak ni ada anak kecik" habis camne?? APTB.
Cuba korang usha website ZALORA, hari tu aku tengok, mak oiiii banyaknya pilihan baju dia, nak beli pun senang, klik klik je, transfer duit, settle, servis dia pun cepat, antara baju kat ZALORA yang buat aku meleleh airliur ialah baju muslimah, auuwwww cantik dan style gila okeh. Nah aku kasi link BAJU MUSLIMAH terus untuk korang tekan lelaju.
Tengok ni tak ketat dan tak seksi, corak rimau lagi, ni kalau Aish nampak aku pakai ni mau dia takut takmo dekat..gahahaha, boleh mak ko ni jalan sorang-sorang feeling-feeling single, tak pun tiap kali dia nampak aku pakai mesti mulut dia asyik "roar, roar" je..hahaha. Dia dah pandai buat bunyi binatang tau..hehehe
Style habis ni, cantik..cantik ish..ishh ishh (sambil geleng-geleng kepala)
Lepas tu kalau korang nak tau, koleksi baju muslimah kat ZALORA ni semua dari jenama terkemuka di Malaysia tau dan pastinya ZALORA memang mementingkan kualiti, tak caya?? cer try beli satu, confirm korang puas hati. Nah aku bagi lagi, dah nak gaji kan, boleh cuci-cuci mata dulu, gaji je kang berdesuppp ko beli ye..hehehe. Oklah aku nak gi cuci mata jugak ni sebab suamiku dah nak gaji sabtu ni..ehehehe hai bang!!, bye!
yang baju hitam tu cantik!
ReplyDelete