Klik Jommm

Friday, June 21, 2013

Aish at 11 months to 14 months

Salam, dah Jumaat balik la, cepat betul oiihhh. Hari ni nak update pasal anak bujang kesayangan. Bulan ni Aish dah setahun dua bulan, baru mak dia nak update pasal dia masa 11 bulan dulu, so lumpsum kan saje, malas nak buat berkali-kali.









11 MONTHS

*Dah faham simple arahan like "clap your hand", "bye", nanti dia akan buat macam yang kita suruh

*Suka makan, suka makan, suka makan

*Suka bila aku nyanyi lagu "one little two little three little indian"

*Bila cakap "where is your teeth, show me" nanti slow-slow tangan kenit tu dia bawak dekat teeth..aiyooo mommy geram tengok adik..grrrr grrrr

*Dia suka sangat main suis. Kalau ko cakap "No, no, no" tak laku, dia tetap buat jugak, aku pukul slow tangan dia, nanti mata dia tengokkkk je aku tapi tangan dia merayap balik kat suis tu, mulut sengihhh je, pandai ye ko nak bergurau. Tapi kalau aku cakap "No mummy no mummy no" nanti dia geleng kepala tahap nak tercabut..haha

*Pandai makan sendiri, tapi kadang-kadang dah masuk mulut pun boleh terkeluar balik, sebab makanan dah sampai dalam mulut, tangan dia tak reti nak lepaskan makanan, so by the time dia keluarkan tangan dari mulut, baru dia lepaskan, jatuh ke lantai le jawabnya

*Aktif memanjat and merangkak, panjat kabinet tv and tengok tv depan-depan mata.

*Kalau dapat remote ke dia, habis semua channel dia tukar, pening aku jap channel ni, jap channel tu

*Dah pandai main sendiri, boleh jugakla sekali sekala tinggalkan dia kejap, tapi kejap je la, kalau lama-lama, boleh perang la jawabnya.

*Ok, itu je yang ingat, yang lain dah mula luput dari ingatan..haha











 12 TO 14 MONTHS

*Masih belum berjalan sehingga kini..hahaha. Banyak-banyak skill Mommy and Daddy ada, skill lambat berjalan jugak yang dia nak cilok dari kitaorang. Kitaorang berdua start jalan masa umur 14 bulan, so tak boleh la nak expect anak berjalan lagi cepat dari kitaorang. Janganlah sampai setahun setengah baru nak jalan dik, roboh pinggang mommymu ni nanti. Kalau aku tatehkan dia, cecepat dia duduk, kalau tak dapat duduk, dia angkat kaki dia tinggi-tinggi tak cecah lantai. Amboiiiii biasa dia tu, kalau tolak lion laju pulak macam tak tau nak brek.

*Pandai panggil Daddy, tapi jarang sangatlah boleh dengar, dia panggil aku Ma, nampak aku je ter Ma..Ma..Ma la dia

*Dah pandai tunjuk-tunjuk apa yang dia nak

*Makin rancak mengamuk, dulu kemain baik, jarang sangat mengamuk, nak jalan pun senang, sekarang dia punya mengamuk, haihhhh urut dada mak dia ni ha. Tak dapat je apa dia nak kemain melentik-lentik marah..kang mak ko ni melentik-lentik jugak..ko daya nak layan dik?

*Tetap bangun 2-3 kali satu malam, walaupun dia dah kenyang dinner, susu tu tetap wajib setiap malam.

*Mulut bising, dulu masa dia bawah setahun, jarang sangat nak dengar suara dia selain menyengih dia tu, sengihhh je sepanjang masa, sekarang dah banyak mulut.

*Peramah macam daddy, kalau dalam lif ada orang and orang tu buat tak tau je kat dia, dia akan panggil ok sambil sengih..aaaaa...aaaaa..bunyi macam menegur.

*Suka tengok BabyTV, kalau ada lagu favourite cecepat pergi depan tv. Suka sangat tengok HippaHippaHey..korang mesti tau kan?

*Manja dengan daddy, kalau daddy balik kerja, bunyi daddy buka pintu je, dia dah laju merangkak depan pintu tunggu kena dukung

*Kalau kita cakap "Allahuakbar" slow je tangan dia naik..hehe. Dulu kalau daddy dia sembahyang, aku cecepat ambik dia takut dia kacau, tapi sekarang aku biar je, nak bagi dia tengok dan belajar. Aku suruh daddy Allahuakbar tu kuat sikit kasi dia dengar..boleh?

*Sekarang kalau dia menangis dalam kereta, aku dah tak nyanyi, aku azan terus..serius memang aku azan, sebab tu je boleh buat dia diam, nanti tang Allahuakbar dia angkat takbir..hahahaha, jenuh mak ko azan berkali-kali dari Sek. 4 sampai Jelutong ye dik, gasaklah suara tak sedap pun, jenuh tarik nafas nak kasi harakat panjang sikit kat hujung..wahahaha

*Kalau aku tanya "Who is Aish Yusuf? Raise your hand" slow je tangan dia naik, yang kelakar bila mata dia dah layu-layu nak tidur, bila aku tanya je soalan tu, dengan lemah dia angkat tangan sikittttttt je.

*Since dia dah setahun aku dah letak garam dalam makanan dia, takdelah sampai masin, cuma nak bagi rasa je, ye aku tau ada orang cakap sampai 2 tahun garam and gula tak boleh. Tapi kalau tawar dia takmo makan, takkanlah semata sebab prinsip tu, aku nak biar anak kelaparan. Aku tak kisah kalau ko nak argue dengan aku, arguelahhhhh.

*Makin faham apa yang kita cuba sampaikan kat dia, tapi tak semua la. Dan kadang-kadang bila ko suruh dia tepuk tangan or bye, kalau dia takde mood takde de dia nak ikut, dia buat tak tau jugakkkk.

*Kalau cakap "Good Boy" automatik tepuk tangan. Faham ye kau nak.  

*Dari dulu suka belek buku, dapat je buku dia bagi kat ko suruh baca, ko habis je baca, dia menjerit suruh baca lagi, berbuih la mulut ko membacanya, sebab setiap kali habis dia menjerit. Sepanjang ko baca dia fokus je sambil sengih. Hari tu adik ipar aku datang rumah, masa aku masak aku mintak tolong dia tengokkan Aish, kesian aku tengok dia kena baca buku berkali-kali sebab Aish menjerit bila dia stop..hahaha..kenapa mendera Mama Is dik oiiii.

*Ok tu je aku ingat, tunggu dia 16 months aku update lagi. Bye!


Thursday, June 20, 2013

Alas Kaki

Salam, hari ni entry super pendek dan super sampah sebab nak membusy, nak share dengan korang kat mana aku beli alas kaki. Alas kaki ni penting tau, kalau takde alas kaki kurang seri dapur tu, macam living hall takde carpet, lantai je semata kan tak cantik tu. Ewah mukadimah kau, macamkan orang pelik sangat pasal alas kaki kau tu. 

Aku suka pergi Sakan, korang tau Sakan? Hari tu aku pergi kedai Sakan kat Rawang semata-mata nak beli alas kaki, sebab aku tengok alas kaki Ma aku cantik sangat. Rasanya sekarang ni mana-mana negeri pun ada Sakan kot, dia jual barang dari Kelantan aku rasa, murah-murah. Hari tu beli jug plastik untuk Aish RM2 je, boleh tahan besar jugak.



Ni alas kaki depan sinki, yang aku suka sebab alas kaki ni corak yang sama ada 3 saiz, satu saiz alas kaki depan pintu bilik air, 2nd saiz yang aku punya ni, and 3rd panjang sikit dari aku punya ni..paham dok?? 



Kalau dapur korang sebelah bathroom je, korang boleh beli ke 3-3 size tu macam Ma aku, cantik tau, satu korang letak depan bathroom, satu depan sinki, satu lagi yang paling panjang tu depan kabinet dapur..haaaa cantik gile ko, tapi aku beli satu je, sebab bathroom aku jauh nun di sana, kabinet dapur dan sinki aku pulak bersambung so macam tak sesuai pulak nak letak banyak-banyak. Ada a few color, yang aku ingat ada oren, hijau and coklat ni, color lain tidak ku ingat. Ni En. Syg yang pilih color coklat dia kata sedondon dengan kabinet, bilalah nak cat kabinet ni, aku nak buat warna putih, tak suka warna ni, dull kan?. Kalau upah orang mahal tak eh? Gigih tak bulan puasa ni aku mengecat kabinet agaknya..fuuuu. Ok tetiba masuk cerita kabinet pulak, gasaklah. Bila baca balik entry ni rasa macam malu pulak, alas kaki pun ko update kat blog?? tapi aku peduli apa..lantakkan, malas nak fikir, aku dah buntu nak update pasal apa sebenarnya..haha. Bye!


 

Wednesday, June 19, 2013

SuperMum

Hai!



Air favourite, Nescafe ais dalam mug favourite. 

Mug ni En. Syg belikan, besar macam kole tau, so bila mood supermum merundum lepas penat memberus baju berkati-kati, penat menyapu rumah mengumpul habuk bertan-tan, kena buat air favourite sekole besar, buat minum sambil sambung lipat kain. Aku ni suka sangat air kafein-kafein ni tau, macam teh dengan nescafe, tu pasal bila pregnant kan Aish dulu aku rasa merana sangat bila tak boleh minum kafein sebab HB rendah..hahaha ko ada merana macam aku?? Tapi anak punya pasal ku tahankan labu, 38 minggu 5 hari tau aku tahan, eh tak, tu belum campur time pantang lagi. 

Pantang family aku sampai 44 hari je, hari yang ke 45 aku terus buat nescafe ais, Ma aku jeling-jeling marah, tapi mana boleh tahan oiiii..lepas tu aku ni degil nak jugak minum, aku berazam tau dari mula pregnant, hari yang ke 45 je aku nak minum nescafe ais..hahahahaha..azam tercapai akhirnya. Jangan ikut aku sebab sepatutnya pantang minum ais kena sampai 100 hari eh, macam pantang yang itu jugak, ye ke? ke sampai sekarang korang still pantang tak minum ais? Memang hebatlah, tapi lepas hari ke 45 tu memang aku tak minum sangat ais and nescafe sebab masa tu fully bf kan Aish, bila Aish dah start campur susu, baru aku minum balik tu pun kurangkan sikit tak macam masa single dulu sampailah sekarang.

Eh korang semua kena beli mug ni lah, to boost supermom's energy..hahaha, barulah semangat membara nak buat kerja rumah, lepas ni nak belikan En. Syg mug Superdad pulak, mana aku nak cari eh? Jangan suami aku terboost energy lain sudahhhh...wooottt. Bye!


Tuesday, June 18, 2013

Aktiviti Setiap Weekend

Salam, weekend aku biasanya kalau tak balik ke rumah mertua di Rawang or balik kampung aku di Pahang, memang duduk rumah sendiri jelah. Tapi tak kira ke mana pun kitaorang pergi setiap weekend, trip ke Jaya Grocer adalah wajib setiap minggu, beli barang dapur, gitulah bila dah berumahtangga kan. Walau malas macamana sekalipun dok ingat lauk Aish takde kang nak makan apa kecintaan ku itu. Kalau kita ni bolehlah jugak beli di kedai kalau malas masak, tapi untuk anak tetap jugak kena beli bahan mentah dan tetap jugak masak untuk dia, malas camne pun tetap jugak memaksa diri masak, walaupun terpaksa skip tengok Teduhan Kasih tu, dapat pasang telinga sambil masak pun dah ok, asalkan anak aku cukup makan..haha. Paling tak senonoh duk berlari ke dapur ke depan punyalah takut tak dapat nengok Adi Putra.

Balik dari Birthday Party Zara (Ekin) hari tu terus singgah Jaya Grocer, penat pun paksa diri jugak beli barang dapur, kang dapur tak berasap. Tetiba suami rajin snap picture aku masa tengah shopping barang dapur, aku tak suruh ok, dulu dia tak pernah baca blog aku, sekarang dia peminat no. 1, tinggal tak komen je, kalau aku tak update pun dia tetap visit blog aku, lepas tu whatsapp "kenapa tak update lagi hari ni?", ni ambik gambar ni sebab nak suruh update la tu.



Sayur daun kat Jaya Grocer ni mahal la, pakkal dekat dengan rumah, kalau tak rela je aku pergi Giant or Tesco Shah Alam tu.



Hmmm...hmmmm...nak masak apa eh minggu ni?

Kitaorang ni tetiap minggu sambil shopping sambil brainstorm, hari Isnin lauk apa, Selasa lauk apa,sebab senang nak beli barang, lepas tu berebut tak nak fikir, kalau turn aku manjang tomyam aku suggest, sebab aku suka..hahahaha, lepas tu cepat-cepat cakap "ok, saya dah suggest hari Isnin dengan Selasa, Rabu sampai Jumaat awak fikir" lepas tu buat-buat sibuk beli barang, tak nak fikir punya pasal.



 Nasib baik si bujang tidur, senang sikit kerja mak ni hah



Fastfood, senang kalau nak cepat dan penat, goreng je burger..not good..not good



 Telur tetiap minggu wajib, sebab kitaorang ni hantu telur, tak sampai seminggu dah habis



Mithali betul anak mommy ni ye



Ok, dah siap, jom balik, tapi sebelum balik wajib singgah Bonjour Bakery Cafe depan Jaya ni, sebab ada kuih sedap menjilat jari, serius sedap, dah jadi wajib untuk aku beli tetiap minggu, dah beli suruh dia panaskan dalam oven, makan panas-panas..ya allah sedapppp



Dalam dia banyak cheese, lemak gile, sedap macam makan cheesecake, Bonjour ni ada a few branches jugak, kalau jumpa jangan lupa beli kuih ni tau, sedap teramat. Tapi aku lupa apa tajuk kuih ni.

Ok tu je, bye!



Monday, June 17, 2013

Aish's Birthday Present

Salam, dah almost 2 months birthday party Aish kan, tapi aku baru nak update pasal present yang dia dapat. Thank you pada semua yang kasi present, Aish n mommy happy. Banyak jugakla present yang Aish dapat, jenuh jugaklah dia nak main and jimat jugaklah duit aku dari beli kan dia mainan baru tetiap bulan..haha



Tak dapat nak ambik gambar semua, belakang-belakang tu pun ada lagi



Present paling besar dari Mama Is (adik ipar aku)


Benda ni ko kena henyak dekat ball dia, nanti keluar lagu, lagu semua lain-lain.  Present yang paling aku suka animal books, dapat 3 buah dari orang yang sama, from family ayah sedara En. Syg. Baju banyak jugak dapat, baju yang paling aku ingat dari Ena and Aqil, Aish tak muat lagi nak pakai baju tu, nanti kalau dah muat aku pakaikan and upload kat FB, tapi yang paling banyak of courselah mainan.

Nak tau kenapa aku lambat update pasal present Aish ni? Sebab aku menunggu present dari jauh, from Johor. TQ Fifi and Rissa, aku jemput Fifi datang, tapi jauh kan so dia tak dapat nak datang, but still kirim present untuk Aish, segan aku rasa. Serius segan, tq akak suka sangat present dari Fifi ni, cute :)



Car sticker yang super cute

Bye!

Friday, June 14, 2013

Gojes yang SuperGojes

Salam, dah hari Jumaat, cepat betul masa berlalu. Hari ni nak show off sikit. Saya ahli Gojes..heheheheh, anda?? kahkah poyo nak mampus. Aku rasa kebanyakan penulis blog mak-mak ni confirm Gojes dan kebanyakannya mak-mak beranak satu, yang paling otai Kak Nadia yang bakal beranak 4, fuhhh aku selalu kagum dengan orang yang beranak lebih dari satu, sebab dia dah pernah rasa sakit beranak tapi dia tetap beranak lagi dan lagi dan lagi, aku pulak takut ya ampunn..hahaha tapi tetap akan beranak jugak lagi dan lagi (2 je lagi ye) start 2015 ni, insyaallah moga murah rezeki untuk anak second and third, walaupun omak korang ni penakut nak memberanakkan korang bertiga itu..eheheheh macam confirm je tiga ye dak.

Minggu lepas one of bestfriend En. Syg bagitau dia yang wife dia dah pregnant second baby, first baby dia baru 5 bulan, terkagum terus aku, En. Syg terkagum jugak lalu mengajak aku menambah ahli keluarga baru..ohoooiiiii kan dah janji nak pregnant tengah tahun depan and bersalin 2015, ni kenapa tetiba nak tukar plan ni..nanti dulu ye bang, bagi ai bawak bertenang dulu. Nebes terus i rasa, atau mungkinkah akan terconceive masa anniversary ini..hahahah PANNNGGG.

Ok2 back to the topic, korang tau dak camne Gojes bermula?? Ok ni aku bagitahu dari pengetahuan aku la kan, it start with Umie Puan Pinguu yang mengajak Ciknaa bertemu dengannya, lepas tu dia suruh Ciknaa buat group dekat FB, Ciknaa pun buatlah group tu, haaa lepas tu kau berderet orang komen suruh Ciknaa invite termasuklah diri ini..kahkahkah, TQ Ciknaa and Umie, sampailah sekarang Gojes berkembang-kembang walaupun baru ada 100++ ahli tapi meriahnya la haiii, dah macam family, korang takmo gaduh-gaduh eh, kang tak pasal-pasal Ciknaa tutup group best ni nanti. Eh, nak tanya Ciknaa ngan Umie betul kan sejarah ni? ke salah, kalau salah malu ai.

So bila dah makin ramai, tercetuslah idea nak buat car sticker and fridge magnet


FM aku beberapa ketul je, baru nak start kumpul, dulu selalu bagi kat Ma aku je bila dapat FM, sape nak gi jalan tu belikanlah aku FM, ni hobi baru tau 



Hai Gojes, tq to Nadt yang tolong designkan



Car sticker yang sampai hari ni pun aku belum tampal lagi, tak nyempat.

Eh, lupa TQ jugak tu Leenda ku sayang yang incharge dari ambik order, orderkan and post serta tak cukup tidur kerna resah gelisah takut segala barang yang di postnya merayap ke tempat lain..hahaha lawak2, ok tu je bye!


Thursday, June 13, 2013

Aish dan Buku


Kalau ko longgok mainan selambak, hujung-hujung nanti dia panjat kabinet dan tunjuk buku



Kebanyakan buku dia animal, ada satu buku animal kuning dia paling suka, dari buku tu lah aku tau Panda bunyinya na..na..na..na, kalau tak sepanjang hayat aku tak tau panda tu berbunyi..kihkih (itu bunyi aku ketawa bukan panda ketawa ye)


Tengah demam pun nak belek buku


Kalau ko tolong bacakan, lagi dia syok, sengihhh je



Kalau baca buku animal, tak sah kalau tak kena buat bunyi sekali, tapi aku taktau camne bunyi zebra, macam kuda eh?



Sebaik bangun tidur



Kat hospital masa Rotavirus hari tu


Jangan masa kecik ni je ko suka buku nak, besar sok tetiba tak suka pulak, semalam pun baru belikan satu lagi alphabet book untuk Aish, seronok bila tengok dia suka buku

Kelmarin kot dia koyakkan satu buku, nature setiap mak ni kan menjerit je kejenya, aku automatik terjerit masa dia tarik gambar kambing tu sampai putus dari buku, bergegar badan dia terperanjat..kikiki, lepas ni memang tak bagi dah dia buku tu, sebab setiap page ada 2-3 gambar binatang yang boleh ko selak, so dia selak gambar kambing tu tarik kuat-kuat sampai putus..aiyooo mommy sayang buku tu dik.

Everyday balik dari kerja, aku letak dia depan tv, longgok mainan and buku, dan aku masak dinner dia, lepas dia makan aku akan bacakan buku, semoga terang lah hati dia dapat serap apa yang mommy ajar setiap hari. Ok tu je, bye!