Klik Jommm

Wednesday, December 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'



Cinta tidak pernah mudah buat saya. Tidak pernah. Cinta yang saya harap-harapkan berakhir dengan bahagia, tidak berakhir seperti yang saya mahu. Dua kali dan saya hampir putus asa. Selalu terfikir, mungkin takdir saya, satu hari nanti saya tidak akan berkahwin atau mungkin berkahwin tetapi dengan lelaki yang tidak saya cintai. Lelaki yang mahukan saya dan bukan sebaliknya.

Kuasa Allah, saya tidak mampu menghalangnya. Allah itu Maha Adil. Mungkin saya cukup bertuah untuk menyintai dan dicintai buat kali ketiga.

Kami berkenalan melalui satu laman sosial, dia yang add saya dulu dan menghantar mesej. Saya balas dan sejak itu, kami saling berbalas mesej. Dari mesej di laman sosial, kami berchatting, dan akhirnya dia minta nombor saya. Saya mengelak, tapi dia tidak pernah putus asa. Akhirnya saya mengalah.

Dia call saya hampir setiap malam. Dia ajak saya jumpa, tapi saya mengelak dengan memberi pelbagai alasan, kerana saya baru putus cinta dan masih belum bersedia. Dalam mengelak, kebetulan saya berjumpa dengan 4 orang teman baik di satu Kopitiam dekat dengan rumah si dia. Bila saya bagitahu saya makan disitu, dia suruh saya tunggu, dan dia datang dengan teman serumah. Saya jadi takut bila dia bagitahu dia nak datang, saya beri pelbagai alasan untuk pulang awal. Tapi dia berkeras suruh saya tunggu. Saya duduk di meja belakang sekali, dan malam tu memang ramai orang. Kebetulan, saya baru perm rambut, jadi dia cari saya sampai jumpa with one clue (saya berambut mop..hehe), lucky he found me based on that clue. Sebab dia cuma pernah tengok gambar saya berambut lurus. Kalau tak, saya dah nak balik diam-diam.

He's like a miracle to me. Dia kelakar, ramah dan banyak mulut. He can talk about anything and everything sampai buat saya terdiam dan asyik tengok dia je. Dan dia boleh sesuaikan diri dengan 4 orang teman baik saya. Dia bagaikan cinta pandang pertama. Sejak malam tu, tiada lagi saya yang asyik menangis setiap malam mengenang cinta yang tak kesampaian, no more sleepless night. Saya asyik senyum dan ketawa. Hati saya berbunga-bunga. Saya jatuh hati tanpa saya sedari. Dia bagaikan jawapan untuk setiap doa saya. Sejak malam tu, kami menjadi semakin rapat sehinggalah akhirnya dia berterus terang yang dia sayangkan saya. That is how we start.



Sehingga kini sudah 1 tahun 7 bulan kami bersama. Setahun 7 bulan yang penuh dengan cinta, ketawa dan airmata, dan saya tak sabar untuk menghabiskan lebih banyak tahun bersamanya. Masih baru dan masih jauh lagi perjalanan di hadapan kami, masih banyak lagi dugaan dan lebih besar lagi ujian yang menanti. Moga kami akan terus teguh berdiri walau apapun yang terjadi dan saya cukup bahagia saat bergelar tunangannya. Sekurang-kurangnya saya tahu dia cukup ikhlas menyintai saya dan sekurang-kurangnya saya tahu cinta sejati itu masih wujud. Terima kasih Tuhan untuk peluang ketiga, dan terima kasih Tuhan untuk dia.

Dia cinta yang tak pernah saya sangka akan hadirnya. Dia lelaki yang mencuri hati saya, menggembirakan saya, melengkapi saya dan lelaki yang menyintai saya seadanya saya. Dia lelaki yang mahu sehidup semati dengan saya, menghabiskan seluruh usia menyintai, menjaga dan memimpin saya hingga ke syurga. Insyaallah. Lelaki yang mahu bersama saya hingga ke akhirnya. Doa saya biarlah dia yang terakhir buat saya dan doa saya moga inilah cinta yang sentiasa mencari redha Allah. Mungkin dia cinta yang ketiga tapi jauh di sudut hati, dialah cinta saya yang pertama. Sentiasa dan selalu.

15th of May 2009, the day I make you mine. Kami tidak sempurna, tidak pernah dan tidak akan jadi sempurna. Tapi masih, dia buat saya rasa sempurna. Moga rasa itu hingga hujung nyawa dan moga bahagia itu milik kami berdua akhirnya. Asrul Sani, saya cinta kamu!



Ini pelamin yang paling saya suka dari DINA HALIM. Saya suka bunga, lebih banyak bunga lebih cantik. Macam perkahwinan di dalam taman. Bagi saya pelamin ini moden dan fresh. Tiang Roman itu buat pelamin ini cukup moden. Kerusi rendah juga dapat memperlihatkan keindahan pelamin  itu sendiri, tidaklah tertutup oleh 'high back chair' yang tengah in sekarang. Such a brilliant idea from DINA HALIM. Pelamin yang indah untuk meraikan cinta yang juga indah dan pastinya meninggalkan kenangan yang paling indah untuk dikenang oleh pengantin.

10 comments:

  1. hye b2b,,i pun msuk contest ni..
    gud luck ya..
    btw,nice to read ur blog.i pun org tloh.u nk kwen bila??i insyallah oct 2011..jom exchange link..

    =)

    ReplyDelete
  2. lil sunshine: org t'loh jugak eh. ok i follow u, i kawen July 2011. btw gudluck

    ReplyDelete
  3. salam...nice entry..jom exchange link gak..i pun join contest ni,.:)

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

    :)

    ReplyDelete
  5. gud luck :)
    i kawen june 2011.. (nyibuk je)
    semoge berjayeee :D

    ReplyDelete
  6. erin...tsentuh hati tatkala membaca itu catatan pada blog for this contest.hehe..gudluck~

    ReplyDelete
  7. adila: will link u back, gudluck 2 u too ;)

    szakif: thanks

    Juliyana: hehe..thanks

    dotdet: tq..t'sentuh ke..haha, sye memang minah leleh sbenarnya, malu je nk ngaku ;)

    ReplyDelete
  8. salam,

    akak dah singgah sini :)
    good luck ye..

    ReplyDelete