Klik Jommm

Wednesday, February 16, 2011

Drama Sebabak di BAK

Sejak akhir-akhir ini, kuat betul menjeles. Ingat lagi hari tu tembok dalam hati runtuh? Sebabnya..sebabnya..mmmm sebabnya En. Sayang keluar dengan kawan lelaki dia dan lupa nak bagitahu aku. Sentap tah hape-hape, bila ingat balik aku rasa malu pulak. Aku rasa sebab dah lama sangat tak jumpa, aku jadi jeles bila dia keluar dengan kawan lelaki dia. Ahahaha..dia dah cakap sorry pun, aku menangis jugak. So hari semalam, segala rindu telah diqada'. Oh..maulidur rasul bukannya ko nak berselawat tapi ko sibuk nak jumpa tunang ko kan. Mula-mula pergi Jusco Bukit Raja, tapi sebab bosan ya ampun, En. Sayang ajak pergi tempah baju nikah dia. Maka terkedek-kedeklah kami berdua ke Anggerik Mall yang hidup segan mati tak mahu. Takde orang langsung. Sampai je dekat BAK, ade sorang pakcik tengah menggunting kain. Tanpa banyak soal, terus dia ukur



Tahan nafas..tahan nafas


Ok, lepas

Dah siap ukur baru dia tanya

P.cik: Bila nak pakai ni?
En. Syg: Around Julai, sempat tak pakcik?
P.cik: Julai?? (lepas tu diam sekejap) Bulan Julai ke?? (diam lagi sambil kerut-kerut kening)
En. Syg: a'ah bulan 7, saya nikah awal bulan 7.
P.cik: Bulan 7 eh (diam sambil tengok kitaorang, macam berfikir)

Aku dalam hati dah risau, tak sempat ke? Rugi tak hantar awal hari tu

P.cik: Sekarang bulan 2, awak nak bulan 7 eh?
En. Syg: a'ah, tak sempat ke pakcik?
P.cik: Lagi 5 bulan tu, awak ni hantar awal sangat lah
En. Syg: La ye ke..saya ingat dah tak sempat, suspen je pakcik ni..hahaha
P.cik: Hehe..bukan apa, saya takut badan awak naik, kang dah tak muat, susah pulak, sebab ada customer saya macam tu.
En. Syg: Oh bukan kena tempah awal ke, takut fully book pulak nanti
P.cik: Eh tak, sehari pun dah boleh siap, macam ni lah, awak dtg semula 15 Jun nanti.
En. Syg: La ye ke, tak tahu la pulak, maklumlah baru isteri pertama, lepas-lepas ni dah tau la
P.cik: (gelak besor pakcik tu) Jangannnn..doa tuuu..haha

En Syg sambil tengok aku, gelak mengekek dia tanya

"Awak taknak payung emas?"
"Nak, tapi bagi saya payung emas kat dunia dulu"

Geram je aku nak cubit Asrul Sani ni.

8 comments:

  1. amboi.. laju je ckp pasal payung emas. choi la. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Biasa yang baju perempuan kena hantar awal awal kan? Baju laki macam rileks je. Senang agaknya nak siap baju laki ni tak banyak kerenah. hehehehehe!

    ReplyDelete
  3. bab payung emas laju betul asrul sani ye erin..hehe....mia pun beli baju nikah kat BAK..mmg kualitinya bagus..

    ReplyDelete
  4. oshinz: memang dia tu nak kena babap agaknya..haha

    ainee: a'ah..lelaki sekejap je, pompuan byk sgt kerenah, nak pesyen gitu la, pesyen gini la, memacam

    mia-ina: getis betul AS tu..hehe, dia mmg kuat mengusik, hopefully mengusik je la..kalau dia buat bebetul..siap dia..

    ReplyDelete
  5. seryes sehari je leh siap??.. hehe tp kelakar ur en syg.. hehe

    ReplyDelete
  6. Ms. Fiena: a'ah p.cik tu ckp sehari je boleh siap, within 24 hours dia ckp, kalau dia tipu, tak tau pulak lah..tp kalau baju en.syg tak sempat siap dlm masa 2 minggu..kite bako BAK tu..haha

    ReplyDelete
  7. ahhaha.. bakor bakor.. nnti ble da siap u btau i best x jahitan n affordable x eh eh...

    ReplyDelete
  8. Ms. Fiena: okeh, no prob darling, tapi rasanya semua B2B suka hantar baju tunang d'org kat BAK sebab, murah dan selesa, kalau nak tau experience i, nanti baju en. syg dh siap baru boleh bgtau ok :)

    ReplyDelete