Klik Jommm

Wednesday, May 18, 2011

Latest DIY project

Seronok..seronok, rasa nak ketawa berdekah-dekah, sebab akhirnya berjaya memaksa diri sendiri menyiapkan DIY projek ni di pagi Hari Wesak. Naik berpeluh ketiak duk menekan rubber stamp yang tidak sama rata itu, aku mengecop sambil mencangkung senang nak angkat buntut dan meletakkan tekanan seberat 45kg (tension, berat tak naik-naik, pasrah jelah tetamu tengok pengantin kurus keding).  

Nak dapat rubber stamp ni banyak betul dugaan, mula-mula nak buat dekat stationary shop depan office je, first time aku datang nak tanya dia boleh tak buat rubber stamp macam ni, dia kata boleh tapi nak softcopy, second time aku datang bawak softcopy dlm pendrive, dia kata suruh save dalam cd pulak dah, malas aku. So aku pun pergilah SS15, Subang Jaya, aku double park depan kedai tu seminit je, lari masuk kedai, hantar contoh, lepas tu lari balik kat kereta, sepantas kilat MPSJ saman sebab double park, tak pasal-pasal RM50.00 melayang, sakit hati betullah, terus aku merajuk tamo buat rubber stamp dah, memacam makian keluar dari mulut aku sorang-sorang sambil drive pergi MPSJ nak kena bayar, dahlah muka toya pegawai MPSJ tu menyakitkan hati "tak boleh kak, kena bayar jugak, kunci kat office". Saman MPSJ ni jenis yang dia tindik terus kat side mirror ko, selagi tak bayar, tak ke malu ke hulu ke hilir membawak surat saman tu. Sakit hati tak usah cakaplah, rubber stamp tak dapat RM50.00 melayang. Dahlah nak kahwin ni setiap sen berharga, tapi lepas pujuk-pujuk diri, aku anggap bukan rezeki aku jelah. Lepas tu aku buat rubber stamp ni kat Shah Alam, masa En. Syg amik first time, salah pulak ejaannya, pergi buat sekali lagi, baru ok, tapi tak sama rata pulak.






Belah kanan tu tak sama rata dengan belah kiri, kalau ko cop sambil lewa, jadi begitu



Ini kekdah terlebih berat, kalau tekanan terlebih jadi cenggitu pulak, saborrr je lah labu. Tapi bila dah buat banyak-banyak aku dah boleh agak camne nak tekan. Ini bermakna tiada lagi rubber stamp didalam mimpi ngeriku..lepas ni mimpi ngeri hantaran pulak.

10 comments:

  1. pakai cop tu senang kan..boleh digunakan lagi next time :-)

    ReplyDelete
  2. nak jadi pengantin memang harus gigih...:)

    ReplyDelete
  3. hu3..mmg jimat betul cra ni...
    hu3..dpt dh idea nk jimat..hi3,,
    erm..brown paper bag ni beli kt ne ek??
    kt ipoh xjmpa ag la...
    :(

    ReplyDelete
  4. good idea rubber stamp.sooka!!

    ReplyDelete
  5. mizzura: yes senang, tak payah gigih nak tampal tq tag beratus-ratus..i ni malas sikit ;p

    aty: a'ah, harus, berganda-ganda gigih

    Nor Suhaiza: brown paper bag cuba u cari kat kedai kek, mesti ada. tak pun beli online je, ada jugak

    zimie: :)

    ReplyDelete
  6. ka mana yg tempah rubber stamp ni d shah alam? nk tempah gk tp xjmpa kedai nya lg :D

    ReplyDelete
  7. iLi: hai ili..sy tempah kat Plaza Alam Sentral Shah Alam, tau tak tingkat bawah tu dekat dengan Ani Sup Utara, ada kedai printing/rubber stamp kat hujung tu. tapi kalau awak pergi mana-mana kedai yang buat rubber stamp pun boleh, jgn lupa bwk soft copy tau ;p

    ReplyDelete
  8. Nak tnye.. Softcopy tu ape ek?
    Sye tau design rubber stamp tu msok dlm pendrive kn? Tp dlm imej jpeg ke? Atau ape? Huhuu

    ReplyDelete
  9. hai cik Mashi, tak kisah, sye dulu google design, dan saye edit pakai microsoft words je, save dlm pendrive and bawak ke kedai, pandailah dia buat nanti

    ReplyDelete