Klik Jommm

Thursday, June 9, 2011

Kasut Nikah

Setelah penat menanam tebu di pinggir bibir, so hari ni, marilah kita menuai tebu tersebut. Mari mulakan dengan sejarah kasut nikah ini. Sebenarnya kan, kannnn, masa budak-budak lagi, zaman hingus meleleh-leleh, aku pernah tertengok satu magazine ni. Tak ingat magazine apa, tapi ada gambar Zahnita pakai baju kebaya merah menyala, bibir merah yang sekilometer dah boleh nampak bibir je yang berjalan, sanggul tinggi selit bunga ros merah seketul. Dan-dan tu "okeh, bertunang nanti nak pakai baju merah menyala". Boleh tahan lama jugaklah anganan tu, tapi over the years, warna merah dah bertukar pink (ehehehe theme colour masa aku bertunang) sebab tiba-tiba tak berani pakai semuanya merah.

Jadi aku nak realisasikan impian warna merah pada majlis pernikahan aku. Okey, mari lihat tebu yang sekian lama ditanam..eh..kasut nikah. Ini kasut dalam koleksi peribadi (wahhh bunyi cam artis laaa)


Kasut botak berkilat

Aku jarang pakai sebab En. Syg, kalau tengok aku pakai kasut ni, mata dia asyik menataaaappppp kasut je, sampaikan kalau tengah makan, dia suruh keluarkan sikit kasut dari bawah meja, dia nak tengok, boleh?? dan selalunya dia akan jalan kat belakang aku, sekilometer jauhnya semata nak tengok kasut tu bergerak, boleh?? tak boleh nak jalan bersepah, terpaksa aku pura-pura catwalk..haha. Kalau dia bukan tunang aku, dah lama aku cakap "peliknyaaaaaaa" tapi sebab dia tunang aku otomatik bertukar "comelnyeeeeeee". A'ah tunang saya aneh amat..haha

4 comments:

  1. maner u bli kasut merah nie!
    i tengah mencari kasut wane merah
    =]

    ReplyDelete
  2. shura: g beli kat pedro, menangis tengok high heel dia, cantek sangat

    an idealist: pjgnye nama..hehe ;p

    ReplyDelete
  3. kalau tengah makan, dia suruh keluarkan sikit kasut dari bawah meja, dia nak tengok, boleh?? dan selalunya dia akan jalan kat belakang aku, sekilometer jauhnya semata nak tengok kasut tu bergerak, boleh??


    hahahhahahah....... hahahhaha...
    ~cute pun ye, pelik pun ye~

    ReplyDelete