Klik Jommm

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Hai Semua (lambai laju-laju)

Fuhhh..dah hari Jumaat pun, cepat betul masa sekarang ni kan. Sekarang aku tengah gigih mengfollow balik follower baru. Tenkiu, aku akan baca setiap update kalau sempat aku komen, kalau tak, sori sangat, sebab perempuan miskin ini mengupdate blog dan blogwalking di office sahaja. Office ko tau la kan, nak komen pun kena block..grrrr. Lunch time je boleh komen, kasihanilah perempuan kurus ni, kalau komen time lunchtime, abis tak makan la jawabnya. Dah la kurus makin kurus lak nanti. Takpe bulan puasa nanti kita boleh komen mengomen, tu pun kalau tak tidur waktu lunch time la

Asyik update pasal majlis je kan, tak update lagi pasal kehidupan yang dilalui sekarang. Kitaorang berdua menyewa dekat Subang, so En. Syg terpaksa rela berpindah ke Subang untuk tinggal bersama isterinya ini. Rumah kitaorang sekarang macam rumah orang bujanglah, tak berharta lagi. So bulan puasa ni terpaksa la si isteri gigih mengunci jam pukul 4pagi sebab kena sahur kat luar, dapur pun takde..sobsss, dapur kecik ada tapi En. Syg tak bagi pakai. Alah dapur yang pakai gas kecik besar shieldtox tu, ada je dia menakut-nakutkan aku cakap nanti meletuplah, terpaksa aku buat-buat takut..haha..dasar pemalas. Oh, kitaorang tak beli barang ada sebab. Nanti-nantilah cerita sebabnya, bila semua dah settle nanti. Dan terpaksa juga balik awal untuk berhimpit-himpitan, cekau-cekauan di bazar ramadhan demi suami ku yang gastrik itu. 

Nak bagitahu satu cerita mengujakan, sebelum kahwin puas aku makan banyak-banyak nak kasi naik berat, tetaplah jugak 45kg. Aku kahwin tak sampai sebulan hari tu aku timbang dah 46kg ko tau. Wahhhhhh, kemain senang naik sekarang, En. Syg dah risau-risau tengok perut buncit aku, haaaa baru ko tau, dulu sebelum kahwin asyik membebel suruh naikkan berat, sekarang sibuk suruh wall climbing lah, jogging lah, swimminglah..haha. Gasak dialah dapat isteri perut buncit.

Btw, aku nak minta maaf kalau ada update aku yang terkasar bahasa, menyinggung hati korang ke, or buat korang kecik hati ke. Isnin ni insyaallah kita semua akan berpuasa. Semoga puasa tahun ni lebih berkat buat kita semua, especially yang baru pertama kali berpuasa bersama suami. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Credit to Google Image

Puasa pertama kami sebagai suami isteri, insyaallah akan bermula di Temerloh. Kitaorang ambik cuti balik kampung, dah lama tak balik Temerloh since kahwin hari tu. Tengok kaler hijau tu teringat pulak kuih buah melaka..sedapnya makan time buka puasa kan. Next week cerita kahwin balik ok. Bye..eh Assalamualaikum.

4 comments:

  1. selamat berpuasa dear :)

    **puasa pertama bersama smua tercinta mesti best kn!

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Erin..selamat menjalani ibadah puasa yer..

    ReplyDelete
  3. HAII.. salam ramadhan..:)

    erin pindah subang kat area mana tu?

    kot2 dekat dgn saya ke.. ehehehe

    ReplyDelete
  4. shura: selamat b'puasa tu u too

    lieza: yerp selamt to u too

    saya zakiah: selamat berpuasa, skang i duk kat usj 16, u katne?

    ReplyDelete