Klik Jommm

Wednesday, June 27, 2012

Breastfeeding Journey: NIP

Alhamdulillah, Aish masih lagi fully breastfeed walaupun production susu aku tak meriah, berkat buat stok masa pantang hari tu, sampai hari ni masih bertahan lagi. Tapi makin hari makin menyusut sebab sekarang pump 3 kali sehari dapat 3oz je, stress kan, tapi hari-hari aku ingatkan diri sendiri, jangan stress, jangan stress walaupun kadang-kadang aku stress, macamana tu. Dari masa pantang sampai hari ni asyiklah niat nak buat power pumping, tapi tak pernahnya menyempat sampai satu jam, ada je benda nak dicapai. Nak-nak pulak sekarang duduk rumah mertua, takkan balik kerja, lepas siapkan diri sendiri nak membatu duduk dalam bilik buat power pumping..hamboi haih, menantu derhaka namanya tu. Nak jugak tolong-tolong mak mertua. Kalau tengah2 malam nak buat power pumping memang aku tak larat, bukan sikit tak larat, tak larat gile, hari-hari drive pergi balik kerja 3 jam, sudahlah kerja di tempat yang selalu jam, tinggal pun di tempat yang selalu jam jugak..pengsan. Kerja aku drive pagi-pagi duduk menampar muka sendiri sebab takut tertidur masa drive. Pagi ni saja dari Serendah nak keluar tol Rawang satu jam tau, satu jam? Kemerepekan apakah ini, 2 jam drive baru sampai office, parking pulak takde, parking kat celah-celah bangunan, lupa bayar parking, kena saman pulak, tadi pump susu dapat 2.5oz je, lepas tu luka epi aku tak baik lagi, ada part yang masih berdarah dan pedih, minggu depan nak jumpa gynae, ok jangan stress, jangan stress. Tarik nafas, lepas, tarik nafas lepas. Ok mari balik ke tajuk kita tadi, aku punya cerita dah keluar tajuk, terbabas-babas dah ni. Yang lain-lain tu kita cerita kemudian.

Sekarang, mana-mana shopping mall memang dah ada nursing room, tapi kadang-kadang kalau ko tengah semangat berjalan, tiba-tiba anak menangis kelaparan, manalah sempat nak lari-lari cari nursing room dah, nak-nak Aish Yusuf yang tak menyempat-nyempat tu, ikut naluri keibuan, nak selak je, ikut naluri kemaluan, tak jadi nak selak tengah-tengah orang dan menjadi tontonan umum. Sebab semangat nak breastfeed anak, aku beli nursing cover kat OBW, brand LittleKids, kain dia boleh tahan tebal, tapi sayangnya tak cukup besar nak tutup tepi-tepi badan, tarik ke kanan nampak perut gelebeh belah kiri, tarik kiri, nampak perut gelebeh belah kanan, tapi yang best kat atas dia ada bendalah keras-keras, so that ko boleh intai Aish Yusuf tengah menyusu, plus tak lah dia kelemasan.


I dah kurus kan..haha. Sekarang 50kg (berat mak-mak) sebab masa mula-mula pregnant dulu 47kg. Kalau aku pakai nursing cover ni, orang mesti pandang-pandang, sebab macam apron. Ni kat Jusco Rawang.



Assalamualaikum Aish Yusuf, tengah buat apa tu?



Kat Shogun, Sunway Pyramid, celebrating my birthday. Aish Yusuf di bawah apron.

Tu je nak cerita hari ni, babai. Oh lupa, harga nursing cover ni RM65.00 incase korang nak tahulah kan, sharing is caring..dah pergi beli, kalau nak jimat, buat sendiri je lebih baik aku rasa, boleh buat lebar-lebar menyapu lantai, taklah nampak perut gelebeh macam aku melambai-lambai. Bye!


4 comments:

  1. hehehehe rara nt x tau lah ada ke kekuatan nk menyusu depan org ramai.silap sialp bawak botol siap2.hehe

    ReplyDelete
  2. tol rawang tu memang memanjang jer jam..:)
    i pasal nip ni memang masih tak reti...kalau tak jumpe nursing room..i masuk jer dalam kereta balik..terus hilang mud nak bershopping...huhu

    ReplyDelete
  3. ira masa memula je pakai nursing cover...2 kali je kot...pastuh malas nak bercover2...rasa cofident nak NIP...org tak perasan pon...ingat macam bb tgh tdo je...

    yg penting pakai baju menyusu...still menutup aurat :)

    ReplyDelete