Klik Jommm

Friday, June 15, 2012

Rawang-Subang-Rawang



Hari ke 4 bekerja, serius penat, aku drive sambil menahan mata dari terlelap. Tapi setiap kali sampai office, happy sebab ramai kawan..haha, macam budak-budak aku ni. Sekarang, family mertua aku yang jaga Aish, masa aku mengandung lagi mak mertua dah cakap dia nak tolong jagakan, sebab dia takut nak bagi orang jaga, at least dia kata biarlah sampai baby kuat sikit. Kalau ko tanya aku, aku lebih prefer jaga sendiri, i mean duduk rumah sendiri dan belajar berdikari menjaga anak sendiri, lagipun tak sampai hati nak menyusahkan mak mertua, tapi bila mak mertua cakap dia risau bila dengar baby meninggal tersedak susu, baby kena dera, and dia willing nak jaga, aku jadi tak sampai hati nak cakap tak, lagipun mak sendiri yang jaga mestilah lebih baik dari orang lain yang jagakan. Mulanya mak mertua ingat aku nak berulang seminggu sekali jenguk anak, tapi anak pertama, breastfeed pulak tu, boleh ke aku tidur lena bila anak takde, so aku decide berulang hari-hari dari Rawang ke Subang, biarlah penat asal anak ada dengan aku. Aku tidur pun 4 jam je, bila Aish bangun menyusu pukul 4 lebih, aku terus tak tidur, sebab by 6.30 aku dah gerak pergi kerja.

Hari-hari sampai rumah pukul 7 lebih dekat pukul 8, sampai je, sambar Aish bagi susu, laju-laju mandi dan sembahyang maghrib, makan laju-laju, dodoikan Aish sampai dia tidur, mencabar betul nak tidurkan budak ni, mata asyik celik tengok lampu, tersengih-sengih, kadang bersembang dengan lampu, aku dodoi sambil jalan keliling bilik, dah lena, letak je kat tilam, terjaga balik, dodoi lagi, hari-hari dekat pukul 10 baru berjaya tidurkan dia, tu pun kadang-kadang adik ipar or mak mertua tolong tidurkan, kalau tak apa pun aku tak boleh buat, lepas tu barulah aku boleh buat kerja lain, kemas susu baru, buat label,arrange susu yang Aish nak minum untuk esok, basuh botol, sterilize, iron baju, mengepam, memang pukul 12 lebih aku tidur.

Mak mertua hari-hari buatkan aku bekal lunch, baik sangatkan, aku rasa aku ni macam menyusahkan dia pulak, nak cakap tak nak kang, aku takut dia kecik hati, aku just tak sampai hati tengok dia bersusah payah bangun pukul 4, masak lunch. Aku siap je nak pergi kerja, breakfast dah siap atas meja. Tidur petang dia pun dah tak lena, anak aku tu bukan nak tidur siang sangat, kalau dia duduk diam main sorang-sorang takpe jugak, ni duduk 5 minit dah berbunyi-bunyi suruh angkat. Dahlah baju Aish semua basuh tangan tak pakai machine, dia jugak yang basuhkan. Kalau hari cuti bolehlah aku tolong buatkan, kalau hari kerja, aku pun dah macam zombie ni, sebelum tidur lipat baju Aish sambil melayang-layang.



Aish sayang, cepat besar ye, nanti kita duduk rumah kita kat Bukit Jelutong, tak susahkan nenek dah, kesian nenek penat jaga Aish ngan Mummy. Bulan depan daddy pun ikut berulang dari Rawang jugak, bertambah penat nenek nak jaga daddy pulak, daddy tu dahlah anje-anje, bersepahlah bilik kita nanti dik..eh.. Hai daddy..lalalala


3 comments:

  1. hai erin,anak aku pun jenis xmau layan diri and susah nak tido.the best solution aku guna buai.walaupun aku x berapa rela.sebab kesian kat mak nak jaga anak kita,nk buat kerja umah g.

    ReplyDelete
  2. aish comel...baeknya mil u.untung u

    ReplyDelete
  3. You baby looks so cute and lovely!! Where are your photo? How about posting your confinement photo too, especially those showing your in batik sarong? Hehee..

    ReplyDelete