Klik Jommm

Wednesday, December 12, 2012

Aish @ 7 months



Sekejap betul masa berlalu, dah 8 bulan Aish Yusufku, memang every month dia dah habis satu bulan, baru aku update, sebab nak tunggu betul-betul habis satu bulan, barulah boleh update skill dia untuk that month, since sekarang dia dah 8 bulan, baru aku update skill 7 bulan dia. Apa aku cakap? bila baca balik, aku pun pening, tapi korang yang bijak ni fahamkan?

Aish pandai meniarap umur 4 bulan, bergolek 5 bulan, dah 7 bulan barulah pandai menyusur, sekarang kalau aku hilang sekejap, dia menangis sambil cari aku, makin lama, makin dekat aku dengar suara dia, nanti tengok dia tengah nak turun bendul dapur dah, padahal aku kat bilik..nasib baik cepat, kalau tak dah tersembam anak teruna aku.

Makan pun banyak, dia umur 7 bulan, aku bagi dia makan bubur nasi campur ayam dan ikan bilis. Belum introduce ikan lagi, aku nak dia biasa dengan ayam dulu, 8 bulan baru aku nak introduce ikan. Sayur pulak aku bagi bayam, sawi, carrot, brokoli, labu, kentang, sweetcorn. Aku tak pernah bagi dia puri epal, sebab setiap kali beli epal, tak pernahnya aku dapat epal yang manis, asyiklah yang manis-manis masam sikit, bermacam jenis epal aku beli, semua pun macam tu. Pear pun tak pernah, aku tak reti nak beli, pear dengan lai tu same ke? Aku tengok buah lai tapi kat label dia tulis Chinese Pear, eh fening aku. Tak reti acik, kang aku beli kang, aku pun tak sure, takkan nak bagi anak makan pulak



Kalau dalam walker kemain laju lagi dia weng sana, weng sini, aku pulak yang takut, sekejapan je dia terkedek2 dari hujung sana ke hujung sini dah sampai kat aku..wahaha..comel betul. Kalau dulu suap makan kat high chair, sekarang dah taknak, kena suap makan dalam walker, makan sambil main. Kalau dalam high chair, confirm tak habis makan, kalau dalam walker, confirm habis.

Mulut pun dah banyak bunyi sikit, dulu senyap sunyi je, senyum je dia tau. Kalau nampak training cup, tapi aku tak bagi dia minum, boleh mendatangkan marah, sekarang suka menangis sambil lentik-lentik badan ke belakang. Amboiiii ko punya protes ye dik kemain lagi.

Pagi-pagi duduk dalam carseat senyum je, kalau tak tidur or minum susu, dia main sorang-sorang, waktu balik je dia tantrum, tapi sekejap je lah, dapat botol, hisap, tidur..settle.



Dah sampai parking rumah pun tidur lagi, sedap tidur dalam kereta, goyang-goyang macam buai.



Mommy n Aish di waktu pagi. Kemain lagi jerawat naik kat dahi..sobss


8 comments:

  1. baiknya dia dalam car seat....

    ReplyDelete
  2. Hihi.pic last comel.aish mcm buat mimik muka - pepagi buta pun nk bgambo ke mummy :-)

    ReplyDelete
  3. Senang yer aish nak tdo dlm bby car...klu sakina tak pernah nak tertdo dlm tu..lg buntang matanya adalah...he3

    ReplyDelete
  4. Kalau x silap..pear warna ijau..lai.warna kuning....kalau x silap.hehe..

    ReplyDelete
  5. Hello,
    Already being your follower.
    Do following me back yeah :)

    www.onlinediaryfitryna.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Best bila dapat tengok perkembangan anak..tapi tulah..cepat sangat masa berlalu..

    ReplyDelete
  7. ai tak sempat lagi nak hapdet cerite qaleef 7 bulan ...ni dah masuk 8 bulan lebih dah ni..haaiihh....
    relak jer aish duk diam dalam car seat tu ek..kagum lak...kalau dak qaleef tu..kemain sakan lagi die mengamuk..baru letak..belum lagi pakaikan tali bagai..huhu

    ReplyDelete