Klik Jommm

Thursday, January 10, 2013

From Cameron with Love


Ni jelah yang aku belikan untuk Aish masa pergi Cameron hari tu, aku suka sebab lembut, boleh buat bantal jugak, tapi mak mertua cakap menakutkan..hehe. Aku ingat nak buang lah gigi Domo ni or else gunting yang tajam-tajam tu, takdelah nampak menakutkan sangat, tapi Aish mana reti takut lagi, dia senyum je tengok Domo ni, aku pulak yang takut dia mengigau malam-malam. Aku beli kat pasar je pun. Dua barang je aku beli masa pergi Cameron, Domo Aish dengan fridge magnet. Tapi lupa nak snap gambar FM nak show off kat korang, terpaksa aku buat entry lain untuk FM walaupun korang tak nak tau, aku nak jugak show off..hahaha tak boleh blah (nyah kau dari sini, dasar suka show off!) FM pun nak show off ape daaa.

Teh dengan strawberi pun tak beli, sebab teh kat rumah dah banyak, tak terminum dah. Sayur pun tunggu mak mertua sedekahkan, takdelah aku kan dah jarang masak, so daripada terbuang, baik tak payah beli, bila mak mertua bagi pun aku asyik cakap "sikit je mak, takut nanti tak sempat masak". Sampai rumah aku buat sayur tu jadi frozen cube untuk Aish.



 "Opocot"

Tanjat Domo tu Aish sergah



Alahai kurusnya Aish


5 comments:

  1. ai pon rase domo ni menalutkan...heheh...anak ai tak suker soft toy..die buat tak heran jer..walaupon soft toy tu ruper kereta..huhu

    ReplyDelete
  2. Smlm nampak kak erin kat Ubi Kayu. Kak Erin otw ke kereta. Saya lalu sebelah je. Segan nak tegur.

    ReplyDelete
  3. nice!www.the-simpleme.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. haha comel la domo tu. btw salam kenal and follow u :D

    ReplyDelete