Klik Jommm

Tuesday, March 26, 2013

Aish @ 10 months


*Makin galak merangkak and memanjat

*Dah tak mau makan bubur, nak makan nasi pulak

*Makin kerap tepuk tangan, kalau dulu susah gila nak tengok dia tepuk

*Dah pandai tengok tv, kadang-kadang kalau happy sangat tengok kartun, tetiba je tepuk tangan

*Kita cakap bye bye je, cepat-cepat dia lambai, kemain gemalai tangan tu melambai

*Mulut makin bising

*Baby ni genius kan, kalau dia pegang remote je, dan-dan dia halakan kat tv and tukar channel..grrrrr, tau je dia kegunaan remote tu, ni mesti sebab dia peratiiii je cara aku tukar channel, tapi dia main tekan je button tu, alih-alih tengah syok tengok tv lain, dia alih ke tv lain, heiii budak kecik ni, picit kang.

*Dah pandai menangis kalau daddy pergi kerja

*Gigi dah 4 batang

*Kalau kita bacakan dia buku, habis je baca, dia akan menangis, sebab nak suruh bacakan lagi, especially kalau buku favourite dia. Buku favourite baby mestilah buku gambar binatang, berbuih mulut mak hang nak buat bunyi binatang, sepanjang hidup baru aku tau bunyi Panda adalah na na na na. Tak pernah ku dengar panda berbunyi..hahaha aku ingat panda tu diam je takde bunyi, rupanya berbunyi jugak ye..kahkahkah

*Aish jenis tak takut orang dan ramah sangat dengan senyum, dari kecik dia begitu

*Kalau dia tengah makan, sibuk nak suapkan orang jugak apa yang dia makan

*Hujung-hujung 10 bulan dia dah mula kurang selera makan, sebab dia nak mak dia masak yang lebih sedap dari sedap, camne tu

*Susu pun dah kurang, nasib baik berat tetap naik walaupun tak banyak. Tapi malam susu tetap macam biasa, 4 botol x 5oz.

*Setiap kali berdiri, mesti nak jengketkan kaki, daddy cakap macam pakai high heels, bila la nak berjalan dik kalau asyik pakai high heels je, kena letak tapak kaki tu, baru boleh menapak.









Pantang jumpa stereng

 


12 comments:

  1. erin memang budak2 sekarang genius,cepat tangkap apa kita buat~

    adelia pon pndi betul tukar chanel tau,satu lagi remote ekon..kekdang makcik dia tumpang ekon lam bilik br seminit da ditutupnya..dengki tue[hihi]

    aish lahir sama bulan kan dengan adelia,bulan 4..

    ReplyDelete
  2. daku pun tak tau panda bunyiknya na na na na..
    thanks info..hehehe..

    ReplyDelete
  3. na na na na....
    erin! tang berdiri pakai heels tu, anak umie (puan pingu), relex je jalan kaki berjengket....ekekeke...

    ReplyDelete
  4. bgusnya suka baca buku... kalau hafidh, dia koyakkan ada lah.. uhuhuh T___T

    ReplyDelete
  5. Aku tak menahan tang bunyi panda tu.x sgka panda bebunyi gtu.nananana..haha

    ReplyDelete
  6. Ekeke..ada2 je bunyi panda gitu..aish dah besar dah..tak lama lagi nak dapat menantu.eh?ke adik bru?.hehe..

    ReplyDelete
  7. 1. I pun xtaw panda ade bunyi. Hahaha

    2. Sama peel ngn iman, klu jln nk bjengket. Xfhm knp gitu

    3.pantang jupe stereng pn sama :-)

    ReplyDelete
  8. jap..jap.. last tu aish yaaarkkk ea..

    ReplyDelete
  9. hahaha..bunyi panda cenggitu..

    ReplyDelete
  10. happy 10m aish =)
    alisha pun sama cam aish..peramah n memanjang jelah tersengih.kalau mandi suka jengketkan kaki..sejuk kot.h0h0

    ReplyDelete
  11. i notice budak mmg pantang jumpe stereng..mikhail pun sama..mula lah nak tekan horn..sama mcm kat keta menan..stereng dulu dia pegang..hahah

    ReplyDelete
  12. sama je perangai ngan saif. :) stereng je dia xpenah pegang. mama n papa kedukut x bg pegang stereng.hehe..

    ReplyDelete