Klik Jommm

Thursday, March 7, 2013

Aish and his toothbrush

Tajuk macam cerita dongeng kanak-kanak pulak. Aish dah ada 4 batang gigi, 2 atas, 2 bawah. Sebelum ni aku gosok gigi dia pakai kain napkin je, tapi sejak gigi atas dia keluar, setiap kali nak cuci mulut dia memang dia ngap sekali dengan jari aku sekuat hati, rasa nak putus. Tu baru jari, belum lagi kalau dia gigit masa bf, amboi sengaja dia gesel-gesel gigi atas dengan gigi bawah dia, sampai luka cik N aku ni, 2-2 belah luka tau, rasa macam dalam pantang balik sebab masa pantang dulu cik N aku luka teruk jugaklah. Pedih-pedih pun kena jugak bagi dia, kalau tak mood tarak baik. Dah 4 batang gigi baru aku hegeh-hegeh nak belikan dia berus gigi



Aku beli berus gigi ni je. Stage 1 for 0 months to 2 years (seingat akulah..haha aku pun tak berapa nak ingat) RM 7.90, letak harga terus, ko tak sempat tanya aku dah tolong jawabkan dulu.



Ni ubat gigi untuk baby under 1 years old, boleh pakai start baby umur 3 bulan sampai 2 tahun, takde fluorida, jangan pulak korang bagi Kodomo Lion tu kat baby korang tau, kurang sesuai, ini lebih sesuai. Tapi ubat gigi ni ada susu dan jugak putih telur, if your baby allergic dengan 2 benda tu, automatik tak sesuai jugak, so gosok jelah ngan air suam je. Aku jumpa perasa Apple Banana je, perasa lain aku tak tau wujud ke tak. Aku dah makan ubat gigi ni..hahaha siap makan tu, rasa dia ok, rasa apple tu agak kuat jugaklah, manis sikit je. Harga RM25.70. Beli kat Guardian, keluaran GSK (glaxosmithkline)



Mangsa tersenyum mesra



Ok, nganga, mula-mula gosok bawah dulu, kita kasi puterrrr-puterrrr ini berus dekat gigi cinonet, lepas tu puteerrr-puteerrr pulak kat gigi atas, amacam sedap tak dik? Mula-mula dia tak bagi aku gosok tau, lepas rasa manis ubat gigi, terus menganga merelakan gigi digosok.



Dah sedap apa lagi, nyonyotlah berus gigi terus



Lepas tu terus rampas and berus sendiri






 New addition to Aish's corner

 THE END


9 comments:

  1. tooth brush sama mcm asyraf punye..tp asyraf belum gosok guna ubat gigi lagi..lps ni nk carik lah..

    ReplyDelete
  2. abes aish telan ke?
    belum berani nk gosok gigi mikhail..sobs..
    xdpt bayang kan..hihi

    ReplyDelete
  3. mikha nyer gigi payah bebeno nak gosok. ingat nak kena carik tooth brush baru. yang boleh sarung kan jari kite tu. senang sikit...huhuhu

    ReplyDelete
  4. kak, kenapa comel sgt aisy corner tu?? nk tiru!! hahaha

    ReplyDelete
  5. waaaa,anak ayu nak bagi duduk dalam bathtub tu pun susah,cmne nak gosok gigi

    ReplyDelete
  6. senang nya aish gosok gigi ....huwaa ubat gigi mahal kalah mak pak punya...heheheh demi anak

    ReplyDelete