Klik Jommm

Thursday, May 16, 2013

Mommy's Day

Salam semua ibu-ibu. Korang celebrate mother's day hari tu kat mana? Hubby belanja makan? Biasanya kalau mother's day, mak-mak boleh rehat kan, tak payah masak, tak payah mengemas, tapi aku tak, sebab Ahad hari tu aku teringin nak makan tomyam, tapi aku tak suka tomyam thai yang pekat tu, aku suka tomyam melayu yang cair and masam, tu pasal takmo ajak En. Syg makan luar, sebab dah selalu sangat kalau order tomyam, confirm dapat tomyam thai. Tak suke. So aku masak sendiri.

Lepas makan, aku tanya En. Syg

"Sayang, hari ni mother's day, sayang tak wish pun kat saya lagi"

Suami diam, lepas tu dia cakap
"Saya tak celebrate mother's day"

"Alaaa wish je la"

"Tak nak"

Fine, aku diam jelah. Suami aku memang tak romantik pun, memang macam tu. Aku pun tak romantik jugak sebenarnya..kah..kah. Perkara paling romantik suami aku pernah buat masa birthday aku tahun 2010, beberapa hari sebelum bertunang, kebetulan birthday aku tu hari bekerja dan aku belum start cuti lagi untuk majlis tunang. Suami diam-diam ambik cuti, drive dari Shah Alam to Subang, datang office aku dan tunggu belakang pintu level 1. Masa aku turun nak pergi lunch, tiba-tiba dia muncul dari belakang pintu sambil cakap "Happy Birthday Sayang" bawak sejambak bunga besar dengan sebiji kek ohhh dengan kad birthday, ayat yang aku ingat dalam kad tu "thanks for being part of my life and i love you soooo much"..hehehe tengokkkk, i ingat lagi tau abang (tetiba abang)..kehkehkeh. Romantik light-light pun ada jugak, tapi masa birthday tahun 2010 tulah yang paling romantik, dapat bunga dari pakwe, mau tak romantik kan.

Eh, tapi sebelum jumpa suami, aku pernah kenal sorang mamat yang psiko gile, banyak kali aku cakap taknak, tak reti-reti ko tau, setiap kali datang nak jumpa aku mesti bawak bunga, bukan sekuntum tapi sejambak, setiap kali datang bawak bunga, penuh bunga dalam bilik rumah sewa aku dulu, dahlah dalam seminggu mau 3 kali dia datang dari KL nak jumpa aku kat Subang, cer bayangkan, bunga tu belum layu, datang bunga lain pulak, sampai tak tau mana nak ku campakkan, macamkan aku ni hot sangat..hahaha. Manalah mamat tu sekarang agaknya, hopefully dia dah kahwin dan tak menjadi psiko lalu menstalker blog aku..hahaha, sebab dia pernah stalk FB aku dulu. Terkeluar tajuk pulak dah, ok tu selingan je. Takpe, suami aku tau pasal ni and dia tak marah pun, serius. Sebab tu cerita lama, buat gelak-gelak je.

Ok, masuk tajuk balik, orang perempuan ni senang je kan sebenarnya nak bagi dia gembira. Macam aku, aku bukan jenis yang mengharap hadiah sangat, dapat wish and kad je pun dah cukup. Kadang-kadang, kalau aku buat something, harap sangat suami puji, suami puji sikit cukup la, kembang setaman seminggu. Sampai sekarang aku ingat pagi tu aku hantar suami kat pintu masa dia nak pergi kerja lepas tu dia cakap "Saya rasa awak seksi sangat malam tadi" ok sekarang sila bayangkan betapa seksinya aku malam itu..hahaha, berdarah hidung semua orang..hoiii, malam tu aku mandi, lepas tu tak sikat rambut, so rambut aku basah-basah seksi, ko tau aku tersenyum sendiri satu hari teringat suami puji, rasa bahagia, rasa aku paling cantik dan seksi di seluruh Lembah Klang..kahkahkah..dan dan nak jalan catwalk..ok over sangat. Ibarat kata, kalau suami buat sepah kat rumah or anak menangis meraung-raung sekalipun aku masih boleh senyum sebab teringat pujian suami. Hebat kan pujian seorang suami ni, tapi tulah orang lelaki ni berat mulut sikit nak puji. Tapi kalau dapat suami yang semua benda pun nak puji, rimas jugakkan. Aku pulak ada perangai tak senonoh, lepas buat something mesti minta puji "Syg, cepatla puji!", tapi En. Syg buat-buat tak tau..cisss.

Mother's Day hari Ahad kan, hari Isnin balik dari kerja, En. Syg bawak ini



Kecik tapi penuh makna, TQ sayang, I love you so much

Happy Mother's Day semua

10 comments:

  1. setuju erin..memang isteri sangat dahagakan pujian somi..lepas kena puji terus rasa wanita paling hangat di pasaran..

    ReplyDelete
  2. hoi. lawak okeh? dah lah perut cramp nak period. sakit perut aku gelak. cakap kat asrul, stay cool - kalau tak nanti kitorang jumpa ko lubang hidung dah kembang setaman. miahahhahaa

    ReplyDelete
  3. en syg awak so funny kelakar....ada sikit sama mcm laki akak...bini asik minta puji je...tak malu je rasa..tp biar la laki kita kan hihi

    ReplyDelete
  4. yela, kadang bila dapat pujian tu anggau semacam.drive pun senyum2 aje.

    ReplyDelete
  5. alaaaa...bestnya dapat hadiah

    ReplyDelete
  6. adoii..gelak guling2 baca citer erin ni..ok la tu romantik la tu laki u..laki i buatkan breakfast lempeng sambal ikan bilis je sempena hari ibu..hahaha..ok la tu kan..haha romantik kan laki i..hahahaha..tak abes2 hahaha daku ni..

    ReplyDelete
  7. I kalau kene puji ngn hasben , mahu seminggu ingat tau .. hehee .. :)best yer dapat pezen ..

    ReplyDelete
  8. kelakor la bace entry rin ni..serius gelak sorang2..
    ciknaa siap msj lagi kat suami, eh abg tau tak hari ibu ramai2 kawan2 saye dpt adiah tau.abg taknak kasi saya pape adiah ke? muahahaha.. sbb org laki ni bukan tau beralas2.. so, kite ckp terus terang je.. xfaham sudah! :)

    ReplyDelete
  9. kire romantiklah tuh..hihi..hubby anis pun tak pandai nak buat suprise bagai..hari ibu aritu siap ajak jom pergi beli kek hari ibu..wahahahhaa..

    ReplyDelete