Klik Jommm

Wednesday, August 26, 2015

Rutin Mengepam

Salam,

Ni kira entry throwback la eh, sebab nak cerita pasal rutin mengepam masa aku dalam pantang dan masa aku berulang dari Rawang dulu, start Ogos hari tu kitaorang dah pindah balik umah kitaorang kat Jelutong ni, so rutin mengepam pun dah berbeza, tu pun aku nak cerita jugak nanti.

Masa dalam pantang susu aku drop gila-gila, masa tu Alana baru keluar wad sebab jaundice, down jugaklah sebab aku baru berpantang belas-belas hari tapi susu ciput sangat, start dari tu memang aku pastikan aku buat power pumping hari-hari, biasanya waktu pagi lepas Alana dah df, sekali lagi aku akan pam waktu petang, so masa dalam pantang aku akan pam 2 kali je la, masa tulah aku kumpul stok, alhamduillah walaupun tak banyak macam orang lain, dapatlah jugak kumpul dalam 200oz stok sebelum naik kerja.

Start kerja on 12 May sampailah akhir bulan Julai, aku berulang dari Rawang sebab mak mertua aku yang tolong jagakan Alana. Masa kat Rawang, pagi-pagi sebelum pergi kerja aku akan setup pam siap-siap, pakai pumping bra dan nursing cover hari-hari sebelum keluar rumah, otw ke office ambik masa dalam 1 jam, kalau jammed, sejam setengah jugak lah, so sambil drive aku akan buat power pumping, aku buat setiap hari, so everyday dapatlah bawak balik dalam 15oz++, kalau nasib baik cecah jugaklah sampai 20oz sehari tapi disebabkan Alana tak df, sehari dia akan minum dalam 40oz siang dan malam, while aku dapat pam setiap hari dalam 20oz++ je, start dari tu lah stok mula menyusut n masa dia 4 bulan lebih aku terpaksa campur susu. 

Tapi serius aku happy kot sebab masa Aish susu tak semeriah sekarang ni, 20oz++ sehari tu pun dah banyak sangat bagi aku. Alana pulak sangatlah kuat menyusu, lepas aku mula kerja, dia minum 3 oz seminggu je, minggu depannya dah 4oz, belum 4 bulan dia dah minum 5oz..anyonyo, bayangkan 10 kali feeding darab 5oz per feeding, tak ke dah 50oz sehari, dan aku mengaku jugaklah jaga baby sendiri dan menjadi EP Mom sangatlah mencabar, ko balik kerja dah letih dan penat, nak uruskan anak dengan nak cari masa untuk pam lagi sambil sibuk nak melayan si abang, selalu la jugak terskip, so lama-lama susu pun menyusut, haiihhh aku memang salahkan diri sendiri jugaklah tapi yelah bila ko dah penat sangat, tengok pam pun dah tak lalu, tido lagi sedap..bad mom, aku cuma bangun mengepam pukul 3-4 pagi time weekend je, kalau hari biasa aku memang tak boleh bangun, penat sangat rasanya berulang hari-hari. Alangkan tak bangun mengepam tu pun hari-hari aku drive sambil menyengguk, dari Rawang ke Subang tu rasa macam jauhnyaaaa, bila nak sampaiii niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, mata dah melekat wehhhhh, hari-hari jugak singgah petrol pam untuk tidur, pergi dan balik aku singgah tidur tau..hahahaha.



Kenangan PP dalam kereta dulu..sobsss

Bila dah berulang dari Jelutong aku dah tak buat power pumping dalam kereta dah, sebab aku hantar anak-anak aku ke rumah babysitter, so leceh sikit la kalau nak cabut n nak pasang pam setiap kali turun hantar anak-anak aku kan, so setiap hari sampai je office aku akan pam dulu, next session tengahari dan last session petang sebelum balik, gitulah hari-hari sekarang, tapi sekarang susu pun dah menyusut, tak jadi iollss nak beli freemie ;p. Stok susu aku pun adalah beberapa oz je dalam peti sekarang ni lagi pun Alana pun dah campur susu, tipulah kalau aku tak susah hati dan sedih bila Alana dah taknak df, tapi yelah orang cakap lain anak, lain ragamnya, bila anak taknak df ni, kerja tu bertambah sikit, kena cari masa untuk mengepam. Oklah anak ketiga nanti mak nak beli freemie sesiap sebelum deliver, nanti ko!! hahahaha, tak pun beli FS terus..gitchuuuu

Oklah, babaiii


3 comments:

  1. x pernah ade pengalaman pam dalam kereta.. office dulu dekat. mungkin utk 2nd baby ni kena la pam dalam kereta kot sbb office dah jauh.. huhu

    ReplyDelete
  2. sama la ngan iolsss..berangan nak bli freemie..tp.skang dah x pump..3 ari skalik pump.. nangisss... T___________T

    ReplyDelete
  3. xpe rin, u can do it! chaiyok chaiyok for 3rd baby ehhhhhh

    ReplyDelete