Klik Jommm

Monday, July 8, 2013

Mission Impossible: Mengecat Kabinet Dapur

Salam,

Hai, sebenarnya semangat dah berkobar-kobar ni nak cat semula Kitchen Cabinet aku, tapi malas nak riak so buat la ayat Mission Impossible kan, kotlah esok-esok aku berubah hati dari rajin ke malas, takdelah malu sangat..hahahaha. Hari tu dah cakap dengan En. Syg, dia setuju je, so aku plan bulan puasa ni time weekend kitaorang just berulang dari Rawang, tinggal Aish dengan Atuk Nenek, kitaorang balik Jelutong buat projek mengecat. 2-3 minggu ni berpinar mata aku duk membaca segala review pasal mengecat semula Kitchen Cabinet, tengok YouTube, tapi semua pun mat salleh yang buat, melayu punya tiada ku temu reviewnya, kalau ada pun kemain cincai, takut pulak aku nak praktikkan cara diaorang tu, kang tak pasal-pasal hodoh KC ku, dah kena keluar beribu-ribu menggantinya. 

Actually KC aku molek lagi, jenis kayu, masih teguh berdiri, tapi aku saje ngada nak cat balik sebab aku mengimpikan dapur ala english..puiii. Mau siang malam aku merenung KC agaknya nanti, berbulus-bulus abangku itu. Kitchen Cabinet aku sekarang warna coklat, malap je aku tengok, kalau dapat warna putih..fuhhhh, lepas tu aku ingat nak tukar pemegang dia sekali, sekarang ni jenis stainless steel ombak-ombak, style apa dahhhh, gile oldskool..nyampah ai..hahaha

Dah banyak review aku tengok, semakin berkobar-kobar ni, jom tengok gambor jom


Before



 After
nampak tak dia tukar pemegang tu, aku nak kaler hitam macam ni, baru English




Before



After
Terus dapur nampak luas kan, aku ingat kena beli cerek kuning jugaklah macam kakak ni, baru mantap..wahahaha




 Before



 After
Ni major renovation, dia cat, lepas tu tambah bar ni.

 Aku tak jumpa link yang ni, aku dah lupa la..huuuu. Gambar kat atas ni semua yang d'orang cat sendiri suami isteri, bukan upah orang tau, gigih tak aku ni agaknya nanti, nasib baik jugak KC aku kecik je, takdelah penuh dapur, kiri kanan, atas depan, mau pengsan mengecatnya



Haihhh terigau-igau ni



Haihhhh, dapat ke tidak merealisasikan impian ciput aku ni agaknya

Bang, jangan lupa janji manismu ok, kang you cakap you mengigau masa malam you cakap OK tu..memang tau, penat I servis..eh.  Doakanlah aku ni tak hangat-hangat tahi ayam ye, kalau agak-agak dah setengah tahun aku tak update blog pasal KC ku yang baru, janganlah kau tanya, buat ku sebak je nanti, over sampai tahap nak sebak tau..nyampah. Kalau ada family korang or sesapa yang korang kenal pernah repainting furniture, bagilah tips kat aku ni, sebab aku ni first time nak buat, takut jugak ni, takut ke lain jadinya..haha. Oklah bye!



Friday, July 5, 2013

Anak buah baru - Nur Qaira Amanda

Salam,

Ni nak cerita pasal salasilah keluarga, aku ada 6 orang adik beradik. 3 orang dah kahwin, 3 orang belum. Aku anak kedua, kakak yang sulung dah kahwin and ada sorang anak perempuan umur 4 tahun, and adik lelaki aku sebaya En. Syg pun dah kahwin, btw En. Syg muda setahun dari aku. Dia kahwin tahun 2009, aku kahwin 2011, nampak tak langkah bendul tu..hahaha. So sekarang alhamdulillah dia dah ada 2 orang anak perempuan, which means Aish masih satu-satunya cucu lelaki kat belah aku, dan satu-satunya cucu kat belah En. Syg. Parents aku ada 4 orang cuculah sekarang, 3 perempuan, 1 lelaki.

Nama baby Nur Qaira Amanda tapi mak dia panggil Rara (terus aku teringat Safura mama Princess tu..hahaha) lahir on 14 June 13 kat Kelantan, sebab adik ipar aku orang Kelantan, berpantang kat Kelantan jap lepas tu dah balik rumah sendiri kat Penang. Parents aku sempatlah jugak tengok d'orang kat Kelantan, En. Syg sungguh-sungguh ajak aku pergi Kelantan jugak tengok d'orang hari tu, tapi cutiku dah ciput, camne nak cuti. Takpelah raya ni kita bersua muka ye Rara, tu pun kalau parents awak balik Pahang, kalau tak balik Mak Ngah pi Penang je lah.






Tido dengan bersungguh-sungguh




 Tido manjang ye ko dik, cer ko bangun tolong lipat kain ke, basuh beras ke, basuh pinggan ke.



Berat masa lahir: 3.6kg, mak dia cakap jahit sampai dekat punggung..ayarkkk terus aku ngeri tetiba, sebab aku dulu pun begitu. Tapi tidak akan mematahkan semangatku untuk beranak kali kedua dan seterusnya..hiyahhh


 Comel sangat ni


Rara dengan Kakak Amani dia..holoh..holoh. Kemain lagi eyebag ko Amani, berjaga malam jugak ke? hahaha

Ok, bye nak gi McD..yummmmsss




Thursday, July 4, 2013

Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

*banner contest*
Peraturan contest ::
Contest bermula sekarang!!!
12.6.2013 hingga 7.7.2013.


1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.

2. Semua lapisan umur boleh join.

3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.

Peraturan contest untuk yang nak join guna facebook :-



1. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 

2.Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..

3.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"


4. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).


5. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.


6. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com


7. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

Jika anda nak join contest melalui entry blog :-

1.. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


2. Anda harus masukkan gambar banner contest.

3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.

List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.


6. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~


4. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.


5. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.


6. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.


7. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.


8. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).

9. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.

10. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.


11. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.


TARIKH TUTUP CONTEST PADA 7.7.2013.
************************************************************************************

Ok sekarang aku letak gambar Aish yang paling ceria sepanjang hayat dia..hahaha
 


Mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com
 
 
Hadiah untuk contest ni tersangatlah best, check it out as per below:
 
1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys
 
Kalau Aish menang, aku nak Trunki bag (merah), dah katanya tetiap minggu balik kampung, barulah bergaya ye dok bawak balik baju Aish dalam Trunki Bag

MOMMY: Jasrina binti Jamaludin
BABY: Aish Yusuf bin Asrul Sani

Fuhhhh siap jugak entry ni akhirnya, kemain lama aku tangguh sebab pening nak pilih gambar Aish, good luck to all contestant yeh. Bye!
 
P/S: Haaa korang yang membaca tu, dah join belum? Cepat join Ahad ni dah tarikh tutup..wuuuu
 
 


Memupuk Minat

Salam,

Motivasi sangat tajuk aku hari ni..haha. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, aku ni bukannya yang jenis reti melukis sangat, kalau lukis orang, orang lidi je la yang ku buat, kalau lukis pokok, aku lukis batang dia, lepas tu bulatkan je kat atas tu..haaa jadilah pokok, yang bulat tu daun dia, korang pun tau kan camne? Memang jenis tangan tak kreatif dari kecik membawak ke tua ni hah. Tapi Pa aku ni suka kalau anak dia belajar melukis, diam-diam dia belikan kitaorang buku cara melukis, dia siap tengok aku lukis pokok tiru macam dalam buku, kira aktiviti anak beranak la, lepas tu dia komen-komen hahaha..comel sangat Pa. Mana ntah buku tu pergi, walaupun Pa belikan buku cara melukis tu, tetap sampai sekarang aku tak reti melukis, takat melukis yang hodoh-hodoh tu aku retilah..hehe

Bila dah ada anak sendiri, takdelah pulak aku harapkan Aish ni reti melukis. Ok maybe too early lagi kot, so aku pun tak terfikir sampai ke situ. Macam budak lain Aish pun suka barang orang tua, I mean barang selain permainan dia, budak kecik kan suka main barang kita, yang kita punya tu lah dia suka, yang dia punya takde pulak dia nak main..haisshhh. Kalau ko bagi pen, merata dia conteng. Hari tu En. Syg bawak Aish pergi Mydin beli susu, masa kat cashier, Aish berebut pen dengan pekerja Mydin tu, mati-mati dia takmau lepas pen tu, menjerit-jerit. Lepas tu tetiba En. Syg cakap nak belikan dia pensel warna, disebabkan oleh peristiwa itu sambil membayangkan anaknya minat melukis dan mewarna nanti..harharharhar. Mulanya En. Syg nak belikan crayon, tapi aku tak bagi, kang habis dipatah-patahkannya, tak pun dia hisap, memang naya. So masa beli barang dapur hari tu, bersungguh-sungguh lakiku mencari pensel warna untuk Aish demi merealisasikan impiannya untuk melihat anaknya melukis dan mewarna..hahahaha



Beli kat Giant je


Drawing Block cap Giant..murah itu pasti


Jumbo sebab pensel warna ni besar and berbentuk 3 segi, senang baby nak pegang and pensel warna ni khas untuk Early Learning





The masterpiece, ada gaya bakal pelukis terhebat tak?







Dah transfer masuk bekas Daiso, tapi besar sangatlah pulak bekasnya

Setakat ni yang kitaorang tengok, Aish lagi banyak mencampak dari menconteng. Dia jumpa je bekas ni, pandai pulak dia buka, lepas tu habis dicampaknya pensel warna merata-rata. Yang rajin melayan Daddy dia la, balik kerja, tertonggeng-tonggeng ajar anak melukis and mewarna, while anak dia pulak tertonggeng-tonggeng mencampak pensel warna bawah kerusi, celah kabinet tv, serata alam perginya, maknya ni pulak tertonggeng-tonggeng berjalan takut terpijak pensel warna anak punya pasal (amboi mak pun over nak tertonggeng-tonggeng jugakkkk...ngade sangat). Mungkin belum minat dia lagi, takpelah esok-esok tu minatlah dia nanti kan, kata nak memupuk minat. Oklah, bye!


Wednesday, July 3, 2013

No. 1 Dad

Salam..

Aku adalah merajuk dengan suami, hari ni dah masuk hari ke-3 (sepanjang 2 tahun kahwin, ni first time merajuk berhari-hari, sebelum ni takat 2-3 jam je). Lepas tu tadi dia call office dan cakap "Saya minta maaf" pewiiittt terus aku rasa dia suami terseksi di seluruh Malaysia. Ada buat delivery bunga tak hari ni bang? Hahaha, pastu ajak aku half day, tu nak golek-golek dengan I la tu, nak qada' balik 3 hari..muehehe. Tapi aku tak cuti, sebab cutiku sudah ciput. Tq sayang sebab say sorry sebab tu perkataan paling susah sekali lelaki nak sebut, sebab lelaki kan ego, walau dia salah sekalipun susah gila nak cakap sorry. Tq sayang awaklah yang paling saya cinta (naik bulu roma semua orang membacanya..wakaka), amboiii kalau time merajuk tu bak kata CikNaa mulut lagi mancung dari hidung, kemain panjang muncungnye, buruk benor. Kalau suami ko jenis yang senang nak say sorry, bersyukurlah ye. 

Ok, mukadimah terpanjang pulak, padahal nak buat Wordless Wednesday hari ni. Nak tau masa Anniversary hari tu aku duk jenguk-jenguk Memory Lane kat Setia City Mall tu lepas aku tau yang En. Syg belikan mug Supermum untuk aku kat situ. Aku tertengok kat bawah mug tu. Sebelum balik, aku pergi Daiso while En. Syg tunggu aku kat kerusi luar Daiso. Keluar dari Daiso aku terus pergi Memory Lane senyap-senyap, sekali tengok purse, tak cukup duit daaaa, patah balik kat En. Syg mintak duit dan cakap nak belikan mug untuk dia. Nampak tak kelurusan kebendulan di situ..haiiihhhh tak jadi surprise, nonong-nonong aku pergi mintak duit kat dia..hahaha padahal ATM kemain dekat ngan Memory Lane tu.



No. 1 Dad

Ada macam-macam saiz, tapi aku nak saiz besar kole macam aku punya, barulah match minum together-gether

 
No. 1 Dad and SuperMum to Aish Yusuf

Haa ni nak cerita, Jusco tengah sale sekarang sampai bulan August. Member sale aku rasa. Sabtu minggu lepas aku pergi Jusco Rawang, sajelah pergi tengok baju baby, ingat nak beli baju murah-murah untuk Aish buat tukar-tukar kat rumah babysitter, aku terjumpa baju JBaby ni murah gile, sebelum ni ada jugak beli baju JBaby untuk Aish tapi takdelah murah macam ni



Harga asal 2-2 baju RM35, baju biru tu dapat diskaun 70% jadi RM10.50 sepasang, baju merah 50%, so dapat RM17.50, aku ingat nak cari baju RM10 tu banyak-banyak, tapi design tu je yang RM10, design lain takde and kat Jusco Rawang tu macam tak banyak pilihan untuk JBaby ni, kat Jusco Bukit Raja JBaby melambak, tapi aku tak tau banyak ke tak design untuk baju RM10 ni. Kain elok tau, tebal la jugak. Brand JBaby ni Aish pakai saiz 8-12 Bulan, sebab memang besar, Aish pakai pun besar, berat Aish sekarang 9.4kg. Kalau saiz 1-2 years, aku rasa budak 2 tahun ke atas pun boleh pakai. Tu je nak ku kepohkan. Ok Bye!


Tuesday, July 2, 2013

Kabinet Kasut

Salam,

ehehehe, nak cerita pasal rumah la hari ni. Dah setahun lebih duduk rumah sendiri, barulah nak reti beli rak kasut, selama ni nak tau kat mana aku letak kasut? Dalam kabinet tv, tapi aku letak kasut yang jarang pakailah, kang kotor pulak kabinet tv aku. Kasut and selipar yang selalu pakai aku letak tepi pintu, alas kertas suratkhabar, sedih sangat aku menengoknya. Bila dah dekat sangat dengan Birthday Party and Majlis Naik Rumah hari tu, aku ajak En. Syg beli rak kasut, menangisi nanti makcik marhaban tengok tuan rumah letak kasut alas suratkhabar je

Mulanya aku plan nak beli rak kasut biasa dan letak dalam rumah tepi pintu utama, kiranya kalau nak keluar nanti boleh main capai-capai jelah kan. Aku tak berani nak letak luar rumah, takut hilang, sebab everyday ada orang yang kemas koridor, lif and mop depan rumah ku tu, kang dah hilang, dok tuduh orang sana sini pulak. En. Syg pulak suggest beli je kat Ikea, yang pasang siap ke dinding terus, lagipun gap between dinding tepi pintu dengan pintu aku tu tak besar, kalau beli rak kasut biasa, sekali buka pintu habis tertolak dengan rak kasut sekali, dah satu keje, dok menolak menarik rak kasut setiap kali keluar masuk.

Dah suami kata begitu mari kita google kabinet kasut Ikea

RM 449

Kalau dapat yang ni best jugakkan, boleh aku buat deco terus tepi pintu tu, letak cermin macam ni, tapi bila ku fikirkan balik, tak suka la pulak sebab dia melebar, takut makan space, aku ni seboleh mungkin nak beli perabut seminimum dan yang makan space kecik je, so that boleh aku berputar-putar dalam rumah sendiri dengan senang hati, aku tak suka perabut bulky2 and makan space ni, nak pulak rumah aku bukan besar mana pun.


RM 449

Lepas tu tersuka yang ni pulak, sebab design dia English sangat dan kemas, aku suka drawer kecik tu, boleh sumbat jam, dompet, tag office lepas balik kerja, masuk je pintu terus boleh tanggal semua barang berkenaan. Tapi yang ni pun melebar jugak, tapi cun la, tapi yang ni lebar, cane ni?? adoiii tak tidur malam nak buat decision. Lepas tu boleh letak kasut banyak-banyak, aku suka. Kalau tanya En. Syg, dia ikut saje, mana-manalah yang aku berkenan dia bayor.
 Aiyohhh tempting sangat ni

Tapi bila sampai je Ikea, ko rasa aku pilih yang mana? Budget aku RM500 je, kalau aku beli yang aku berkenan di atas ni, ada baki duit lagi RM51 je boleh aku guna untuk shopping barang lain, tau jelah kan kat Ikea tu, sekali pergi rasa nak beli semua, so fikir punya fikir, punya fikir, punya fikir..berapa banyak fikir daaa. Aku ambik yang ini

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

RM 299

Boleh tahan tempting jugak

Yeay, ada lebih duit buat shopping barang lain..hahahaha tu tujuan sebenarnya, and design dia pun simple, lepas tu kurus tinggi, tak makan space sangat, kalau kasut aku boleh letak 3 pasang terus untuk 1 compartment, kalau kasut En. Syg, boleh letak 2 je, sebab kasut dia besar. And sekarang aku letak kasut yang selalu kitaorang pakai je, yang pakai sekali sekala tu aku simpan dalam bilik je, nak pakai nanti baru keluarkan. Agak-agak dah beranak pinak ramai nanti, tak muat space dah, ku beli 2 cantum dekat-dekat macam ni.
Oklah kan

IN THE MAKING

Tapi barang Ikea ni yang lecehnya kena pasang sendiri, tak pasal-pasal kena beli driller, skru yang lekat ke dinding tu pun ko kena beli sendiri, tengok jenis dinding ko, so dia tak provide, Ikea just provide skru untuk pasang kabinet tu je

















Adik aku tengah ukur tempat yang nak di drill, nasib baik lah pasang sehari sebelum kenduri, so ramailah pembantu berkampung dirumahku, kalau tak sapelah nak tolong ngadap sekali dengan En. Syg.






Rupa sekarang









 Aish tumpang yang belah atas je. Mommy is happy. Bye!


Monday, July 1, 2013

Hadiah Gathering

Hai,

Gathering dah seminggu ku tinggalkan..ewahhh, tapi hadiah masa gathering masih belum ku updatekan. Eh, lupa nak bagitahu ni Gojes Blogger Supermom and Baby punya gathering tau, kang ko ingat gathering universiti ku pulak nanti. Setiap orang yang datang kena bawak satu hadiah nanti boleh tukar-tukar sesama kita, aku beli 3 buah buku, sama macam buku Aish, Aish suka buku tu, tu pasal aku belikan buku tu jugak untuk anak Gojes, Hannah anak Anez Zamri yang dapat buku tu. Hannah suke ke ibu yang suke?



Beg yang comel, ini bukan hadiah, aku beli dari Ctmah, RM15 je satu, paling murah aku pernah jumpa, terus beli dua, Owl tu nak kasi anak buah aku, Zebra Aish punya, lepas ni boleh beli lagi. Nak beli kalu, pergi usha sini Ctmah Corner



Hadiah dari Mommy Gojes, Yumie. Hari tu sebelum gathering kemain dia gembar-gemburkan nak bagi thermos, excited aku nak hadiah dia, sekaliiiii dapat jugak hadiah dari dia, tapi bukan thermos, dapat Rock-a-Stack ni. Ketahuilah olehmu Yumie, menatang ni la yang aku nak sangat belikan untuk Aish, masa lunch kat Sushi King, En. Syg yang bukakan hadiah ni, lepas tu dia cakap "benda yang awak nak sangat", "apa dia?" aku tanya, bila aku jenguk dalam beg hadiah tu..wawawawa..memang benda yang aku nak sangat punnnnnnn..hahaha, macam tau-tau je ko kan. Serius, aku gembira habis, hari tu pernah nak beli yang Tesco punya tapi tak jadi, nak jugak yang ini, tapi yang peliknya dah banyak kali usha, tak jugak ku beli, rupanya nak ada rezeki orang bagi. Aish tak pandai main lagi, dia keluarkan lepas tu dicampaknya merata-rata. Berpiung-piung masuk bawah kerusi, celah rak kasut, serata alam perginya. Aku terharu Yumie..sobss..sobsss.



Hadiah dari tokey LyanaMK, tenkiu, sehari je aku boleh habiskan gula-gula kapas ni, haloba betul..hahaha. Ohhh..brooch pun comel.



Ni gift dari Mama Qaleef, Aty, sebab kitaorang celebrate birthday Qaleef sekali, aku punya boleh pilih sebab Aty tak sempat balut. TQ, nanti nak tampal kat bilik tengah, tapi tunggu dah cun bilik tu baru tampal, tah taun bilalah nak cun gamaknya. Mulanya aku pilih design kereta, lepas tu tak jadi, pergi tukar ambik design monkey, sebab dalam kepala dah fikir, kalau aku tampal ni, confirm tahan bertahun-tahun, kalau anak lepas ni girl, tak sesuai la pulak..nampak tak, over berangan tu. Seronok jumpa Mommy Gojes and lagi seronok dapat hadiah..hahaha

Ok, bye!