Klik Jommm

Wednesday, March 30, 2011

Rabu yang kurang berkata-kata

Kenapa semua orang buat wordless wednesday? kenapa? Baik, aku nak buat jugak wordless wednesday aku yang pertama hari ni. Hari ni lapar gileee ko, malam semalam makan roti je, sebab dah muak nak makan nasi masakan sendiri, sebab tak sedap ptuiiihh, dah tau tak sedap belajor la masok, pemalasss!!

Pagi-pagi lagi perut dah berkerok-krek, huiii pukul 10am lebih aku dah ajak officemate gi lunch pukul 12 (office aku lunch pukul 12.30). Bila lapar aku nak makan sedap, qada' balik segala meal yang tertinggal dari dinner semalam, makan sedap = makanan yang lebih mahal dari hari biasa. Ok, semua wording kat atas ni bukan wordless wednesday. Wordless wednesday aku baru nak bermula ni dengan tajuk

KATA KURANG RABU



Chicken Maryland @ Murni Restaurant

Suka hati aku je kan

Monday, March 28, 2011

Pelamin booked

Lega, kakak pelamin datang rumah malam Sabtu hari tu. Pong pang pong pang, dia balik. Aku ni jenis yang particular sikit, ok lah aku ni cerewet. Kalau ikut aku, aku nak kakak tu buat exactly apa yang aku mahu, kalau boleh aku nak membontot dia pergi beli barang, duduk mengadap masa dia tengah gubah bunga, nak tahu jenis kristal yang dia beli sampai aku ingat nak ambik gambar kristal pink aku dan send email dekat dia untuk pastikan dia beli kristal yang sama untuk pelamin aku. Susun kristal macam aku mahu, warna air kat bunga pun aku nak tau dia buat macamana. Nak tengok bunga dia jenis murah ke mahal, ada habuk ke tidak, aku nak tirai pelamin plain dan berat, supaya ada efek mewah, mewah kauuu, hover tau aku bayor nak murah..lempang ko kang. Ye aku penyibuk, sebab aku takut sangat aku tak puas hati, sebab aku cerewet nak mati. Tapi tak molek lah kan, kalau aku asyiklah menyibuk, kang kakak tu kata "haaa ko nak mewah sangat kan, pelamin ko 8 juta!!" Terus aku pengsan tak bangun-bangun. Jadi segala kecerewetan aku salurkan terhadap pihak sponsor meja makan pengantin iaitu Along aku..Hai Along  -___-"

Kakak aku naik tension bila aku tanya setiap detail bakal meja makan aku,

"Nak scallop kosong, takmo kain bunga"
"Bunga nanti buat macam ni, letak panjang, kaler putih je, jangan letak kaler lain"
"Lilin ni dah kuninglah, beli baru"
"Kain ni awak beli berapa semeter?"
"Cantik ke kalau buat macam tu?"

Semua komen nak kena penampar, dahlah fully sponsor, banyak hal pulak kau. Oh btw, kakak aku memang buat bisnes hiasan meja pengantin.

Pelamin aku nanti simple je, takde panel. Kakak tu pun cakap senang je nak buat. Buat simple tapi bergaya ok akak.





Rizalman..jatuh cinta T_T
hoih bukan aku jatuh cinta kat Rizalman, jatuh cinta kat pelamin ni lah








Comel gileee

Friday, March 25, 2011

Baju Raya Pengantin Baru

Ya rabbi, aku malas gila nak update, ni pun aku dah cubit-cubit jari jemari kurus kelengking ni bagi dia rajin sikit. Biasa dia ni!, asyik malassss je. Siapa cakap baju raya tak penting, persiapan lepas kahwin pun penting jugak. Nak-nak aku yang kahwin 2 bulan sebelum raya, by that time, nak beli baju raya pun kena berkira, atee baru menikah, duit pun semputttt je. Sebelum semput datang, aku beli 5 pasang kain, raya pertama jadi isteri, jap nak gi umah Mak Long, sat gi nak gi umah mak menakan, pak menakan, tok long, tok chik, ketua kampung, bendahari balairaya, bilal surau, segala umah nak pergi tayang isteri baru..haha. Yang isteri nya pulak, asyik pakai baju lusuh je, tak pun asyik ulang baju yang sama, terjejas imej i, jadi sebelum semua itu berlaku, aku buat baju raya sampai 5 pasang, ke tak cukup lagi tu?? Kira cukup la ye, tapi yang menjadi kerisauan, aku takut je semua baju aku siap sebelum raya, ada jugak aku pakai dulu. Tapi pakai dulu pun apa salahnya, En. Sayang je tau, orang kampung tak tau kannn.

Minggu ni aku balik kampung, nak settle hal pelamin, haih la, kakak pelamin aku bz benorr, jap henpon hilang, jap bz buat pelamin, asyik tak available je, aku takut je kang, time aku jumpa sekali tarikh aku dah penuh, ada jugak aku amik daun kelapa buat background pelamin sendiri. Disebabkan aku malas, entry adalah pendek, nah aku tayang bakal baju raya tahun ni.




Bila tengok balik, apesal semua pun pink-pink je? Habislah kena bahan ngan En. Sayang ni, dia selalu cakap aku fanatik pink. Tak ok, nak kata suka tak, benci pun tak, neutral je. Macam Siti Nurhaliza la, ada orang fanatik gila dengan dia, ada orang benci gila, aku biasa je, dia ada kat tv, aku tengok, dia takde, takdelah pulak aku rindu, biasa je..neutral aka tak berperasaan. Eh, kenapa sampai cerita Siti pulak terkeluar ni?

Wednesday, March 23, 2011

Ucapan bajet popular with love..urrghh

Korang ada tengok berita tak? Hari tu aku terbaca dekat MHI, alaa kan sekarang dia ada update kat bawah-bawah tu yang kecik-kecik tu, ada Exco Selangor dan Kedah reply pasal akad nikah di masjid tu. Diaorang cakap akad nikah di masjid tak salah, lebih-lebih lagi kalau melibatkan ramai pengantin, so akad nikah di masjid senang la sikit, tak payah lah tok kadi tu ke hulu ke hilir pergi nikahkan orang. Boleh nikah di satu tempat je. Ok, relevan jugak apa yang diaorang cakap tu. Personally aku rasa tak salah jugak nikah di masjid, dengan syarat hormatilah kesucian masjid tu, tutuplah aurat, janganlah ko sibuk nak berpelamin bagai kat situ, bawak hantaran gah-gah dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi yelah, macam aku cakap hari tu, aku ni cetek agama, kalau cakap lebih-lebih pun aku tak berani, kang menyimpang pulak, waallahualam.

Ok, sekarang mari kita kupas tajuk diatas, terus menuju ke isi utama..huuiiisshhh. Takut la pulak, eh, takde, takde cuma nak bagitahu je shoutbox aku adalah bungekss dimana, setiap kali aku nak reply korang yang shout kat sana, aku dah taip pepanjang, takmo deh dia upload ke atas tu. Hanginnnnn je aku, jadi janganlah cakap aku sombong kalau tak reply di shout box eh, siapa yang bw, siapa yang link, siapa yang follow, terima kasihhh, nanti slowly aku link and follow balik. Maklumlah "kompiter" 60an, lembab memanjang. Nak send comment pun sempat aku tidur selelap dua, baru dia jalan. Eh, tensi ok tensi. Saya tak sombong, tak percaya meh add saya kat FB (airin2306@ yahoo.com) masa nak add bagitau la ko ni kawan blog, sebab aku takut nak add sembarangan, ada peristiwa pahit di situ. Owhh pahit ke?? haha. Ehh ada ke orang nak add aku..gagaga. Kalau takde nanti aku nak paksa Cik Fotogedik or Chrysalis Gurl (yang dirindui selalu di dalam diam-diam ku mencintai..bluewekkk..hye betty cayang mucuk bambam tampor kang) add aku sekali lagi, supaya tidaklah i terasa syiook sendiri..tsssk. Kalau diaorang berdua pun tanak add i sekali lagi, takpelah, biarlah i berlalu pergi dengan tenang dari blog ini, membawa hati yang terluka..sobbsss. Dah tu je nak bagitau. Babai luv. 

Tuesday, March 22, 2011

White Paper Bag

Dah hampir nak putus asa dah, ingat nak beli online je, lagi senang. ceh padahal baru carik kat satu kedai, tak jumpa dan-dan nak kecewa. Kebetulan Cik Fotogedik mempunyai kawan or kawan aku jugaklah, tapi sebab CF selalu contact dengan dia, maka CF dengan rela hati tolong tanyakan kawan kitaorang ni yang memang rajin buat kek, kat mana ada jual white paper bag, laju je dia jawab Tesco Extra, Shah Alam. Berdesup aku ke sana Sabtu lepas. Sebelum tu, terima kasih CF, jasamu ku kenang.




Ramai peneman aku, k.cik (adik aku) Wani (housemate) and kawan Wani sekali (tiba-tiba nak ikut sebab kebosanan). Lengkap rombongan Cik Kiah ke Tesco, sebelum aktiviti mencari dimulakan, taklimat diberi kepada setiap peserta

"Ye anak-anak, misi kita hari ni adalah mencari white paper bag, dia macam kertas goreng pisang, tapi kaler putih, paham ye??"

Gelak-gelak diaorang..oowwwhhh gelak eh, tak jumpa kang..siap!!




uiihhhh..terkinja-kinja bila dah jumpa, tapi masa aku beli ni stok dia tak banyak sangat, dalam 10 macam tulah. Harga 11.90 untuk 100pcs, terus rasa nak balik dan-dan tu nak kerjakan riben sampai siap. Konoooonnn, semalam baru buat 3 riben, terus rasa sakit belakang, terpaksa tidur awal..tssskkk terpaksa..ceh. Saje la kongsi dengan korang kat mana aku beli, tapi kalau beli online pun lebih kurang jugak harganya kot. Aku kan getis, suka menyusahkan diri sendiri. Dah beli jom balik, sebelum tu singgah makan dulu kat foodcourt Tesco tu, boleh tahan murah tapiiiii...



Nasi Ayam

tak sedap, eh tak baik mengata rezeki, dalam bahasa yang lebih baik, nasi ayam ini tidak memenuhi piawaian tunas rasa di lidah saya. Sekian.

Monday, March 21, 2011

Akad Nikah di rumah lebih baik??

Pagi tadi kan, aku bangun awal, lepas Subuh tak tidur dah, kalau tak, mengagau carik selimut balik. Tapi sebab semalam tidur awal, seawal 10.20pm. Maka hormon mengantuk takde. Sambil iron-iron baju, sempatlah tengok Buletin Pagi and ada sorang Mufti Perlis ni bagitau akad nikah yang diadakan di masjid adalah menyimpang dari ajaran Rasulullah. Kalau tanya aku yang cetek agama ni memang la aku tak pernah tau pun, sebab biasa orang tua cakap "Nak membina masjid biarlah di masjid" gituuu. Baru pagi tadi aku tau yang Rasullullah sebenarnya lebih menganjurkan penikahan diadakan di luar sebab rasullullah tak nak kita mengikut Kristian yang berkahwin di gereja. Zaman Rasulullah, tak pernah pun buat nikah kat masjid kecuali satu je masa seorang perempuan datang ke masjid dan dia cakap dia nak kahwin, kebetulan ada seorang lelaki yang berada dalam masjid tu sudi mengahwini perempuan tersebut. Dia je lah yang pernah nikah di masjid. Waallahualam.

Kita tengok je lah apa respon mufti lain. Kotlah ada pendapat lain pulak ke. Kalau ikut aku, aku memang nak nikah kat rumah, sebab majlis aku kan buat sekali harung semua. Takdelah kelam kabut sangat, lepas nikah, amik gambar, terus tukar baju. Kalau pergi masjid, panjang la sikit ceritanya. Dekat rumah aku ada surau je, kalau nak nikah kat masjid kena pergi jauh sikit lah, campur sedara sesat lagi, tok kadi lambat sebab nikahkan orang lain dulu, tertinggal handbouquet kat dalam kereta la, tak ke dah lambat, nikah, tak sempat bergambar dah kena berdesup balik nak tukar baju. Kang nak temankan suami makan pulak. Idok la nak bior suami lapooo lepas akad, kang nak tunggu bersanding, dah gastrik datang, kang muka ada masam, tak lawa gambar kahwin aku sepanjang hayat.

Lepas tu kaedahnya dekat kawasan aku, tok kadi tak kasi bagi mas kahwin lebih, aku pun pelik, dia kata ikut mas kahwin yang kerajaan Pahang tetapkan je, aku rasa RM22.50 kot, ke sekarang dah lain? Ada orang Pahang yang tau?. Kitaorang ingat, nak lah bagi lebih sikit, tapi dia kata tak boleh. Eh, apesal orang dekat rumah aku boleh je lebih, tu yang kemusykilan tu. En. Syg cakap harga ikan je aku ni..tsskkk. Padahal, perempuan yang rendah maharnya lah yang lebih baik tauuu (sambil buat muka ekkksyeennn)

Friday, March 18, 2011

Doily Paper dan Biru Ribenku itu

Wah..wahh, hari ini dalam sejarah, 5 hari berturut-turut update secara konsisten. Semua cerita berminggu-minggu diperam semua keluar. Semangatttt la sangat, minggu depan tak update langsung..ngehhh. Ni entry telenovela lagi, sebab sambung dari cerita aku tidur semalam, bangun dari tidur aku paksa En. Syg bawak aku pergi bandar Rawang, sebab aku nak cari doily paper, yang payahnya, kat Subang ni aku taktau nak cari kat mana, takde kedai jual barang-barang kek pun, setau aku lah. Ada sorang member bagitau, dia cakap kat Bake with Yen ada, aku kan buta jalan campur malas nak mengagau ke Puchong apatah lagi KL, confirm sesat. Jadi mari paksa tunang kesayangan pergi Bandar Rawang yang asyik jammed mengalahkan Subang Jaya. Sebab apa perkataan "paksa" digunakan disini? Sebab En. Asrul Sani aku tu memang surrender kalau pergi Rawang, sebab dia tak suka jammed, bila jammed, dia panas hati, bila dia panas hati, dia muka ada sikit masam, bila dia muka ada sikit masam, dia stress, bila stress dia datang, dia punya gastrik ada mari, bila dia punya gastrik ada mari, dia muntah, bila dia muntah, dia tak larat, bila dia tak larat, mood shopping kitaworang tade mari, bila mood shopping tade mari, kitaworang pulak muka ada masam, bila muka kitaworang ada masam, kitaworang panas hati, bila kitaworang eh, dah dah, merepek pepanjang pulak dia.


Mula-mula En. Sayang macam tanak, nasib aku ade bakal ibu mertua yang supercool.

"Kalau Asrul tanak ikut, kita menjongket berdua jelah erin" kata bakal ibu mertuaku, cool kannn.

Baru ingat nak menjongkang-jongket berdua, En. Syg tiba-tiba rela hati nak tumpang berjongket. Sampai mak dia pun pelik "Eh, rajin pulak si Asrul nak melayan kita hari ni"

Alaaa i tauuuu, sebab ada adik manis Erin terus je nak ikut kannnn, sebab i terlalu maniskah di petang tersebut?? (cakap ala-ala Sheila Rusly dalam drama Donut)

Sampai Rawang terus menuju ke LMC Bakery World, uissshhh kedai dia menghiburkan hati, barang yang aku nak kebanyakannya ada, ok sambar doily paper dulu




Curi-curi amik gambar ni, tu pun jenuh nak tunggu sorang makcik ni berlalu pergi dengan tenang, kang dia pelik pulak, tetiba nak amik gambar menatang ni. Kecik, besar, lonjong, petak semua ada.



Ni aku punya, RM8.90 for 250pcs.

Lepas beli doily paper, kitaorang pergi kedai barang pengantin, dan aku jumpa pulak riben, ok beli terus. Sebelum beli tu aku mintak tolong sorang pompuan  amikkan riben, terjadilah conversation di bawah:

Pembantu Kedai: Akak ke yang nak kawen ni?
Aku: a'ah
Pembantu Kedai: Tu bakal mak mertua akak eh?
Aku: a'ah tu mak abang tu
Pembantu Kedai: Akak nak kawen dengan abang tu eh?
Aku: a'ah, dengan abang tulah
Pembantu Kedai: Akak dengan abang, dua-dua wangi, pakai perfume eh?
Aku: a'ah pakai perfume (sambil buat muka pelik..haha)

Apa aneh sangat budak ni cakap k'orang berdua wangi, haha. Bila aku cerita ngan En. Syg, dia pun pelik lalu berkata

"Lainlah kalau dia cakap abang tu hensemlah" holoh benci aku, motif??

Bila aku pergi kedai sebelah, riben yang sama, harganya RM3.80, murah RM0.20 dari kedai yang aku beli tadi..ciss..ciss..ciss..nasib baik ko cakap akak wangi tadi dik, walaupun lepas bangun dari tidur, berpeluh sakan, belum mandi, terus terjah Rawang.


Nilah riben yang sedang ku kerjakan, nasib baik nak buat 500 je.

Sebelum balik: TEH TARIK SATUUU