Tarikh belum ada lagi, tapi disebabkan mahu sibuk-sibuk mengecat bilik, membeli cadar, membeli kain langsir bilik, membeli kristal, membeli carpet, membeli cermin besar, membeli baju ahli keluarga, membeli scallop khemah pengantin, membeli bunga telur, tuala good morning, kain batik, pelekat segala dan semua DIY berkaitan, menentukan warna tema adalah satu kemestian, tarikh lambat sikit takpe. Yang penting mengejar SALE dulu, jimat duit beta.
En. Syg yang sibuk tidak boleh diganggu selalu, jadi kena pandai-pandai cari masa yang paling sesuai dan paling tenang untuk membuat usul dan berharap dia mengatakan YA dengan gembiranya. Malam kelmarin, makan sushi bersama, waktu makan sushi adalah waktu paling gembira dan tenang untuk En. Kesayangan, macam budak dapat belon..begitu . Jadi aku siap-siap bawak buku nota besar, dengan pen sekali, senyum-senyum manja, pakai heel, mekap lebih sikit, suap sushi kat mulut sendiri sekali, suap kat mulut dia 3 kali, suap kat mulut sendiri sekali, suap kat mulut dia 6 kali. Lepas tu tarik nafas panjang-panjang, sekali nafas, sebut laju-laju macam baca nikah.
"Sayang, saya nak kawen kaler purple boleh?"
Sambil kunyah-kunyah sushi "Awak dah jumpa baju kaler purple eh?"
"Taklah"
"Sebab apa nak kaler purple? Banyak-banyak warna, kenapa awak pilih purple"
"Sebab suka"
Diam jap "OK"
"Eh, betul ke ni?"
"Betul lah, saya tak kisah, kaler grey ke, hitam ke, merah ke, putih ke, tak kisah, ikut awak je, jangan tiba-tiba dah halfway cakap tak cantik pulak"
"Mestilah tak, olooooo sayang sayang nih, tapi deep purple tau" sengih2 kambing
"OK sayang"
ngehehe..lega cik bedah. Biasa la, strategi baik punya. Lepas tu, terus meroyan google bilik pengantin, dah siap lukis design, kat mana nak buat feature wall, langsir material apa, nak carpet bulat ke lonjong. Asyik pergi kerja lambat sebab nak tengok Deko Bersama Eric pukul 8-8.30am. Excited tiba-tiba.
Source: The Perfect Palette
Kalau bergambar takmo kalah, nak jugak feeling model, pandang tempat lain..nyampah..eh, dah kurus kan dia..huahuahua..dulu muka bulat, perut comel..sekarang tidak lagi..ngahahaha
Lepas tu lelaki ini berkata: "Awak kaler purple, belah saya nanti nak buat kaler pelangilah, boleh?"
T_T..baiklah sayang, baiklah! srotttttt