Klik Jommm

Showing posts with label Wedding Preps. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preps. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Masih di sini

Unedited
Down to memory lane, Pre Wedding @ Pak Li Kopitiam (place where we first met)


Kat opis lagi ni hah..4 days to go, tapi tengah sibuk memulun kerja lagi, takpe-takpe nasib baik, adik beradik tengah cuti semester sekarang, boleh call je and suruh itu ini. Esok pagi-pagi aku balik Pahang dan bakal memulakan rutin bridezilla..haha..aku tak bridezilla sangat kot, aku pengantin cool..bahaha (kita tengok camne nanti, cool ke Mat Cool)

All in all, rasa sedikit lega sebab sudah hampir sampai hari kahwin. Seriously, wedding preps sangat menstresskan, masa mula-mula buat preparation, semuanya dipenuhi angan-angan indah, tengok gambar baju senyum, tengok make up gini senyum, tengok kasut gitu senyum, bila tinggal lagi 3 bulan, stress gila-gila, stress dengan tunang, bila bergaduh, mulalah rasa dia bukan calon terbaik. Stress sampai satu tahap dah nekad nak mintak putus (aku rasa semua org macam tu kan), tapi nasib baik aku ni mampu berfikir waras lagi, aku cuma rasa nak putus je, blum mintak pun, tak sempat keluar dari mulut, airmata keluar dulu..cane??, hai lah Asrul Sani, saya sayang sangat-sangat dekat awak tau. En. Syg cakap whatever happen, perkataan "PUTUS" takkan sesekali keluar dari mulut dia. Sebab tulah Allah bagi kuasa menceraikan ni dekat lelaki, sebab perempuan ni emosional. Stress sikit putus, merajuk sket nak putus (tampor ko kang)  Stress sebab duit makan asyik tak cukup, beli itu ini, duit habis..sobsss. Duit makan kat tangan skang ni tinggal RM6.00 je, nasib baik esok dah nak balik kampung...sobss. Gaji hujung minggu depan baru dapat, nasib baik hujung minggu ni dah nak bersuami, boleh mintak duit nafkah untuk survive sampai hujung bulan..haha..kesian gila.

Bila wedding dah tinggal sebulan lebih lagi, aku sangat tenang, tak rasa apa-apa, rileks je, tak risau, tak takut, tak stress. Tapi start semalam feeling lain pulak yang datang, perasaan macam masa mula-mula jatuh cinta dulu. Serius, jap senyum, pastu asyik berdebar (gataiiiiiii no), tidur tak lena, mandi tetap basah..haha. Pastu rasa macam "butterfly in my stomach". Tengah buat Sales Report, terangau jap (patutlah sampai hari ni sales report ko tak siap lagi..huhu). Tak sabar nak kahwin, tak sabar nak lupakan semua preparation yang menstresskan ni, nak kahwin tu seronok, but the preparation..urrrggghhh. I just can't wait and hopefully semuanya baik-baik aje. 

Mood: I am deeply in love dan menaip sales report sambil dengar love songs :D

Friday, June 17, 2011

Inai

Saya suka inai, sebab bila tengok orang pakai inai saya rasa seksi. Bukan aku yang seksi, orang yang pakai tu lah. Tapi En. Syg tak suka inai (have I told you yang tunang aku aneh? haha). Dia tak bagi pakai sebenarnya masa kahwin, tapi aku insist (rasa macam tak kahwin kan kalau tak pakai). So dia cakap sila pakai seminimum mungkin dan ia bermakna, inai hujung jari jelah. Terbantut segala anganan nak buat inai lukis-lukis. Baru je nak feeling-feeling diva tayang tangan kat photographer T_T. Dia kata kalau aku nak buat jugak boleh tapi "jangan marah saya kalau saya tak mau duduk dekat awak". Dia geli dengan inai, fine kadang-kadang tunang aku memang sukar difahami dan mempunyai imaginasi yang telalu tinggi dengan menyamakan tangan yang berinai dengan sesuatu yang euwwwww (sebab tu dia tak suka inai T_T)

Tapi baru-baru ni dia ternampak satu gambar dalam website photographer ada gambar tangan berinai lukis-lukis, terus dia pun suruh aku buat lukis-lukis jugak.

Tapi dia cakap baru-baru ni haa, mana la nak nyempat pergi survey inai lukis-lukis kat Temerloh tu, aku ingat belah bertandang nanti kot baru aku buat inai lukis-lukis. Belah aku, kalau sempat, aku buatlah, aku cuti pun 3 hari je sebelum kahwin, Rabu cuti, Sabtu dah nikah. Sempat ke? Banyak gile kot benda yang aku nak kejar 3 hari sebelum kahwin tu.

Gila lame entry aku, aku tengah pura-pura busy nak clearkan meja sebelum start cuti ni. Selonggok lagi menunggu ni hah..bye!


Thursday, June 9, 2011

Kasut Nikah

Setelah penat menanam tebu di pinggir bibir, so hari ni, marilah kita menuai tebu tersebut. Mari mulakan dengan sejarah kasut nikah ini. Sebenarnya kan, kannnn, masa budak-budak lagi, zaman hingus meleleh-leleh, aku pernah tertengok satu magazine ni. Tak ingat magazine apa, tapi ada gambar Zahnita pakai baju kebaya merah menyala, bibir merah yang sekilometer dah boleh nampak bibir je yang berjalan, sanggul tinggi selit bunga ros merah seketul. Dan-dan tu "okeh, bertunang nanti nak pakai baju merah menyala". Boleh tahan lama jugaklah anganan tu, tapi over the years, warna merah dah bertukar pink (ehehehe theme colour masa aku bertunang) sebab tiba-tiba tak berani pakai semuanya merah.

Jadi aku nak realisasikan impian warna merah pada majlis pernikahan aku. Okey, mari lihat tebu yang sekian lama ditanam..eh..kasut nikah. Ini kasut dalam koleksi peribadi (wahhh bunyi cam artis laaa)


Kasut botak berkilat

Aku jarang pakai sebab En. Syg, kalau tengok aku pakai kasut ni, mata dia asyik menataaaappppp kasut je, sampaikan kalau tengah makan, dia suruh keluarkan sikit kasut dari bawah meja, dia nak tengok, boleh?? dan selalunya dia akan jalan kat belakang aku, sekilometer jauhnya semata nak tengok kasut tu bergerak, boleh?? tak boleh nak jalan bersepah, terpaksa aku pura-pura catwalk..haha. Kalau dia bukan tunang aku, dah lama aku cakap "peliknyaaaaaaa" tapi sebab dia tunang aku otomatik bertukar "comelnyeeeeeee". A'ah tunang saya aneh amat..haha

Wednesday, June 8, 2011

Cer Teka

Ya allah, aku bz amat, tapi masih sempat curi-curi update and masih sempat lari pergi Post Office pos kad kahwin. Nak membebel panjang tak sempat, so marilah kita buat teka teki teka tekup..tapi aku rasa most of u dah tau kan, ni DIY yang baru siap Ahad lepas, alahhh yang buat aku tidur pukul 1pagi tetiap malam, yang membikin hati panas rasa nak lambung ke langit je semua, akhirnya siap jugak (sambil hidung kembang kempis..bangga neh..haha)


Eleh, mesti boleh teka punyalah :D


Wednesday, June 1, 2011

Invitation Card

DAH SIAP *joget-joget ayam*, tu pun dah berdebar-debar takut tak sempat siap sebelum aku balik kampung buat kali terakhir sebelum kahwin. Nasib baik dah siap. Padahal kebenaran bernikah pun baru minggu ni nak buat..tiba-tiba pulak risau ni. Kebenaran bernikah tu sehari je kan prosesnya? Ayooookkk tetiba takut ni, takut tak sempat, boleh?

Tetiap minggu dah beratur agenda, asyik fikir, "Ya allah, sempat ke aku ni?", sampai satu tahap dah malas nak fikir, ikut flow je, kalau lagi difikir-fikir stress aku jadinya. Doakan aku yang baik-baik ok. Cece pesanan macam dah tanak update blog dah lepas ni. Meh tengok kad aku, kad emergency. Dah keluar RED ALERT baru hegeh-hegeh nak pergi buat..haha. Takde satu doa untuk pengantin pun aku letak dalam tu, cuma ada peta dengan nama kitaorang semata. Aku dah tak sempat nak byk cekadak, aku iyekan aje semua.



Simple je ;)


Tuesday, May 31, 2011

Majlis Perkahwinan Saya bertempat di...

dewan berdekatan dengan rumah. Sejak sebelum bertunang aku meroyan takmo kawen kat dewan, sebab dewan tu super buruk, dengan pentas yang dah nak roboh, aku takut kang masa nak bersanding, kitaorang tenggelam dengan pentas-pentasnya. Baru hari ini dalam sejarah kau..haha. Tapi Pa aku insist nak buat dekat dewan jugak tak kiraaaaaaaa, nak dewan jugakkkkkkkk (ceee takdelah Pa aku cakp cenggitu..haha)

Aku pulak cakap, taknakkkkkkkkkkkkkk, nak buat kat rumahhhhhhhhhh jugakkkkkkkkkkkkkk (yes, aku memang cakap cenggitu). Tapi bila Pa insist, aku setuju tapi dengan syarat aku nak tengok pentasnya dulu (sebab masa adik aku kawen, kayu pentas dia berlubang). But luckily, masa aku datang buat lawatan terhormat, pentas tu dah di simen, jadi ayuhlah bersanding di dewan. Aku redha jelah, walaupun cuma pentas je ok, yang lain masih hampeh seperti dulu. Anak yang mithali adalah mendengar kata orang tuanya, jadi aku ikutkan aje.

Ingat aku cakap nak nikah kat rumah..hmmm this time, Ma aku pulak yang tak kiraaaaaa nakkkkkkk jugakkkkkkkkkkk suruh aku nikah kat masjid. Habis macamane, semua plan aku dah lari, so ikutkan lah jugak. Jadilah venue anganku musnah..sobsss..sabor jelah. Memula tu aku tanak ikut cakap diaorang, tapi bila berfikir dengan akal yang waras, oklah, oklah, nak kasi parents puas hati. Ku turutkan saje.

Oh, nak bagitahu, malam tadi projek DIY terbaru baru bermula. Aku membelek benda tu dari pukul 9 malam membawak ke pukul 1 pagi dan takde satu pun yang siap, kemain payah menggentelnya, nak-nak tangan kayu macam aku. Kalau ikut darah muda, hati panas, dah lama aku nak lambungkan je..haha..sabor jelah, menguji keimanan betul.


Thursday, May 26, 2011

Kasut Sanding

Hai.. hari tu aku pernah janji nak tunjuk kasut nikah kan. Tetapi apakan daya, pagi tadi sambil tunggu q nak masuk bilik air, aku cuma teringat nak ambik gambar kasut sanding aku je, alih-alih lupa jugak dengan kasut nikah. Next time aku tunjuk, alahh kasut nikah buruk, kasut dalam koleksi sendiri je, aku tak beli lain pun. Membazir, lagi pun bukannya aku nak nikah sambil pakai kasut kan. Kasut tu buat syarat je. Sebelum tu meh nak cerita history kasut sanding ni.

Nak carik kasut kaler royal blue, kemain payah. Kat Sunway Pyramid tu, dari hujung sini ke hujung sana, dari tingkat sinin ke tingkat sinun, semua kedai aku masuk dan pernah jumpa satu je kasut kaler royal blue yang bagi aku kelihatan seperti kasut dinner sahaja. Aku kan cheapskate, kalau sekali beli tu, biarlah sampai bila-bila boleh pakai, takmo la sesuai dipakai waktu sanding je, lepas tu terperuk bawah katil, aku memang cukup tidak berkenan kalau beli barang dengan niat sekali pakai je..no, no, no, tak baik membazir. 

Akhirnya jodoh menemukan kami di Jusco Bukit Tinggi, nahhhhhhhhh bersinar-sinar kasut itu dari kejauhan memintak dibeli, sekali aku datang dekat, nahhhhhhhhhhhhhhhhhhh discount pulak beliau, 30%, gilang gemilang cahaya di mataku, air mata merembes membasahi kasut display, masa bagaikan terhenti menyaksikan pertemuan antara seorang insan dengan kasut sanding yang sekian lama didambakan kehadirannya, dunia bagaikan tersenyum bersama kerna akhirnya pencarian berakhir. Hahaha..dah jangan nak drama ko nangis kat kedai Bata..benci aiii. Yes darling aku beli kat kedai Bata, tapi cap Marie Claire. Harga sebenar RM80++ lepas discount dapat RM63, saiz 5 tinggal satu je, bukankah itu dinamakan jodoh..cewahhhhh. Btw, kaler kasut ni bukan royal blue, lebih kepada dark blue, En. Syg cakap, takpe, sebab kaler kasut ni match dengan langsir bilik pengantin aku. Motif nak matchkan kasut dengan langsir bilik?



Dark blue dengan kristal kaler hitam :D. Adik aku cakap lepas sanding dia nak kasut ni..hamboiii









Setiap angle aku tunjuk, bukan teaser dah ni, lebih kepada "nah, hambek kau". Pre wedding haritu aku pakai kasut ni..teheee..tak sabau.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*





Kasut biru in action. Owhhh..comelnya kasut ni (senyum simpul)


Wednesday, May 18, 2011

Latest DIY project

Seronok..seronok, rasa nak ketawa berdekah-dekah, sebab akhirnya berjaya memaksa diri sendiri menyiapkan DIY projek ni di pagi Hari Wesak. Naik berpeluh ketiak duk menekan rubber stamp yang tidak sama rata itu, aku mengecop sambil mencangkung senang nak angkat buntut dan meletakkan tekanan seberat 45kg (tension, berat tak naik-naik, pasrah jelah tetamu tengok pengantin kurus keding).  

Nak dapat rubber stamp ni banyak betul dugaan, mula-mula nak buat dekat stationary shop depan office je, first time aku datang nak tanya dia boleh tak buat rubber stamp macam ni, dia kata boleh tapi nak softcopy, second time aku datang bawak softcopy dlm pendrive, dia kata suruh save dalam cd pulak dah, malas aku. So aku pun pergilah SS15, Subang Jaya, aku double park depan kedai tu seminit je, lari masuk kedai, hantar contoh, lepas tu lari balik kat kereta, sepantas kilat MPSJ saman sebab double park, tak pasal-pasal RM50.00 melayang, sakit hati betullah, terus aku merajuk tamo buat rubber stamp dah, memacam makian keluar dari mulut aku sorang-sorang sambil drive pergi MPSJ nak kena bayar, dahlah muka toya pegawai MPSJ tu menyakitkan hati "tak boleh kak, kena bayar jugak, kunci kat office". Saman MPSJ ni jenis yang dia tindik terus kat side mirror ko, selagi tak bayar, tak ke malu ke hulu ke hilir membawak surat saman tu. Sakit hati tak usah cakaplah, rubber stamp tak dapat RM50.00 melayang. Dahlah nak kahwin ni setiap sen berharga, tapi lepas pujuk-pujuk diri, aku anggap bukan rezeki aku jelah. Lepas tu aku buat rubber stamp ni kat Shah Alam, masa En. Syg amik first time, salah pulak ejaannya, pergi buat sekali lagi, baru ok, tapi tak sama rata pulak.






Belah kanan tu tak sama rata dengan belah kiri, kalau ko cop sambil lewa, jadi begitu



Ini kekdah terlebih berat, kalau tekanan terlebih jadi cenggitu pulak, saborrr je lah labu. Tapi bila dah buat banyak-banyak aku dah boleh agak camne nak tekan. Ini bermakna tiada lagi rubber stamp didalam mimpi ngeriku..lepas ni mimpi ngeri hantaran pulak.

Monday, May 16, 2011

Stress kuasa 244 juta

Hi sayanggggggggggggg, gila lama tak update, biasalah stress, aku kalau stress, nak update blog pun takde mood. Mood nak siapkan kerja kahwin yang tertangguh je yang banyaknya. Minggu lepas memang stress terlampau. Siang-siang hari, aku hangin dengan En. Syg, En. Syg hangin dengan aku, kejap call, marah, kejap call kena marah. Tapi bila dah malam sikit, memasing sibuk nak keluar ayat-ayat romantik, i love you very muchlah, can't live without u lah, cintaku setinggi banjaran himalayalah, sepanas-panasnya mentari, panas lagi cinta ku ini lah..haha (cam lagu dangdut je), pastu nangis sampai berhingus-hingus..aku lah tu, macam tak biasa dengan drama queen ni, over semedang. 

Minggu lepas jugak baru rasa takut nak kahwin, aku rasa normal kan, semua orang rasa takut nak kahwin. Makin dekat aku makin takut, tetiba je rasa "eh, betul ke nak kahwin dah ni, takutnya". En. Syg cakap janganlah takut nanti dia pun takut..haha. Betullah tetiba rasa masih terlalu muda nak kahwin, haha PANGG ayat bajet macam umur 17 tahun, padahallll.

Minggu lepas jugak amik cuti half day sebab nak settlekan kad kahwin, aku dah pesan awal-awal dekat lelaki kesayangan, ajak dia buat kad awal-awal, tapi cakap mak ni manalah lakuuuuuuu, 2 posen pun tak lakuuuu. Akhirnya dah kena leter dengan parents dia barulah sibuk ajak aku amik cuti pergi buat kad kahwin. Lepas tu semalam bertebeng lah adinda ini seorang menunggu budak tu finalizekan kad kahwin, sebab En. Syg balik Rawang minggu ni. Dari petang membawak ke malam, saborrr je lah, kalau tak ingat nak kad kahwin tu cepat, tak kuasa nak duduk depan pc budak tu menunggu berjam-jam, suruh email kemain payah lagi, sorang-sorang takut nak bagi no hp, hp bossnya asyik tak berjawab. Kita nak cepat, pendek kata minggu lepas aku duk berulang-alik ke Shah Alam setiap hari nak pergi kedai tu, dah telefon takde sorang pun nak angkat, semua orang takut nak bagi no., menguji kesabaran betul. 

Tu baru cerita kad kahwin belum cerita yang lain lagi. Wedding preparation memang stress, serius. Kadang-kadang datang rasa tak sabar nak kahwin sebab dah serabut nak fikir benda-benda remeh ni. Tapi sekarang aku dah ok, memotivasikan diri sendiri setiap hari and aku baca  yassin setiap malam, so that aku rasa tenang je. Yang aku fikir sekarang aku nak kahwin and i'm doing it because of Allah, tarik nafas hembus..ok mari sambung preparation.

Addition: semalam aku letih tahap gaban sebab 2 hari kehulu ke hilir buat wedding preps, pukul 1 pagi lepas hantar Ma aku balik Klang baru lah boleh tidur, pukul 5 pagi tetiba housemate kejutkan aku
Mar: Erin, awak ada minyak panas tak?
Aku: (tengah mamai-mamai ni) takdelah, kenapa? pening ke?
Mar: tak, telinga masuk semut
Aku: hahaha (dalam hati sebab dah mamai sangat) masukkan air dalam telinga lah, kasi semut lemas, nanti dia keluar buat apa nak letak minyak panas

Pagi ni bila aku ingat balik aku cakap cenggitu kat dia, rasa nak ketawa, tapi petua aku berhasil, semut tu keluar (mungkin beliau mati lemas agaknya). Yakin je Mar pergi bilik air, takungkan air dalam telinga dia..haha

 



Thursday, May 5, 2011

The Official Date

Sebulan lebih je lagi nak kawen, aku baru hegeh-hegeh nak confirmkan tarikh. Kad kahwin pun masih jauh di pandangan, baru nak buat minggu ni kot, kotlah kalau sempat. Biasalah En. Syg aku tu, kalau dia tak balik Rawang, terbantut semua plan aku, dia sibuk nak heret aku ke hulu ke hilir tengok projek dia yang takde kaitan dengan wedding, nak hangen kang, derhaka, sabor je lah mak ni. Ahad lepas family En. Syg datang ke Temerloh 'mengompomkan' tarikh nya. Before ni kan wedding date aku sepatutnya on 2nd July 2011, tapi since adik En. Syg konvo on dat very date, kitaorang seia sekata sehati dan sejiwa dengan semangat 1Malaysia mempercepatkan pernikahan itu..ewahhhh. Apaaaaa cepattttttkannnn...ok, ok ai suke jeeewwwwwwww (buat-buat terkejut pastu malu-malu kucing balik). Dengan ini diumumkan setelah diluluskan oleh penyimpan duit-duit besar (para bapa yang mengsponsor..auwww), tarikh perkahwinan Jasrina Jamaludin dan Asrul Sani Ahmad Shahrin (cewahhh semua terkejut tengok nama ai kan, Ayah En. Syg pun pelik tang mana keluar Erinnya, tahlah pakcik ai pun tak tau..haha mungkin kalau kita buang huruf "A" dibelakang tu tinggal Jasrin sahaja, RIN sudah dibelakang ditambah E di depan jadilah ERIN..begitu, ptuiihh dasar tak sedar diri) adalah pada:

25th June 2011 
bersamaan dengan hari Sabtu (23 Rejab 1432) 

hoii ko ingat ada orang kesah.. atau dalam perkataan lainnya, dua hari selepas hari lahir saya yang ke 22..PANGGG 
(tu habitat sibuk nak komen lah tu, jangan komen!! aku tak approve kang..wakaka)

Ye begitu, selepas pung pang pung pang, duit nak hantar bila, nikah dimana, mas kahwin berapa, huiii terkejut orang Rawang dengar mas kahwin ai, aku pun terkejut

RM22.50 sahaja, tok naib tak kasi ubah dah, aku rasa sebab orang sekarang kan sibuk nak buat ikut tarikh lahirlah, tarikh perkenalan lah, makanya tok naib kawasan Taman Sri Semantan itu tensi kena hapal banyak nombor, dan dia pun naik menyampah bila pengantin lelaki yang gedik2 letak no. tu pun asik tak lepas-lepas akadnya so dia memang tak kasi ubah, nak kasi 23.00 pun dia tak kasi, ohh i pasrah sambil dalam hati berkata "mintak2 time aku nanti boleh ubah".  Cer kira ada berapa hari je lagi tu..hmmmm 50 days to go..tapi kenapa rasa macam lambat lagi, or adakah kerna aku asyik tersaiko dengan ibu sendiri yang asyik cakap..lambat lagiiiiiiiiiiiii, takpe lambat lagiiiiiiiiiiiiii.

50 hari??????, tinggggg tetiba teringat tak order costume lagi..lalalalala ;D



Wednesday, May 4, 2011

DIY on progress


Buat DIY untuk bilik pengantin sambil feeling Eric Leong :D (luv it to the max!)


Tuesday, May 3, 2011

Mengecat bilik pengantin

Hai kawan-kawan!!...hahaha sengal tetiba. Cuti tiga hari dihabiskan di kampungku Temerloh, Pahang, maklumlah tak duduk dengan family, balik pun jarang sekali, so sekali balik paksa kaki tangan badan dan otak bekerja keras menDIY apa yang sempat. Sabtu petang terus kumpulkan bala tentera nak pergi beli cat untuk bilik pengantin.  Bala tentera ni ajak gi jalan laju je, cer ajak mengecat bersama..haremmmmmm. Haha logiklah, bala tentera aku Ma, Along, adik n Qaisara, takkanlah nak menyeksa ibu sendiri suruh cat sekali, Along of coz la menyediakan makanan sahaja, adik awal-awal aku dah suruh DIY benda lain, Qaisara budak 2 tahun, mandur dia taulah.

Hari Ahad, bekerja keraslah aku sorang. Ye, aku cat bilik pengantin sorang-sorang sahaja, sorang koooo. Oklah cakap banyak kali kang korang meluat pulak, aku cakap sekali je, aku cat sorang-sorang (eh bukan dah cakap 4 kali ke tu?). Natijahnya (ecewahhhh natijah) dari semalam membawak ke hari ni bahu, pinggang, buntut, pendek kata segala anggota badan sakit.

Adik lelaki aku adalah tolong kejap, dia tolong catkan siling, lepas tu dia dah nak siap-siap balik Poli. Tinggal lah aku sorang, tapi bila dah siap..wahhh kembang kempis hidung sendiri..vangga vangga. Pa aku ada je, tapi aku tak kasi dia tolong, suruh dia tidur, sebab aku tanak drive langsung malam nanti masa balik Subang.


 
Ni bilik pengantin turun temurun, jadi lubang paku di merata tempat, berlubang habis dinding, so kena kasi tampal dulu


Tinggi aku panjat nak tutup lubang ni, sudahlah lubangnye ada di merata tempat, rumah buruk cenggini la.




Nampak dinding tu, ngeri kan..haha. Rumah ni sebenarnya kitaorang tak duduk sangat, rumah singgah-singgah je, balik sekali sekala sebab Pa aku kerja kat Klang lagi. Dinding tu semua kesan air, bilik ni pun bukannya ada orang tidur, kalau balik Temerloh aku sorang je tidur kat sini.



Nampak perempuan baju pink, rambut kembang berbau bangkai. Berpeluh tak payah cakaplah, nak pasang kipas kang berterbangan debu-debu dalam bilik tu, so tahan jelah panas. Ni dah siap cat, jelita terus. Mula-mula ingat nak cat feature wall biru, tapi theme colour aku kan royal blue, langsirnye dah gelap, bilik pulak sempit ya hamattt, so nak kasi naik, aku decide putih saje


Dari pukul 12pm sampai pukul 5pm, bila siap, fuh memang lega, OK next!!! (ceee macam bagus-bagus je)


Friday, April 29, 2011

Update Terkini

Maafkan saya di atas ketelanjuran kata semalam, maafkan lidah yang tidak bertulang ini. Post aku semalam kan aku janji manis nak tayang kasut nikah but sadly, petang semalam hujan, bila hujan turun, aku balik dari opis waktu malam (maklumlah opis dengan rumah adalah sekangkang kera, tidak perlu drive dan menghabiskan duit minyak dan parking, jalan kaki sajerk), bila balik waktu malam, maknenya sudah gelap, bila gelap kamera henpon cabuk tak dapat mencapture kasut nikah dengan warna yang betul dan cantik. Jadi kasut nikah aku kasi update minggu depan okeh.

So, mahu cerita apa sekarang..aaaaaaaaaa uuuuu. Oklah actually tarikh kahwin sudah ditukar, tapi tak berani lagi nak kasi tahu tarikhnya sebab this Sunday family En. Syg akan datang umah parents aku nak bercakap secara officialnya. Oh cuti tiga hari ni jugak akan tersangat dan terlampau bz, esok sampai jek Temerloh aku nak keluar beli cat, nak cat bilik pengantin, lepas tu nak beli barang hantaran sikit, lepas tu nak buat projek DIY bilik pengantin sikit. Minggu depan dah plan nak pergi buat kad kahwin, nak pergi buat rambut lagi, kasut sanding tak beli lagi, subang pun belum. Doorgift VIP ada yang nak tambah, belum beli jugak lagi. Pendek kata, Mei adalah bulan kesibukan terlampau. Design pelamin pun aku tak buat lagi ni..arghhhhhh, bila kira-kira balik, banyak jugak benda-benda remeh yang nak buat. Dah janji dengan diri sendiri, Mei ni aku nak speed lebih laju dari biasa, tiada lagi hari yang berlalu dengan berpoya-poya semata..ewahhh. 

Aku tengok B2B semua buat checklist, aku tak pernah sekali pun buat, tapi dalam buku kahwin, penuh checklist. Disebabkan aku takde cerita hari ni, aku nak tunjuk buku kahwin yang sungguh tidak kelihatan seperti buku kahwin B2B, tiada riben, tiada renda, tiada apa-apa hiasan pun terlibat. Just plain black business notebook..haha. Officemate aku lalu lalang kat meja aku mesti berhenti dan tanya pasal notebook kahwin aku tu, sebab ianya kelihatan sungguh professional, macam buku appointment, langsung tidak kelihatan seperti buku kahwin-kahwin, diaorang mesti nak belek dan cakap "cantik hoooo, mane u dapat"  -___-". Dan setiap kali diaorang belek, aku adalah sangat takut kalau diaorang buka buku tu, takut diaorang tau keadaan kewangan semasa perempuan serba kekurangan ini..haha, selalu mentera dalam hati "janganlah ko bukak, janganlah ko bukak"





Nah aku kasi tengok dalam, tu semua resit kahwin, aku selit je, dasar pemalas..haha


Wednesday, April 27, 2011

HIV Test: bikin panasss

Minggu lepas aku ikut En. Syg balik Rawang dengan tujuan nak tengok kebun so teruslah kitaorang berdua sambung cuti sampai Isnin sebab nak pergi buat HIV Test dekat Klinik Kesihatan Serendah. Bajet tak ramai orang lah kan, tapi sekali kauuuu ramaiiiiii, bertimpa-timpa ramainya. Nasib baik jugak HIV test dibuat dekat tempat khas, so takde la kematu sangat bontot nak menunggu. Aku ni sangattttt penakut kalau bab ambik2 darah ni, masa nurse tu keluarkan jarum, aku tak pandang dah, tau-tau je jari aku dah sakit, itu pun terenjat jugak la sikit. Lepas tu dia suruh aku tengok, berapa line:

"Cuba awak tengok ada berapa line tu?"
"Satu"
"Ok, kalau satu maksudnya takde masalah lah ye"

Lepas siap dia tulis-tulis, kena pergi bilik lain pulak untuk dapatkan sign dan cop doktor, kematu jugaklah menunggu masa tu. Dah dapat sign and cop doktor, pergi balik bilik yang kitaorang buat HIV test sebab kena tinggalkan satu salinan borang kat nurse tu, salinan kedua kitaorang ambik. Nurse tu cuma tulis Negative/Non Reactive dekat salinan pertama sahaja. Salinan kedua yilek podacik, kosong semata. Masa mula ambik tu aku dah pelik, apahal takde result pun, yang ada cuma sign and cop doktor yang mengatakan aku dah menjalani ujian saringan HIV. Bila aku tanya nurse tu dia cakap, borang yang dia bagi tu boleh bagi kat jabatan agama. Otw balik aku dah confuse, betul ke ni? Apasal aku tengok orang lain yang buat HIV test dekat tempat-tempat lain semua ada result, kenapa k'orang berdua ni resultnya takde. Aku call member aku dia cakap, result dia ada je, semalam aku call klinik kesihatan tu, dia pun malas nak layan aku terus cakap

"Awak datang semulalah hari ni"

Ape ko ingat Subang Jaya Selangor ni sekangkang kera dengan Serendah Hulu Selangor tu? Ape ko ingat cuti aku ada 122 juta hari lagi?????????????? Ape ko ingat aku takde kerja lain melainkan menguruskan ketidak efisienan ko sendiri. Ape ko ingat aku ni rela la nak menghulur jari aku berkali-kali kat ko je. Ape ko ingat, ok aku memang marah, cuti aku tinggal lagi 5 hari je lagi, nanti nak urusakan borang nikah pun kena cuti lagi, habis kahwin nanti siap akad je, aku pun bersiap nak masuk kerja baliklah. Begitu??. Serius aku panas hati, kalau aku ni bodoh alang, tak bertanya, logiklah jugak kan, aku dah tanya, ko jawab cenggitu, bila tanya balik, alih suruh datang semula pulak. Aku try pulak call Jabatan Agama Islam Pahang, sah-sah dia jawab:

"Eh dik, kenalah ada resultnya, kalau takde macam mane kita nak proses"

Sudah, maka marilah esok hari kita bercuti lagi sebab nak pergi jumpa nurse sekali lagi. Sayang, awak honeymoon sendiri ok, cuti saya dah habis. Cuti kawin awak dapat 2 minggu, cuti kawin saya cuma 3 hari je. Nanti saya belikan satu mannequin dan pakaikan patung tu baju seksi-meksi ok, awak tenung je lah hari-hari..hahaaaa

Thursday, April 21, 2011

Hantaran Idaman

Sebelum bertunang lagi aku dah bagitau kat En. Syg sampai berbuih molot, aku nak jugak novel as one of hantaran, bukan "nak jugak" tapi lebih kepada "nakkkkkkkkkkk jugakkkkkkkkkk takkkkkkkk kkkiraaaaaaaa". Perempuan degil macam aku yang berpasangan dengan lelaki degil macam En. Syg, harus berusaha keras untuk memastikan kehendaknya dipenuhi, kalau tak nanti dia cakap "tak payahlah". So sebelum bertunang lagi dah start psiko dia, asal singgah bookstore je, aku kenyit-kenyit mata tunjuk kat dia "ni ye sayang, nak ni eh", asal lalu depan bookstore je mesti ajak dia singgah, sambil tunjuk lagi "nanti sayang belikan yang ni eh, rin nak ni tau hantaran nanti". Asal cakap pasal hantaran je, mesti sebut satu-satu barang dari sirih junjung sampai kasut mesti selit dulang untuk novel, boleh eh sayang, boleh eh. Dia iyekan aje, walaupun kadang-kadang tanya aku balik

"Ada ke orang bagi novel as hantaran?"
"Adaaaaa, tapi jarang, tapi tak kira nakkkkkkkkkk jugakkkkkkkk"
"Ishh awak ni, over"

Kakaka, tunang mak kengkadang garang ko, tapi kadang-kadang mak ni pun garang jugak dengan dia. Kata sehati sejiwa, sama degil sama garang, barulah macam pinang dibelah-belah. Kalau datang degil aku takmo dengar cakap dia, nanti dia pegang kepala dan cakap dengan lemah lembut "Jangan degil, dengar cakap saya" terus aku bertukar baik. Kalau datang dia degil, aku cakap apa tak lakuuuuuu, so apa aku buat, aku biarkan je, "haaaa pergi ko, nak sangat kan pergi pergi pergilah" (tu kata2 dalam hati je, mithali kan aku ni..uhuk2). Kadang-kadang gaduh jugak, biasalah tu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak tunang tunangan..ewahhhh. Hari tu aku marah dia, takdelah gaduh besar sangat pun, aku kecik hati dengan dia, yang best sekali dia admit salah dia, datang subang amik aku dan dia menjadi sweet sekaliiiii dengan bawak aku pergi surprise apology dinner. Ya allah, aku sampai termenangis, apahal lah suweeeeeeetttttttt sangat awak ni Asrul Sani...hahaa.. Lepas ni nak kecik hati berkali-kali lah. Aku boleh lupa pulak nak ambik gambar, ye lah masa tu kan hati tengah berbunga-bunga cinta. Eh, apa aku merepek ni, aku nak cerita pasal hantaran idaman alih-alih sampai cerita hal-hal perhubungan, cukup lah merepek, nak tengok tak novel idaman hati aiiiiiii



Sebenarnya aku belum baca Mini Shopaholic lagi, kesian kan ketinggalan, so aku amik la novel tu, alih-alih En. Syg suruh amik author yang sama je semua, terpaksa amik cerita yang aku dah baca sekali, sebab choice terhad sangat, tapi hati melompat-lompat, hari-hari belek buku lepas balik kerja..ngahaha, tak boleh baca lagi takut rosak, sayangggggggg



Pastu kan...pastu kannnnnnnnn ada orang tu sibuk nak novel jugak, duduk bangun, sampai tertiarap sekali kat Borders tu pilih novel dia. Aku lupa nak amik gambar dia rilekkkkkksss je baring mengiring badan kat depan rak buku, dah macam rumah dia pulak dia buat. Ishh aku tak boleh baca la cerita-cerita macam ni, bosan sikit, John Grisham ni memang favourite dia. Bertuah badan En. Asrul Sani ada tunang macam aku, taste hantaran idaman murahan je. Aku nak menyahut seruan kerajaan ni "BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA" muahaha, takdelah aku pun sebenarnya nak menambah koleksi yang dah lama tak bertambah dan nak tajamkan skill english. Aku ada satu novel yang cerita pasal skandalllllllll je, apa aku belajar, ye perkataan yang kurang baik, dah skandal ko expect dia cerita menda baik ke, ishh hitam hati aku.

Tuesday, April 19, 2011

Asyik

Sedang sibuk dengan ini



Dan sedang pening dengan ini



Sebelum buat preparation kawen, aku ingat doorgift, takdelah masalah sangat pun, tapi most of my time sekarang menghadap doorgift tak sudah-sudah, berkat balik pukul 6 setiap petang, jalan kaki laju-laju lintas jalan, campak beg, tak pandang kiri kanan, akhirnya hampir siap. Baru hampir.. belum siap lagi..srooootttt..penatlah. 

Bunga pahar beli siap, tak kuasa aku nak DIY, alih-alih lepas kenduri, orang makan telur, dicampaknya bunga pahar DIY tu nanti, hancur luluh hati. Kita tak tidur bermalam-malam nak buat bunga pahar, d'orang lajuuuu je campak nanti, lagipun aku ni pemalas, semua nak senang je, dahhhhhh, hilang pening aku. Malas nak layan sifat cerewet tak bertempat ni. Asal bunga tu kaler biru sudah. Kalau fikir banyak ni pening, so tak payah fikir, sambar je mana yang berpatutan..selesai.

Monday, April 11, 2011

Settle

Huiii haiii..sakit satu badan ni hah, sekarang weekend, lepas subuh je mata memang degil nak kena piap, takmo tido dah dia. Geram aku, tergolek-golek takmau jugak. Cer hari kerja, asyik nak pejam je ko kan, tapi mungkin ada hikmahnya semua ini berlaku *eceh*. Kerna akhirnya, semua riben dan doily bersatu, 500 settle, packing siap-siap dalam paper bag, nak bawak balik kampung hujung bulan ni. Lega satu, berbaris lagi menanti. Serius berbaris, dah nak seriau dah ni. Sempat ke..sempat ke?. Sepanjang pagi sabtu aku takde kerja lain melainkan menampal riben ngan doily paper, sepanjang pagi ahad aku mencuci barang panasss. Sakit satu badan ni hah tak hilang lagi..banyakkkkkkkkk, tu pun nak membungkus satu hal jugak tu, tapi bukan aku la, aku nak sign contract dengan adik aku yang akan cuti semester yang panjang, aku sediakan bahan bungkusan je. Kalau hodoh, tu adik akulah yang buat, kalau cantik tu, aku lah yang buat tutorial kat d'orang..motif cakap cenggitu?


Batch terakhir..(ambik gambar sambil urut pinggang)


Sedia berlepas pulang..;p


Barang panas yang dicuci, sebab duk dalam kotak bertahun agaknya, biasalah ada bauuuu sikit. Dah macam kedai rumah aku semalam. Aku ingat nak kasi tayang je, tapi sebab bakal adik ipar semuanya baca blog ni, tak seprais la nanti (tengah membayangkan, sambil hulur barang ni kat d'orang sambil jerit seppppraissssssssssssssss..fine kakak ipar poyo gile, padahal barang biasa je pun)




Friday, April 8, 2011

DIY Project

Auwww..habis jari-jari melecur kena gam pistol, nak gam riben, tak nampak punya pasal tergam jari sendiri, melecur ko. Sakittttt tapi terus motivate diri sendiri yang sakit beranak lebih sakit dari jari yang melecur *tiba2*. Mungkin kesan psikologi terhadap otak sendiri, maka sakit terus hilang. Fine, tah hape-hape jenis motivation ntah. Yang penting, projek DIY berjalan lancar.



500++ riben yang digentel dengan cinta yang sarat di dada..hakkktuihh, setiap-malam-lepas-balik-kerja-siap-mandi-dan-makan-terus-duduk-dalam-bilik -gentel-sampai-berpuluh-puluh-satu malam. Sampai sekarang sakit buntut, pinggang and leher..tskk. Kadang sambil tunggu turn masuk bathroom pun boleh layan menggentel lagi. Manalah tak termimpi-mimpi si riben biru ni.



500 Doily paper yang dilipat masa tengah tunggu En. Syg jemput dirumah keluar dating. Kejap je siap, zap zup zap..eh..dah siap, tak puas lagi melipat, terus carik kertas suratkabar and lipat pulak *tipu* ingat aku takde kerja lain ;p (tu baju melambak dalam bakul, tak pulak aku lipat, nak lipak suratkabar konon..pang kang)



Kerja malam tadi, tampal mereka kasi BERGABUNGGGGGGG...MELETOOOPPPP!!!



Amacam, kacak tak? ahaha..mari fikir apa yang bakal berlaku terhadap mereka selepas ini, nantikan kemunculannya 2 Julai ini..eh lupa aku takde tarikh baru lagi..tsskk. Photographer aku outstation so dia takleh check schedule, tunggu update dari dia tarikh yang dia available, terus set date, hopefully boleh kawin sebelum raya or option terakhir terpaksa la tunda sampai lepas raya.

DIY Project.... to be continued..tungguuuuu (wahhh macam melodi ko..nyampah)


Tuesday, April 5, 2011

02nd July 2011 - BATAL

Mak En. Syg: Erin, ada berita tergempar ni!
Aku: Apa dia makcik (sambil pegang dada, nervous ko)
Mak En. Syg: Boleh tak tarikh kenduri kat rumah Erin tu tunda, tak kisahlah cepatkan atau lambatkan.
Aku: Kenapa makcik? Makcik ada apa 2hb tu?
Mak En. Syg: Is (adik en. syg) konvo, baru tau malam tadi
Aku: Ohhh, nanti kita bincang balik eh makcik

Terkejut Cik Erin, nasib baik aku dengan segera menanamkan sifat mahmudah..haha iaitu menjadi positif. Positif di luar, gundah gulana didalam. Tukar tarikh tu aku tak kisah and family aku pun tak kisah, yang aku kisahkan ialah, aku dah book dan bayar deposit pelamin, MUA, baju, photographer. Buatnya diorang tak available tarikh baru, tak ke haru, habis deposit? Yang paling aku risau pelamin, sebab akak tu dah tanya aku berkali-kali samada 2hb July tu confirm ke tak? sebab July dia dah penuh, tu pun dia hold tarikh aku walaupun aku just book mulut je, bila ada orang tanya tarikh 2hb July, dia akan cakap dah ada orang book, walaupun aku belum bayar deposit. Kalau tak dapat akak tu, terpaksa la aku menggeledah bridal kat Temerloh tu, yang aku selalu sangsikan designnya, aku kan cerewet tak bertempat. Lepas tu nanti, orang datang kenduri aku semua mengomplen pelamin aku.."laaa..ni pelamin yang anak milah pakai minggu lepas, mesti amik kat butik yang sama ni" sobssss. Aku pun tak tau kat Temerloh tu ada bridal yang buat custom made pelamin ke tak, yang designnya tak akan sama dengan orang lain dekat rumah aku tu.  

Aku ingat lagi masa Along aku kawin dulu, pelamin dia bertahi lalat ko, kain dah lusuh, warna pun dah pudar, apa jadahh, tu pun kitaorang alas dengan kain lain. Baju gaun dia macam..haha, malas nak ceritalah. Hi Along -__-" (Along aku baca blog ni). Matilah Along takmo sponsor meja pengantin aku. Gaun tu salah kakak bridal tu sebab along dah book design lain, last minute dia bagi yang lain. Nasib baik aku bukan pengantin itu, kalau aku, aku bakoooooo je bridal tu. Tapi Along rilekksssssss je. Bagus-bagus positif, aku suka. Adik ipar aku lagi dasyat, dia suka warna oren, so dia pun buatlah theme oren, since baju dia amik kaler oren, dia request pelamin putih, semua putih, termasuklah bunga nye. Sekali hari kahwin ko, bridal tu cakap, baju lelaki yang kaler oren hilang, so dia ganti dengan kaler putih, dia bersanding baju putih dengan pelamin putih, sudahlah pengantin perempuannya putih, nasib baik adik lelaki aku gelap, nampaklah jugak..haha..dia pun rilekssss je. Hopefully aku pun macam diaorang jugak nanti, rilekkksssssss je, pasrah je. Nama pun kita hanya merancang, tuhan jua menentukan. Wahhh sejak nak menjadi isteri ni, aku menjadi orang yang lebih tenang ko. Kemain positifnya. Ma aku je negatif sikit tadi 

"Laaaaa, kalau deposit tak dapat balik macamane?? habislah duit kita, tulah awak tempah awal sangat"

Cecece, bunyi macam aku pakai duit ma je kan..hamboiiii maaa. Rileks ma rileksss...tarik nafas. Tengok anakmu ini, rileks je, walaupun sekarang tak boleh berfikir secara lurus, asyik salah buat kerja je, uishh ilang fokus ni hah, rasa nak half day, jumpa en. syg, set tarikh baru n terus call vendor.

Monday, April 4, 2011

Wedding Album

Ok, i think i should ask u guys yang lebih tahu or lebih berpengalaman (B2B and ex bride) sebab aku adalah tension dengan diri sendiri yang susah tidur malam lately. Kadang-kadang tu terjaga pukul 3 pagi, lepas pergi toilet, terus tak boleh tidur sebab resah gelisah memikirkan hal-hal remeh dan membuang waktu tidur aku. Seingat aku, dulu walaupun putus cinta dengan dashyat pun aku boleh cukup tidur lagi, rupa-rupanya buat kerja kahwin ni lagi dahsyat dari putus cinta, asyik tak cukup tidur je. Dulu masa putus cinta, tak pernah sekalipun aku mimpi ex-bf aku, sekarangggggg, tak main la mimpi-mimpi hantu ni, orang nak kawin, of cozlah mimpi bunga telur, mimpi riben biru, mimpi doily paper, mimpi aku sekarang asyik mimpi hal kahwin je, mimpi pelamin, mimpi kakak pelamin, mimpi malam pertama tu takde la lagi, idok la aku gelojoh sangat..haha.

Kalau mimpi je takpe, aku tension betul bila tak boleh tidur tu, asyiklah duduk memikir, sambil bergolek-golek pukul 3pagi, kira berapa banyak bahulu nak beli, beg VIP nanti nak tambah apa, berapa banyak bunga telur nak beli, nak design pelamin cemana. Dari pukul 3 pagi membawak ke Subuh..hanginn je, aku tengah mengantuk sekarang ni, so sekarang aku nak tanya, persoalan yang bermain-main di otakku sepanjang pagi tadi ketika korang enak beradu..cess..aku buntussss, tak tahu berapa album aku nak ambil, 1 ke 2. Berapa album korang amik eh? 1 ke 2? Korang gabung sekali gambar nikah dengan sanding ke? Ke nak asingkan 1 album nikah, 1 album sanding? Ke nak ambil 2? Ke 1 cukup, ke 2 biar banyak puas hati, ke 1 jimat, ke 2 syok tengok, ke???? Ko tengok, pikir 1 ke 2  tu pun dah ambil 4 jam waktu tidur aku..tensennnnnnnnnnn. Cepat tolong aku, kang malam ni takleh tidur lagi. Tolonglah! serius ni

Btw majlis aku nanti sehari je (nikah pagi, sanding tengahari)