Klik Jommm

Friday, January 21, 2011

Kegemaran

Ini cerita semalam, perayaan Thaipusam diraikan bersama yang tersayang di Summit dan Sunway Pyramid. Ingatkan nak keluar lunch je, sebab En. Sayang on call, biasa lah kerja mengalahkan doktor, siap ada on call. Turn out, pukul 6 petang baru dia boleh masuk office. Nak tengok movie, cerita yang best Khurafat je, cerita seram-seram ni awal-awal aku surrender, kang ada sebulan aku tak tidur. Jadi berjalanlah kami anak beranak dalam Pyramid sahaja, masuk dari satu kedai kasut ke satu kedai kasut. Aku melayan kesayangan tengok high heel, dia kalau nampak high heel, seronok betul, dah macam dia pulak yang nak pakai. Nasib baik takde high heel untuk lelaki, kalau tak penuh la rumah k'org nanti dengan high heel dia je. Kalau aku pakai high heel keluar dengan dia, dia tak tengok muka aku dah, asyik tengok kaki je. Kejap-kejap tengok kaki, kejap-kejap tengok kaki. Tapi aku pulak, bila nampak je Auntie Anne's, aku lari-lari keluar kedai sambil bercakap dengan air liur menyembur-nyembur "Nak Auntie Anne'ssssss!!!!", best wooo, kalau tak dapat makan ni, rasa tak lengkap pengembaraan di Sunway Pyramid  





WAJIB TAYANG MAKAN

Haaa...kan dah terliur ni..

3 comments:

  1. best nye kalau en syg I pon suke tengok heels. boleh layan kerenah I. tapi, everytime tengok heels, cepat2 die tarik tgn I kua kedai. ish, spoil btul! haha

    ReplyDelete
  2. hehehe..my muncet plak, tak suka tengok cik giRang pakai heels

    tak sihat la..tak bagus la...ada je la komen yang tak memberansangkan dari dia...

    dia lagi suka tengok cik giRang pakai flat shoe yang shape bulat kat depan kasut tu..kata dia, cute. sleek.. sesuai dengan cik giRang yang comey..

    macam-macam kan orang laki nih..hmmm...

    ReplyDelete
  3. miss Z: i ni kalau tak sebab En. Syg yg belikan heels, mmg i tak pakai la..huhu

    cik girang: a'ah kalau selalu pakai pun tak elok sgt sebenarnya, tunang rin pun suke kalu rin pakai baby shoes tu

    ReplyDelete