Kursus kahwin punya pasal, aku kena tidur awal sebab takut tersengguk-sengguk dan menguap sampai tercabut pin di tudung (akibat pembukaan mulut secara besar-besaran). Kalau pin tu tercabut and jatuh kat kaki aku takpe, buatnya dia melenting menuju ustaz yang tengah syok berceramah, kan dah cerita lain jadinya. Pukul 10pm, Jumaat, 070111, dah tarik selimut, sebab takut esok mengantuk tahap tak boleh buka mata. Kang orang lain dapat ilmu, aku dapat mimpi je.
Aku pergi kursus di JAIS Shah Alam, book last year on Disember, aku cari no. kat website Jais, call and book tarikh, tak payah isi borang. Masa hari pertama, aku jumpa sorang kakak ni yang datang dari Kuala Selangor, jauh jenat nak pergi book tarikh kursus semata. Call sahaja senang kak. Pagi Sabtu masa register baru bayar, tempat kursus selesa, ustaz best giler, makan sedap, dapat buku lagi. RM80.00 memang berbaloi-baloi. Ilmu apatah lagi..;p. Bak kata ustaz, kursus paling best di dunia. Aku ngan En. Syg ingat kursus kahwin bosan, tapi memang 2 hari yang menyeronokkan. Siapa belum pergi..pergi cepat!! Dah pergi kursus kahwin, lega sikit, settle satu part.
alhamdulilah...settle 1 bab..gud luck 4 next step pulak.. =D
ReplyDeleteyeay kursus dh pegi..lepas ni leh gi hiv test..:D
ReplyDeleteiDa: thanks, u too
ReplyDeleteElya: lambat sket kot, i ingat 3 bulan sebelum baru nk pegi :)