Klik Jommm

Tuesday, January 18, 2011

Entry Kepam

Boring kan asyik cerita pasal wedding je, ape kata kita tukar mood pulak. Hari tu masa nak ambil gambar baju nikah dengan henpon cap rimau (untuk memastikan warna putih dan off white tidak punya perbezaan yang ketara), sekali memory dah full. Kena delete pic., telek punya telek, laaa patut la dah full, rupa-rupanya banyak gambar kaki. Sebab itu saya berazam membuat entry kepam ni hari ni jugak. 

Tinggal di rumah teres 2 tingkat, di kelilingi teman-teman serumah yang tiap-tiap minggu pun nak balik kampung, apa la sangat hiburan yang ada, selain scramble egg yang dimakan dengan sos sambil menonton siaran Astro berharga RM37.95 sebulan, salah tekan channel keluar amaran "This channel does not include in your subsription". Pusing balik, pusing balik..bosan. Nasib baik hari tu masuk Ministry of Moment contest dan berjaya menjadi first 14 contestants, jadi Puan Roe cantik dengan murah hatinya belanja Foot Patches yang hebat. Puan Roe cakap ada kawan dia yang suka pakai foot patches ni b'glowing-glowing wajahnya. Eh, nak glowing jugakssss so secara tidak langsung mahupun langsung foot patches dibuat main menjadi barang menghilangkan bosan. Bahan-bahannya:



Sepasang kaki wangi yang disental dengan sabun Dettol (gambar kaki kena gelap-gelap sikit kasi korang tak perasan kaki aku macam kaki indon..Pa cakap..cehh..motif cakap kaki anak sendiri macam kaki indon?? Yang tak paham tu, kaki ni sebijik macam kaki Pa...hmmmm)


Sepasang foot patches yang sedia berkhidmat


Tampal cenggini ye anak-anak


Begitu. Dah siap. Moh tidur, gambar selepas tak boleh la tunjuk, takut ada orang muntah..ngahaha

TERIMA KASIH ROE DARLING :) so sweet of u
saya tidak lagi bosan untuk seketika

4 comments:

  1. memang best kan guna benda ni..rasa segar jer...i pun da buat entry pasal bnd alah ni n nak letak jugak gamabr selepas guna..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ida: a'ah i dah baca post u pasal benda alah tu..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. kaki sebijik pa????ko baru nk sedar ke?rendu nk tgk jari jemari kaki ko itew....ahakssss

    ReplyDelete
  4. z'da: malu ai..cane ko bleh jmpa blog aku..wuwu

    ReplyDelete