Klik Jommm

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Hai Semua (lambai laju-laju)

Fuhhh..dah hari Jumaat pun, cepat betul masa sekarang ni kan. Sekarang aku tengah gigih mengfollow balik follower baru. Tenkiu, aku akan baca setiap update kalau sempat aku komen, kalau tak, sori sangat, sebab perempuan miskin ini mengupdate blog dan blogwalking di office sahaja. Office ko tau la kan, nak komen pun kena block..grrrr. Lunch time je boleh komen, kasihanilah perempuan kurus ni, kalau komen time lunchtime, abis tak makan la jawabnya. Dah la kurus makin kurus lak nanti. Takpe bulan puasa nanti kita boleh komen mengomen, tu pun kalau tak tidur waktu lunch time la

Asyik update pasal majlis je kan, tak update lagi pasal kehidupan yang dilalui sekarang. Kitaorang berdua menyewa dekat Subang, so En. Syg terpaksa rela berpindah ke Subang untuk tinggal bersama isterinya ini. Rumah kitaorang sekarang macam rumah orang bujanglah, tak berharta lagi. So bulan puasa ni terpaksa la si isteri gigih mengunci jam pukul 4pagi sebab kena sahur kat luar, dapur pun takde..sobsss, dapur kecik ada tapi En. Syg tak bagi pakai. Alah dapur yang pakai gas kecik besar shieldtox tu, ada je dia menakut-nakutkan aku cakap nanti meletuplah, terpaksa aku buat-buat takut..haha..dasar pemalas. Oh, kitaorang tak beli barang ada sebab. Nanti-nantilah cerita sebabnya, bila semua dah settle nanti. Dan terpaksa juga balik awal untuk berhimpit-himpitan, cekau-cekauan di bazar ramadhan demi suami ku yang gastrik itu. 

Nak bagitahu satu cerita mengujakan, sebelum kahwin puas aku makan banyak-banyak nak kasi naik berat, tetaplah jugak 45kg. Aku kahwin tak sampai sebulan hari tu aku timbang dah 46kg ko tau. Wahhhhhh, kemain senang naik sekarang, En. Syg dah risau-risau tengok perut buncit aku, haaaa baru ko tau, dulu sebelum kahwin asyik membebel suruh naikkan berat, sekarang sibuk suruh wall climbing lah, jogging lah, swimminglah..haha. Gasak dialah dapat isteri perut buncit.

Btw, aku nak minta maaf kalau ada update aku yang terkasar bahasa, menyinggung hati korang ke, or buat korang kecik hati ke. Isnin ni insyaallah kita semua akan berpuasa. Semoga puasa tahun ni lebih berkat buat kita semua, especially yang baru pertama kali berpuasa bersama suami. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Credit to Google Image

Puasa pertama kami sebagai suami isteri, insyaallah akan bermula di Temerloh. Kitaorang ambik cuti balik kampung, dah lama tak balik Temerloh since kahwin hari tu. Tengok kaler hijau tu teringat pulak kuih buah melaka..sedapnya makan time buka puasa kan. Next week cerita kahwin balik ok. Bye..eh Assalamualaikum.

Thursday, July 28, 2011

Pelamin Biru

Aku ambil pelamin dengan satu butik yang baru lagi, dia based dekat Pekan Pahang and kebetulan pulak, rumah her PIL betul-betul belakang dewan, tempat aku kawin, so senang. First time jumpa in March, aku bagi contoh pelamin yang aku nak, awal-awal lagi aku dah pesan berkali-kali, nak yang simple je, masa tu ingat nak buat kenduri di rumah, so pelamin rumah kira satu panel je lah. Ni contoh pelamin yang aku suka


Ni pelamin yang palinggggggggggggggg di sukai. Rizalman punya, cantikkan, kalaulah..kalaulah. Ok takde kalau kalau dah kahwin pun, sobssssssss, tak dapat exactly macam ni, imbas-imbas pun jadilah


Ni pelamin simple yang aku suka jugak, 2-2 gambar pelamin ni aku print dan bagi pada kakak pelamin

Tiba-tiba *petir berdentum kilat sambar menyambar, angin menderu-deru, diiringi hujan lebat* ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu. Ok over. Pa nak buat kenduri di dewan, gigih aku melukis gambar pelamin sebab takut kakak tu tak dapat buat macam yang aku nak, ehhhh, aku cerewettttt, cerewet je la, bridezilla tidak



 Gigih ko, buat label, cube ko tengok kat pasu, siap tulis, air dalam pasu nak kaler biru..haha..ngade je

Tiba-tiba lagi *repeat balik kilat sabung menyambung diatas* kakak tu first time nak buat pelamin di dewan, dia takut, aku lagi takut berganda-ganda. Malam sebelum nikah, aku pergi dewan, drive sorang-sorang nak pergi tengok pelamin, sekali tengok dah jadi 3 panel dengan harga asal, tiada perubahan. Suka hati mak tau..ihikksss. Pelamin aku memang simple aku request kaler putih sebab nak kontra dengan warna baju. Jom tengok jom.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Pelamin simple yang buat hati gumbira. Meja makan beradap tu Along aku yang buat FOC. Kalau ada sesiapa around Temerloh, Mentakab or Jerantut yang berminat, email aku eh airin2306@yahoo.com for quotation. Nak sewa pintu gerbang pun boleh. Oh vendor pelamin ku Idaman Hati Bridal Collection. Ramah akak tu, baik, muda lagi, boleh kawtim-kawtim. Ok c u tomorrow, cece cam yeye je nak update lagi esok..ehemm skang malas gila la nak update blog, ni En. Syg suruh. Ngade je, bukan dia baca pun..haha.


Friday, July 22, 2011

Akad Nikah II

Hai semua :p

Ok, berdebar-debar nak tunjuk rupa sendiri ni, haha. Alamak nak letak ke tak nak eh..hmmmm...nak letak ke tak eh...aaaaaaaaaaaaaaaa ok letaklah *larikkkkkkkkkkkkk*

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_



Jangan picit gambar tu jadi besar, takut malam kang korang mengigau...haha. Hopefully nampak cantik dekat kamera OP.








Ibu mertuaku, masa ni dah start nangis



PS: ni semua gambar dari member and cousin. Next week aku update gambar reception pulak eh. Bye


Thursday, July 21, 2011

Akad Nikah (250611)

First of all, tenkiu untuk semua wish korang..'manis' betul korang semua ni. Sorry sebab lambat update, aku bz memilih gambar yang paling best sekali untuk korang tengok..haha. Nak tunggu official photo, lambattttttt lagi, diaorang baru upload teaser, so aku letak gambar ehsan dari member and cousin je la eh. Kalau gelap tu maafkanlah..seharian aku save picture yang member aku tag kat FB.

Akad nikah pada pagi 25 Jun. Pukul 6.30 pagi aku dah terjaga, tapi disebabkan aku period, aku sambung tidur balik and bangun semula pukul 6.45. Mandi, makan and pakai lens, sempat jugak letak top coat dekat kuku, kasi kilat-kilat sikit inai aku. Lepas tu pergi jemput MUA yang kesesatan, pakai baju nikah dan mula mekap around 8.45. Serius, aku tak berdebar langsung, biasa je.

Tapi bila aku tau yang En. Syg and family sampai around 10 pagi, aku dah start takut and nervous and senyum dengan bibir terketar-ketar. Tunggu punya tunggu, pukul 11.10 baru tok kadi sampai. En. Syg cakap dari nervous dah bertukar biasa je. Sign sana, sign sini, dengan sekali lafaz, kuat pulak tu..haha, aku sah menjadi isteri, still masa tu aku rasa biasa je, tak menangis, sengih je, gumbira hati ini. Aku menangis bila peluk dengan family, sebab diaorang menangis dulu. Terpaksa ikut sama. Ok mari kita tengok gambar pulak.



Ketibaan rombongan untuk menamatkan zaman bujang anak teruna mereka dengan si dara pilihan hati...aummmmm



En. Syg dan geng bas sekolahnya, 3 orang ni member Alam Shah dia


Menanti saat ijab dan qabul..eceh







:)

Next aku update letak muka pengantin perempuan yang macam singa..haha, adik aku cakap muka aku nampak garang. eh, bukan adik aku je cakap, aku pun rasa camtu..sobsss


Friday, July 15, 2011

Our wedding - stories behind

Hai semuaaaa...(feeling Sheila Rusly nak goreng telur pakai mayonis..haha)

Ok mari listkan kekelam-kabutan pengantin ini di majlisnya sendiri

1) Having 2 event in one day at 2 different places is a bad idea..a very bad bad idea. Pengantin ini kelam kabut ok, masa mula-mula plan wedding, aku memang nak nikah dan sanding di rumah saja, senang. Tapi Pa nak buat sanding di dewan, and Ma suruh nikah di masjid. Anak yang solehah ini tiada bantahan, ikut saja kata orang tua. Tak baik membantah, bila dah dekat sangat tarikh kahwin, Ma suruh aku nikah malam pulak, tapi mana boleh nak tukar dah,  budgetku akan lari semuanya plus dah hantar borang permohonan bernikah pun.

2) Lucky, sehari sebelum nikah, my parents setuju untuk ubah lokasi nikah di rumah sebab siapalah kuasa nak mengangkut barang hantaran ke masjid, lepas tu angkut balik pulak, lepas tu terus gegas ke dewan pulak. Memandangkan aku akan nikah dan sanding pada hari yang sama, Pa mintak nikah pukul 9 pagi

3) En. Syg busyuk masyam pulak risau kalau nikah pukul 9 pagi, family dia yang lain tak sempat sampai, which means dia akan bernikah bersaksikan parents dia, adik beradik dan 3 orang kawan dia je. Demi menjaga hati tunang tersayang, aku mintak Pa lewatkan sikit nikah kepada pukul 10.30 pagi.

4) Mulanya aku kan plan nak kawin 2 July, tapi terpaksa diawalkan sebab adik En. Syg konvo pada 2 July, makanya tarikh 25 Jun itu bertindih dengan 2 lagi kenduri lain. Yang bestnya, ketiga-tiga pengantin bernikah dan kenduri pada hari yang sama, maka tok kadi diheret ke kiri, di tolak kekanan, pukul 11.30 pagi baru aku nikah setelah kematu bontot menunggu dan panas punggung parents aku yang risau takut orang dah datang kat dewan tapi tuan rumahnya takde.

5) Lepas nikah, family member aku semua pergi serbu dewan, tinggallah aku, MUA dan member office saje dirumah, akulah pengantin, akulah yang mengusung payung nak kedewan, macamkan takde pengapit..wakaka. Sempat lagi fikir "hoi, sape nak tolong bawak aku gi dewan?, takkan nak drive sendiri kot". Nasib baik aku tak bridezilla..jadi aku tenang-tenang aje..ngeh2. and kebetulan Along aku balik ke rumah, so naik kereta dengan dia ke dewan

6) Masa bersanding, sepatah haram aku tak dengar apa pengacara majlis bebelkan, aku tanya En. Syg, En. Syg tanya aku, duk saling bertanya "dah boleh makan ke belum ni?" haha..pehal la letak sound system kat luar, gema-gema je aku dengar. Pastu dari atas pentas aku lambai adik aku kat luar dewan, nak suruh dia tolong dengarkan, sebab pengapit pun tak dengar..haha, tak senonoh betul pengantin kepoh atas pelamin.

7) En. Syg migrain and gastrik sebab lambat makan, siap muntah sekali plus malam sebelum nikah tu dia tidur pukul 3 pagi, sebab nervous sangat, lepas bergambar kat pelamin, around pukul 3 petang kitaorang terus balik rumah sebab En. Syg dah tak larat. Makanya majlis di Temerloh takde outdoor..srooooooottttttttttttt..gila terkilan aku. Masa majlis bertandang di Serendah, aku berpesan sebanyak 800 juta kali kat En. Syg suruh tidur awal, dan makan dengan banyak sebelum bersanding "tidur awal, saya nak buat outdoor esok, tidur awal..tidur awal..tidur awal, saye nak jugak buat outdoor". Pukul 11 malam sebelum hari bertandang, aku panggil En. syg masuk bilik, tutup lampu dan pok-pok dia sampai tidur. Punyalah gigih isteri ni tidurkan suami, semata nak buat outdoor..haha.

Tapi yang lain semua ok, makeup sanding ok, makeup nikah aku tak berapa suka, pelamin cantik, baju cantik (aku suka..hehe puji baju sendiri), makanan sedap, doorgift cukup, cuma orang je tak ramai, sedih jugaklah sebab kenduri kan bertindih, so orang datang tuk salam je pun ada sebab dah makan kat kenduri lain. 2-3 minggu aku call Ma cakap aku terkilan sebab tak ramai orang, but everytime pun Ma pujuk dengan cakap 

"Takde satu pun kenduri yang sempurna, yang berjalan macam yang kita mau, yang penting awak dah selamat, alhamdulillah, nak buat macamane, kita ambik tarikh orang, takpe, redha jelah, dah selesai pun, dah jangan fikir-fikir lagi"

Nasib baik aku tak bridezilla sangat, so aku kind of redha jugaklah, takpe, semua kelam kabut tu kenangan yang akan disimpan sampai bila-bila, yang penting dah kawin dah aku.


Wednesday, July 13, 2011

I DO

I am a married woman..

How fast time flies, no time really flies. 2 tahun bercinta dan hampir setahun bertunang, akhirnya pada 25 Jun 2011, aku menjadi isteri kepada lelaki yang paling aku cinta, sepenuh jiwa dan raga, segenap hati dan rasa..ok dah, dah, meluat orang nak baca kang. Rasa baru semalam kitaorang jumpa dekat Pak Li, Shah Alam dia datang berbaju pink dengan tersipu-sipu sambil aku dengan ganasnya main UNO ngan member aku (cubaan buat tak tahu sebenarnya tu, sebab malu kucing amat masa tu). Udahlah masa tu aku set rambut curly yang disaster (terasa diri ini seperti sebatang mop), tambah pulak sebijik jerawat masak ranum di tengah hidung (dah rupa badak sumbu..grrrr)

First time jumpa..amboi ramahnya, but honestly, lepas tu aku tak harap langsung yang dia nak jumpa aku lagi. Sebab aku rasa dia terlalu cute untuk aku, dengan bibir merah dia tu..haha, serius cute mamat ni. Tapi tu dululah, cuba ko tanya aku skang, of course aku kata biasa je, sebab lepas dah jadi bf, bila dah selalu sangat jumpa "eh biasa je dia ni, takdelah cute sangat pun"..haha..(matilah mengata suami sendiri). Kitaorang jumpa first time hari Jumaat, tup-tup hari Ahad dia call ajak keluar..auwww, sudi jugak rupanya berdating dengan badak sumbu ni. Tapi tulah jodoh kan, lepas setahun bercinta, kitaorang bertunang, hampir setahun bertunang, kitaorang kawin. Syukur alhamdulillah, tuhan mudahkan semuanya.

Eh, nanti aku story pasal wedding aku yang kelam kabut tu..haha, serius kelam kabut, tapi oklah, bila ingat balik, lucu la jugak. Fuhhh, 2-2 wedding dah settle, lega dia tak dapat digambarkan dengan kata-kata, rasa nak berguling-guling gumbira membayangkan baju baru, kasut baru, boleh makan sesedap, boleh save duit balik. Settle hal wedding, now we are back to reality :)


Monday, July 4, 2011

I am a wife


25th June 2011
11.30 am
I am a wife to my darling Asrul Sani

Syukur alhamdulillah


En. Syg, tok kadi goyang je tangan, akad keluar dari mulut dia tak sampai 6 saat..kemain laju, tak sabar ye bang..haha. Sejak kawin suka betul dia bahasakan diri abang, padahal aku panggil sayang.

Sampai sekarang rasa masih bertunang lagi..haha. Dasar lupa diri sungguh. Sabtu ni aku kawin sekali lagi di Serendah pulak, lepas semua selesai, insyaallah, aku update dengan gambar ok, baru syiokkk. Kalau dapat official photo dari OP lagi syiokkk. Doakan kitaorang ye. Bye