Klik Jommm

Wednesday, August 15, 2012

Rutin Harian Seorang Emak

Aku ni lembab, zaman anak dara dulu, makan pun lembab..hehe. En. Syg cakap kalau berdating, tengok aku makan, boleh sakit jantung dibuatnya, lembab sangat, terkemut-kemut, tapi sebab bercinta, ditahankan saja. Dah kahwin pun, tak boleh buang jugak kelembab aku ni..eh, jap nak tanya, eja lembab belakang dia 'b' ke 'p' eh? Tetiba pulak nak lembab otak hari ni..gasaklah eh. Tapi bila dah beranak, mampu ke ko nak berlembab-lembaban? Sebab anak ko cargas menangis dan merengek, ko lagi nak melembab, kang mak mertua pulak sakit jantung, acane?

Dah jadi mak, busynya lagi busy dari kerja kat opis, sampai dah tak tau yang mana nak capai dulu, suami ke, anak ke, kerja rumah ke? Priority sekarang memanglah anak, suami sila uruskan diri sendiri ye. Anak dah tidur kang, meh i uruskan u pulak..eh. Kerja rumah pulak, nasib baik masih duduk rumah mertua, jadinya kalau sempat, aku tolonglah jugak basuh pinggan, or pusing washing machine, sapu, mop-mop sikit, kalau tak sempat memang aku tak buat, sebab tu dah malu nak duduk rumah mertua lama-lama, lepas raya ni insyaallah pindah rumah sendiri semula, anak aku tu kemain susah nak tidur. Nak tidurkan dia aje, dekat 2 jam...pengsan mak ko ni dik

Ni nak cerita rutin harian bulan puasa ni, pukul 5 pagi mak mertua kejut, semua dah siap tinggal makan je, sungguh tak senonoh menantu ni, tapi serius aku memang tak larat nak menolong, alangkan bangun pukul 5 tu pun aku tak berapa center. Lepas makan, kalau sempat tolonglah basuh pinggan sikit, kalau tak sempat, Aish bangun aku susukan, tapi sepanjang puasa ni manjanglah tak sempat..huuuu. Lepas tu iron baju, mandi, solat, dan bersiap pergi kerja. Drive pergi kerja macam dalam mimpi, tetiba je dah sampai, tu mengantuk punya pasallah, drive sejam setengah ke Subang pun tak perasan, semalam aku tertidur sambil drive, gile berdebar bila tersentak balik, terus cancel mengantuk.

Balik kerja confirm kena drive sampai 2 jam sebab jem, jem kat Subang, jem nak turun NKVE, jem dekat Tol Rawang, jem otw ke Serendah, manjang jemnya, tapi dah 2 bulan berulang Rawang-Subang ni dah tak terasa Rawang tu jauh, rasa macam dekat je. Tapi bila dah lama sangat drive pergi balik energy level aku bila sampai rumah dah tahap merah blip-blip, tinggal nak pengsan je lagi, tapi tak boleh sebab anak dah menanti. 

Berbuka laju-laju, tapi kalau Aish dah start merengek, memang aku tinggal je makanan, bawak dia masuk bilik and bf, lepas bf En. Syg ambik, so aku boleh solat, lepas tu mandi sambil basuh baju Aish, baju dia still basuh tangan lagi, lepas tu barulah struggle tidurkan anak bujang aku tu, kena bf kiri kanan, tepuk-tepuk sampai lenguh tangan maknya ni, baru dia nak tidur. Dia dah tidur, barulah senang hati aku nak basuh botol, sterilize, prepare air bawak masuk bilik, kemas bilik sikit, lipat baju Aish, belek baju raya dia..eh..hehe, tak puas belek baju anak hari-hari, pukul 11 lebih barulah aku tidur, pukul 12 confirm Aish bangun menyusu, dia bangun setiap 2 jam, paling lama pun 3 jam, masa dia demam hari tu je dia bangun sekali je satu malam.

Begitulah aku sekarang, tak sempat dah nak melembab, mandi sambil berangan, makan dengan nikmat, semua pun kena cepat. Penat kan jadi mak-mak ni, tapi seronok. Tak sabar nak balik rumah sendiri, duduk bertiga, mesti lagi kelam-kabut aku nanti. Sempat ke tidak nak masak, aku ni dah dekat 5 bulan tak masak, tah ingat lagi ke tak resepi-resepi yang pernah aku cuba dulu. Nak masak rumah mertua..segan. Ok, time's up nak balik, bawak Aish pergi check up 4 bulan.



 Tengah menyusu, mata pejam kesedapan, cabut je kang, besar mata dia



Ok, budak kecik dah tidur, mommy bertindakkkkk!!!




Aku basuh baju Aish every night, sebab sehari dekat 10 pasang dia pakai, aunty dia kerap tukarkan sebab dia meliur, habis basah baju, nak pakaikan bib kesian sebab panas.




 Botol nak basuh n sterilize sehari pun banyak sebab kat office aku pump 4 kali, double pumping, botol Aish kat rumah lagi, ni aku pakai besen besar tau, besen basuh kain, rendam dalam air sabun


6 comments:

  1. Salam kak erin :) first time datang sini mengomen..wow!rutin akak super ganas kak..siannye~ moga kak erin kuat hadapi rutin seharian ye..good luck!pengorbanan seorang isteri,seorang ibu memang takde sape boleh challenge..takpe kak..pahala besar menanti di hadapan :) selamat hari raya kak!

    ReplyDelete
  2. Hai Erin, been reading your breastfeeding journey stories and rasa macam i can so relate to you. Sbb I pun tak berjaya nak exclusive breastfeed after 100 days, which actually broke my heart. Tapi nak buat macamana kan. I pun pump 4 kali kat offc, hasilnya tak sampai 10 oz sehari pun. haha. Sedih, tapi syukur je la. At least masih ada susu nak bagi wpun sikit kan.

    Anyways, about this post, last time, I pun bawak sampai 6-8 bottles ke offc sbb double pumping kan. Lepas tu, like you, laju-laju nak suruh anak tido supaya nak uruskan bottle dia bagai.

    Lama-lama i tak tahan sangat sbb sometimes tertidur skali ngan baby yang suka bebeno kena peluk tu, so pagi baru kelam kabut. So, what I do now is, I bring 3 bottles yang kecik utk breastpump, and 1 bottle tommee tippee yang besar tu. So, after pump, transfer masukkan dalam bottle besar. Then, the subsequent times pun, lepas pump, sejukkan, then, campurkan dalam bottle besar. That way, paling banyak pakai pun bottle kecik2 utk pump tu 3 je tuk 4 kali pump.

    hope this helps and happy mommying Aish :)

    ReplyDelete
  3. mencabar kan jd mummy ni..kekadang mcm sedih tau...sbb penat..tp oleh sebab anak paksa jugak..ni bdn pun kering je..tak terurus je..uhuk

    ReplyDelete
  4. saye boleh bayang betape letihnye akak..

    ReplyDelete
  5. betul..bile jadi mak ni kite memang tetibe jadi extra pantas..semua kene buat laju2 tak ley melengah..kalau asben i melengah2 muler ar i naik hangin..huhu...
    i dok rawang..keje kat damansara..memuler dulu rase jauh..sekarang dah rase tak ar jauh sangat..heheh..tapi bab jammed tu memang betul2 benagang..:)

    ReplyDelete
  6. kan mommy.. ciknaa lepas dapat anak ni susut 14kg sbb xcukup rehat..skrg puasa ntah bape kilo lg hilang. mlm2 orang lain dh lene, kite sibuk lg urus hal anak2.. pengorbanan ibu :)

    ReplyDelete