Hari ni last day kerja sebelum bercuti, tahun ni aku ambik cuti sehari je pun, hari Rabu je, hari Khamis dah start kerja balik, sebab lepas raya ni nak cuti lagi, adik ipar kahwin. Lepas tu nak simpan cuti untuk checkup Aish Yusuf, kalau boleh takmolah unpaid leave, kurang semangat kerja nanti, tu pasal gigih simpan cuti tu.
Korang raya kat mana?
Aku tahun ni beraya di Pahang, rumah family aku..syokk wooo, sebab semua family member balik
Tahun lepas memasing pun beraya rumah mertua, so tahun ni giliran parents sendiri and tahun ni jugak kitaorang beraya di rumah baru.
Lagi syok sebab tahun ni dah ada Aish, aku excited nak kumpul duit raya dia..hehe, lepas tu simpan dalam bank, padahal akaun dia aku belum buat lagi, lepas raya ni buat kot.
Tema tahun ni di Temerloh HIJAU. Excited aku Isnin baru ni cuti pergi jalan TAR dengan mak mertua.
Kitaorang pergi berdua je, Aish aku tinggalkan dengan aunty dia, dapatlah baju 2 pasang untuk aku, jadilah. Baju anak jugak yang banyak.
Tahun ni jugak aku tak beli kuih raya langsung, sebalang pun takde, tak tau nak beli kat mana, lagi pun aku kan dah jarang keluar. Adik aku dah sibuk2 tanya, kuih apa aku beli, sebab Ma aku pun tak buat kuih langsung tahun ni, tunggu malam rayalah pergi bandar Temerloh beli kuih lelong ye Ma.
Esok pagi-pagi, lepas mengemas bilik, menyidai baju, menyiapkan anak, baru bertolak balik, hopefully tak jammed lah, and hopefully naklah anak aku duduk dalam car seat dia, nak pegang dia sekarang lenguh tangan, kemain berat walaupun 6.3kg je. Berat Aish naik 500gm je dari bulan lepas, ish ish ish..aku risau dia nanti mewarisi kekurusan aku dengan En. Syg masa kecik-kecik dulu..tak comellah nanti, kalau baby tembam tembun kan comel. Btw berat aku sekarang dah tinggal 45kg..sobsss, punah impian nak berbadan solid, kurus kering jugak yang aku dapat, takpelah asalkan sihat. Bila aku mengadu dengan nurse susu aku kurang, nurse tu tanya aku ada berdiet ke sebab badan aku cantik, badan aku cantik dia cakap?? pitamm. Seumur hidup aku tak pernah berdiet, cuma mungkin aku ni tak makan banyak sangat, tu pasal susu makin mengurang kot, azam lepas raya nak makan banyak-banyak, nak gain susu untuk Aish.
Oklah, panjang pulak bebel. Untuk yang akan balik kampung tu nanti, drive safely ya, ingatlah orang yang tersayang. Selamat Hari Raya dari aku, En. Asrul Sani and Baby Aish Yusuf, maaf zahir dan batin. Bye
No comments:
Post a Comment