Macam kelakar kan tajuk, aku nak letak bottle feeding sebenarnya, tapi kang dah semuanya omputih, tak best pulak bila isinya melayu, berpinar mat salleh yang google pasal bottle feeding ni kang nak baca :D Ni entry yang terperam kemain lama, sikit-sikit aku taip, malas dan bz punya pasal.
Aku start ajar Aish minum botol since 2-3 hari selepas lahir, masa tu bagi Tommee Tippee, kecik lagi, apa pun dia hisap asal ada susu, masa tu gumbira sebab dia boleh terima Tomee Tippee, lepas tu bila dia dah start jaundice, aku memang direct feed je, cuma sekali sekala je bagi botol kalau aku tengah tidur and tak larat nak duduk sebab dia terlalu kerap menyusu. Tapi semua susu akulah yang aku pam malam-malam.
Lepas 2-3 minggu tinggal botol, habis pantang dan masa tu aku kat Temerloh, aku start nak ajar dia minum pakai botol balik, sebab masa tu tinggal lagi 2 minggu nak kerja. Tapi dia tak nak ok, menangis-nangis tak rela, masa dia lapar aku sumbat Tommee Tippee, dia tak nak jugak, dia asyik menangis je, tak sampai hatilah pulak, so aku direct feed. Esoknya gigih aku suruh Pa aku pergi beli puting lain, sebab nak ajar jugak dia minum botol. Aku suruh Pa beli puting latex, alah yang warna kuning tu, tak kisahlah brand apa asal latex. Tapi jenuh Pa pusing satu Temerloh tak jumpa, so Pa pergi butik Anakku dan beli puting silicone. Pekerja kat butik tu cakap, puting nilah yang paling lembut sekali dalam Malaysia, iyolah tu
Puting dekat Anakku yang warna putih tu, since aku takde botol biasa, aku pakai botol Autumz bagi Aish minum, mula-mula dia taknak, tapi akhirnya sebab dah lapar sangat dia minum jugak, itu jelah pun sekali sebab esoknya, bila bagi balik dia dah tak nak, asyik menangis je. Aku suruh Pa aku cari jugak puting latex, tapi kalau orang lelaki kalau pergi membeli, bukannya dia tau sangat, akhirnya dia jumpa jugak puting kuning, tapi bukan latex, silicone yang berwarna kuning dan puting tu lebih keras dari puting Anakku, ko ingat Aish nak?, "mintak maaf ye Mummy, sila jangan tipu saya". Tak berjayalah jugak misi aku, so nak taknak, terpaksalah paksa jugak dia minum dengan puting Anakku tu. Setiap kali dengar dia menangis masa nak minum susu, aku jadi tak sampai hati, nak je aku direct feed, tapi Ma aku cakap, hati kena kental, kalau tak nanti lagilah susah bila aku dah start kerja. Siang memang aku tak df langsung, bagi botol je, Aish minum, tapi tak banyak, dalam pukul 7pm baru aku df, dia hisap macam lapar sangat..kesian anak mummy, macam tulah aku train dia selama seminggu sampai dia boleh terima puting Anakku tu walaupun dia hisap macam mau tak mau. Balik je Jelutong, aku terus pergi OBW dan cari puting latex NUK. Ni brand yang officemate aku recommend, sebab anak dia memang nak puting ni je, puting lain tak laku. NUK ni ada 2 jenis, satu puting biasa dan satu lagi orthodontic. Aku beli yang orthodontic
Inilah puting kesayangan Aish, sekali bagi mau terus. Sampai sekarang Aish pakai puting ni, tapi yang tak bestnya, puting ni ada lubang anti-colic dan susu asyiklah terkeluar dari lubang tu, habis basah baju Aish kena susu, setiap kali susu, memang kena pegang dan tengok betul2, takut susu tu terkeluar.
Setiap kali susu, habis mak mertua aku balut Aish dengan lampin, takut susu tu tumpah, nampak tak botol Autumz tu..hehe, sampai pudar dah kaedahnya, tak jugak aku nyempat nak belikan dia botol lain, aku ingat nak beli MAM, tapi ganti dengan puting ni, muat tak eh? standard size ke neck MAM tu? Minggu lepas adalah aku pergi OBW, tapi tak sempat nak belek-belek, beli toys, bib, dengan puting, bayar terus balik, Aish meragam, dia kalau keluar memang asyik merengek sebab tak boleh tidur, sebab tulah aku jarang keluar, kesian dekat dia. Baju raya dia pun aku tak beli lagi tau, ingat minggu ni, tapi tak bawak dialah, kang meragam tak sempat nak pilih baju.
Baru-baru ni mak mertua aku test bagi Tommee Tippee
Maulah sekejap, lepas tu dah tak mau. Aish dah pandai pegang botol sendiri, kalau kita pegangkan, sibuklah tangan dia nak pegang sama, kadang-kadang sampai terpicit puting dia, menyembur susu keluar dari lubang anti colic tu, dengan aku-aku pun basah, dia jangan ceritalah, habis muka terpercik susu. Tapi kalau aku ada kat rumah, dia memang taknak minum botol, lebih-lebih lagi malam, memang dia nak cik B jugak.
Begitulah caranya saya mengajar anak minum botol, ok dah, nak sembahyang Asar lepas tu balik, 2 jam baru sampai Serendah ok, 2 jam, naik sakit pinggang ni..huuuu, tu pasal sekarang jarang update, aku penat badan, kalau nak update blog penat nak pikir ayat..haha femalas betul aku ni. Bye.
sori komen.anak sy suka puting pigeon perilastic plus..wideneck..puting dia xder shape sgt.mcm segitiga je..mungkin boleh cuba..my baby pun breastfeed.
ReplyDeleteputing mam besar..so kalau rase nak masuk tukar botol mam dgn puting kuning tu tak ley kot..i dah beli botol mam dah..rasenyer puting avent jer ley masuk botol mam tu..:)
ReplyDeleteSy nk tnya..klu botol tommee tippee blh x guna puting MAM yg wide neck?
Deletebijak aisy dah pandai pegang botol
ReplyDeletesama la i pun pakai NUK cenggitu jugaklah gayanya bagi susu kat anak pun kene balut ngan napkin... :P
ReplyDeleteSalam..sy bru dpt keja sblm ni mmg sy df je skrg bru nk ajar botol bby dah 8bln kebih..risau la klu dia xnk..puting NUK oke ke?
ReplyDeleteOk tp klu kite pnye kck sy syorkn pigeon wideneck..btol dia bsar color kuning.ble msuk mlut bby dia trus ngam je..boleh try hrga dlm rm24 tp 2pieces.. Btol dia mhl sket..rm50lbh.. Kt jj ad
Delete