Klik Jommm

Friday, November 9, 2012

Disaster

Aku demam semalam, MC tapi bukannya rehat, tapi duk sibuk mengemas rumah, menyapu, mengemop, basuh baju berus tangan tau, baju Aish still basuh tangan lagi, baju kerja suami pun basuh tangan jugak (nak tercabut tangan ni rasanya) basuh 2 bathrooms dan sudahnya hari ni tak demam, tapi sakit badan, satu badan sakit, rumah bersih berkilat, gila kembang hidung tengok rumah sendiri tapi bila mengadu dengan suami yang aku sakit satu badan, dia marah, sebab dia kata aku sepatutnya rehat tapi sibuk duk kemas rumah "Dah, jangan nak mengadu lagi!". Ok takpe sampai hatimu sayang buat I cenggini..ooo takpe..ooo takpe (sambil jeling atas bawah, mulut kumat-kamit macam sinetron Indonesia)

Ok tu mukadimah je, sekarang baru nak huraikan tajuk diatas. Selasa malam Aish takmo tidur, asyik merengek je..kitaorang berdua bangun tidur bangun tidur bangun tidur berkali-kali tau, naik pening kepala ni. Tak tau dia nak apa, merengek sepanjang malam. Pukul 6 pagi suami bangun dengan mata kecik sambil tanya aku

Awak ambik cutilah hari ni, awak larat ke nak pergi kerja, saya pun nak cuti jugak ni

Saya nak pergi kerjalah, kerja saya banyak

Larat ke?

Larat je.

Camtu saya nak pergi kerja jugaklah.

Maka pergi bekerjalah kami berdua, tapi kereta asing-asing, dan selalunya En. Syg keluar rumah pukul 6.30 pagi, tapi disebabkan pagi tu kitaorang bangun pukul 6 pagi, En. Syg lambat 10 minit, tak dapat parking dekat LRT KJ dan terpaksa parking tepi-tepi jalan je (Dia memang pergi kerja naik LRT sebab office dekat KLCC, kalau nak bawak kereta alamatnya pukul 10 malamlah baru sampai rumah). Tapi haritu En. Syg ambik half day sebab risaukan kereta dia, tengahari masa nak ambik kereta. Naaaaahhhhhh kena saman sebab parking tepi jalan..goooddd sangat. Malam tadi anak tak tidur, badan penat dan kena saman, kombinasi sungguh. 

Aku pulak, tak cukup tidur malam sebelumnya, petang tu dah mula sakit badan rasa nak demam, ambik Aish dari babysitter tengok dahi dia benjol sebab jatuh. Sakit hati aku tengok dahi anak benjol macamtu, besar ko tau, siap ada kesan tikar lagi. Elok aku masuk rumah babysitter dia tengah dukung anak aku sambil cakap

Anak awak jatuh, tak sempat makcik nak sambut tadi

Aku diam, tengok dahi anak dan tanya

Jatuh dari walker ke?

Taklah, jatuh masa dia tengah bergolek

Bergolek?? sampai benjol besar tu?? Anak aku tu merangkak pun belum, angkat badan pun tidak lagi, menyusur pun belum, kalau setakat baring meniarap, baring meniarap tak mungkin boleh benjol besar tu melainkan dia hentak kepala dia sekuat-kuatnya. Benjol dia macam jatuh dari tempat tinggi, siap ada kesan tikar ko tau, bergaris panjang, dia jatuh hari Rabu, hari ni garis tu ada lagi, merah lagi. Pastu dia cakap sambut, tak bunyi macam tinggi ke? Tapi takkan lah aku nak marah makcik tu pulak kan, aku diam jelah, terus call suami yang kena saman tadi tu, dan kitaorang pergi klinik, sekali check dengan aku. Aku ingatkan aku belum demam lagi, check suhu, doktor kata suhu aku tinggi, terus doktor bagi MC hari Khamis. 




Tengok gambar macam tak serius je kan, tapi kalau tengok real, bertelur dahi tu, siap merah purple. Sakitnya hati aku Tuhan je yang tau, aku hantar Aish kat makcik ni pun sebab dia bestfriend mak sedara En. Syg, so aku percayalah sikit, dari hantar dekat orang yang totally stranger tu kan. Tapi sikit jelah aku percaya, aku ni memang cerewet bab anak, kalau dengan Ma aku, semua aku larang, tak boleh tu, tak boleh ni, jangan tu, jangan ni, sampai Ma cakap aku ni cerewet sangat cuma dengan MIL je lah aku tak cerewet sangat, cerewet sikit-sikit je..haha. Segan pulak kalau nak larang sebab bukan parents sendiri. Maunya aku tak cerewet, bergadai nyawa tu nak dapat. Sampai sekarang terbayang-bayang sakit beranak tu..huuuu




Itu cerita minggu ni, ini nak cerita disaster yang berlaku beberapa minggu lepas. Aku bangun lewat pagi tu, berkejar nak iron baju sambil sekali sekala tengok Aish atas katil, takut dia jatuh sebab dia dah bangun. By 6.30am tinggallah aku berdua dengan Aish, maunya tak kelam kabut, setiap seminit pergi tengok dia. Dah siap cantik-cantik dengan make up, aku nak tukar diaper Aish. Memang every morning sebelum hantar rumah babysitter aku akan tukar diaper dia dulu, buka je diaper dengan syahdunya dia pancutkan mak dia yang sudah cantik ini tau, habis basah baju dengan seluar aku. Dah satu hal nak kena iron baju lain pulak, masa tu dah tukarkan dia diaper baru, berkejar lagi aku sambil iron sambil tengok anak, aku iron kat bilik lain. Dah siap pakai baju semua, masa tu dah lewat, aku pun nak pergi dukung anak kesayangan, tengok-tengok dia sudah poo poo dengan banyak tahap bocor sampai habis seluar baju dengan tilam, cadar aku..wuuuu. Udah kena basuh punggung dulu, tukar diaper, tukar baju, cabut cadar, rendam semuanya baru boleh pergi kerja. Nampak gambar kat atas tu? matahari sudah naik baru aku nak gerak dari rumah..sobsss dan akhirnya sampai office pukul 10 pagi. Tu je nak cerita, bye!


Ooooo dah poopoo dan menyiramkan ibumu, sedap pulak tidur ye..biasa dia tu!



12 comments:

  1. alahai tu la risau kan dok ngan pengasuh ni, dok ngan sapa2 pun still risau unless keluarga sendiri, tp tu la kita tak leh nak dia depan mata 24/7 terpaksa redha jer tp kalau kena kat saya tak tau la mcm mana :( pity aish

    ReplyDelete
  2. kesian nye aish.. dah comot dahi dia tu..

    ReplyDelete
  3. alahai siannya kt aish...tu dh mcm jatuh dri tempat tinggi... xper2..lps nie suh bs tu take alert sikit...

    ReplyDelete
  4. Ank sy pun suka kencing tme kita bru nk ganti diaper.nasib ppuan.kalau laki,mmg basah..truknya dahi aish.sian dia

    ReplyDelete
  5. hihihi
    alolo cutenya aisy gmbr last tue trus tdo~

    ReplyDelete
  6. hahah.
    klakor part kena siram n poo2 tu
    sabor jela

    ReplyDelete
  7. aduyai..nak anta kt nursery takut, nak anta kt BS pun takut..susahnye nak wat pilihan.huhu!

    ReplyDelete
  8. Erin, lain mcm je kesan kejatuhan die....

    ReplyDelete
  9. Kesiannya aish....

    Haha.u ni kan,i rs mcm supermak taw.....

    ReplyDelete
  10. Ala..ciannye Aish. Baby cool je Aish ni camne pulak ley jatuh bergolek. Huhu. Sabarlah ye mommy..

    Kena siram golden shower ngan poopoo tu memang syahdu la.

    ReplyDelete
  11. tang kena pancut tu selalu sangat da.hehehe..kelam kabut bila kena siram tetiba. anak nadt pun penah jatuh masa kat rumah bs. tau2 je baby demam, esoknya baru timbul kesan lebam kat pipi. tanya kat bs kot2 ada bebudak lain terbaling mainan ke kat pipi saif sampai lebam. barulah bs ngaku saif jatuh terkena besi bouncer masa anak dia pegang. terbeliak biji mata saya, sakit tu kena besi!patut la sampai demam anak saya.

    ReplyDelete