Klik Jommm

Wednesday, January 23, 2013

Dinner

Ingat tak hari tu ada update suruh suami bawak berjalan..hahaha. Kesian aku ni, nak kena update baru suami bawak berjalan..wakaka. Takdelah, selalunya Isnin-Jumaat aku dah terlalu penat menguruskan 2 orang lelaki dan rumahtangga, so Sabtu dan Ahad, aku jadi teramatlah malas nak berjalan, rasa nak duduk kat rumah je, tapi bila lately takde bahan nak update, baru teringat dah lama tak berjalan. Suami aku pulak memang jenis malas berjalan, kalau aku tak ajak, jarang sangat dia nak ajak. Bila suami malas, aku pun otomatik malas jugak, dulu kalau berdua, zasss terus jalan. Sekarang, kena buat bekal Aish dulu, bubur dia, susu dia, baju, diaper, botol..etc..etc..etc.. Nak tukarkan baju dia pun dah sekian berpeluh ketiak. Aku pulak memang jenis malas bersiap, renyah, nak makeup segala, rimas pulak. Tak make up kang hodoh sangat pulak, tanjat orang tengok. Itu adalah antara faktor kenapa aku malas berjalan, persiapan nak berjalan tu je dah hoi 2-3 jam, tu cara anak satu, anak 2-3 tu kang, camnelah agaknya, mau aku keluar rumah macam hantu Kak Limah je..haha

Jumaat malam hari tu masa tengah mengulit anak (read: mandikan, bagi makan, main, tek kan, tidurkan) suami call dari office ajak dinner kat luar, masa tu dah dekat pukul 8pm, dia ajak pergi Setia City Mall, nama je duduk Bukit Jelutong yang sejengkal je dengan Setia Alam, tapi sekali pun tak pernah pergi SCM. Seronoklah aku ni kan, kemain siap mandi buka pintu luas, nasib ko lah nak kena tengok mummy mandi, Aish kebil-kebil depan bathroom tengok aku mandi, tak tau apa yang dipelikkan sangat, eh aku berpakaian lengkap eh, gile ko nak botel-botel depan anak. Memanglah anak belum faham, tapi no good, no good. Selalunya bila anak dah tidur baru aku boleh mandi, sebab Aish tak boleh aku tinggal sesaat, menangis sesaja. Mungkin dia tau nak jalan kot, tetiba pulak baik jadi penonton depan bathroom..hehehe

Dekat pukul 9pm baru suami sampai rumah, so SCM cancel, makan dekat-dekat dengan rumah jelah, so aku pilih Secret Recipe.



Air sedap



Baby dan suami sedap..eh


Kemain melasak sekarang, tak duduk diam, kalau dah begini, ko daya. Fuh kadang-kadang aku emo jugak dengan suami yang keluar awal, balik lambat setiap hari, penat menguruskan Aish sorang-sorang, belum campur stress jam gile nak masuk Seksyen 13 nak hantar Aish tu setiap pagi, dekat sejam baru smpai rumah babysitter, kalau Aish ok, oklah, kalau datang mengamuk dia, aku yang tak ok..hahaha, tahan hati dengar dia menangis. Lepas hantar Aish nak ngadap jam dekat Federal pulak, hoi kenapakah hidup ini dipenuhi dengan stress. Itu aku keluar 6.50am, kalau keluar pukul 7.00am jam dekat simpang Giant Sek. 13 tu boleh sampai Rawang tau, pukul 9.00 baru sampai office, 2 jam, nangis, padahal office aku kat Subang je, Shah Alam dengan Subang adalah berjiran. Nasib baik suami jenis rajin melayan anak, dan rajin menolong kat dapur, kalau tak dari emo aku terus hemoh-hemoh (ok, merepek)

Lagu wajib untuk Aish setiap hari, pagi dan petang

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu
Tepuk Aish pandai, malam nanti upah susu
Susu lemak manis, santan kelapa muda
Aish jangan nangis, mommy drive kereta



Mommy punya


 Daddy punya

Aish makan biskut marie je eh..;p




5 comments:

  1. nasib lagu pok amai2 tu boleh ubah2 lirik sket utk hiburkan ht anak kn...:)

    ReplyDelete
  2. biskut marie pun sedap mommy! hihihi

    ReplyDelete
  3. ohoii..sek 13 tu memang jalan yg sangat hazab bila time balik keje. Plus kalau hujan lagi..memang meraung dalam kete kan..huhuhu. Betabahlah mommy..

    takp2, nextime gi SCM pulak k, dekat seangat je ngan umah Erin tu, plus..kompem takde jem :D

    ReplyDelete
  4. Comell baby..
    makanan2 tu pun sedap je tgk..
    salam kenal..singgah follow sni #302 :)

    ReplyDelete
  5. nice song bila da tukar lirik ek. nadt pun suka nyanyi lagu ni sambil buat aksi badut.haha..nak share sket, papa saif tukar lirik jadik :
    PUK AMAI-AMAI
    SAIF KUPU-KUPU
    TEPUK SAIF PANDAI
    SAIF DAPAT SUSU

    apa daaa anak jadik kupu-kupu plak..

    ReplyDelete