Today, 09th April 2013, my baby turns 1 years old. Setahun, sekejap sangat rasanya, bila tengok Aish, rasa macam dia baby sangat lagi, tak sesuai dengan umur setahun. Ingat lagi dulu masa mula-mula kahwin, kitaorang asyik bertanya sesama sendiri "eh sayang, macamana kalau kita ni tak boleh beranak, boleh ke kita ni eh" apa ke bengong punya soalan, baru kahwin kan, risau over everything yang merepek, sebulan lepas tu alhamdulillah, pregnantkan Aish
First scan at 7 weeks kot, nampak jantung berdegup
01st April 2012, 8 days before Aish was born
Masa menahan labour pain at 4am, 090412, sempat lagi tu, sebab tetiba teringat, eh kena ambik gambar ni, kang sampai anak cucu nak ku tayang, mommy tak sempat buat muka comel, ko daya nak buat muka comel lagi masa ni..hehe, ketuban sudah pecah dan dah buka 2cm.
38 minggu 5 hari pregnant, pening sampai 4 bulan siang dan malam non-stop, meloya setiap masa, tapi muntah sekali je..hehe, stretchmark here and there, kaki bengkak, kejang kaki malam-malam, sakit pinggang, tak selesa setiap masa, but it worth it.
Beberapa jam lepas lahir, masa pregnant, hari-hari makan kek coklat dan aiskrim Magnum, lepas tu asyik pesan dengan baby, janganlah baby cecah berat 3kg, sebab mommy takut nak push nanti, Aish lahir dengan berat 2.99kg, mendengar kata ye ko nak, sikit je lagi nak sampai 3..ngahahaha.
090412, Isnin, 12.39pm, 2.99kg
1 month
2 months
3 months
4 months
5 months
6 months, I can eat!!
7 months
8 months
9 months
@ 9 months, picture tak menahan
10 months
11 months
First Toy
Elephant ni dah koyak rabak, banyak kali aku nak buang, tapi En. Syg tak kasi, coz he's being soooo emotional, siap nak jahit elephant ni tau, sebab dia kat it is memory..hehehe. Tapi kan..kan..kannn, hari tu kan..kan..kannn saya dah buang la daddy, sebab saya tak tahan tengok, menyemak je, nanti kita beli baru kat OBW and framekan, so it will last forever ok.
First Aqiqah
Happy 1st birtday Aish, semoga Aish membesar menjadi anak yang soleh, mendengar kata, cemerlang dunia akhirat, murah rezeki, panjang umur dalam keberkatan, berilmu, dikasihi, dipermudahkan urusan, fasih lisannya, anak yang hebat untuk mommy and daddy.
Sebab tu mommy namakan Aish, Aish (kemewahan dan kemakmuran) Yusuf (nama nabi), sebab mommy nak Aish jadi orang yang mewah bukan je dengan harta dunia tapi harta akhirat jugak, mewah ilmu, mewah budi pekerti, mewah amalan, mewah kasih sayang dan jadi orang yang sentiasa memakmurkan, dan mommy nak Aish jadi macam Nabi Yusuf, cantik rupa, cantik pekerti, cantik akal, cantik segala-galanya. Nama tu kan doa, sebab setiap kali mommy sebut nama Aish, itu doa mommy untuk Aish. Mommy panggil nama tu dari dalam perut lagi. Mommy sayang Aish, sayang sangat, sangat-sangat, jadi harta terbaik dunia akhirat untuk mommy and daddy ye sayang. We love you.
@ 3 months, picture yang selalu meruntun hati mommy, OMG, sikat tepi..omeii sangat
Bye, mommy nak nangis jap.