Klik Jommm

Friday, December 27, 2013

Breakfast Di Mana?

Salam,

Ahad lepas test breakfast dekat Subaidah, Space U8, sebelum ni main lalu je, tak pernah nak test. So this time mai kite test, sedap ke tidok kan. Kalau sedap kita datang lagi, kalau tidok, lepas ni kita lalu lalang je depan kedai dia sambil buat muka sombong..hamboihh



 Boleh order pakai smartphone je, tapi En. Syg cakap dah ane depan mata, apa kejadah kita menyusahkan diri..mihihi



Suamiku dengan nasi mamak, bagai isi dan kuku. Kadang-kadang, tetiba je dia mengidam nak makan nasi mamak. Errkkk, aku kureng sikit nasi kat kedai mamak ni. Ni nasi kandar errr ke nasi beriani..errr aku kurang gemar jugak nasi jenis gini, so kenal pun tidak..huhu. Nasi kandar kot sebab dah namanya restoran nasi kandar ye dok, ke bukan..ishh lantoklah.




Adik aku makan Roti Itali (inti dia kuah spagethi, letak daging cincang, bawang, tumis, lepas tu balut dengan roti). Boleh tahan sedap jugak, RM8 sekeping.



Aish tumpang makan roti telur Mommy je. Ini budak kan sekarang kemain pandai posing ko ye, macam-macam posing dia buat.





 Muka kerut habis, padahal dia dok pasang azan, azan versi budak.

Oklah, bye, Selamat Hari Jumaat


4 comments:

  1. Subaidahh.....Subaidahhh....dulu time waktu belajar mmg kt UUM ada restoren nih....semua pekerja mamak pakai baju kaler pinkyyyy bahahhaah aku setiap kali masuk kedai nih mmg akan senyummmm manjang...sbb mamak pakai pinky hehhe

    ReplyDelete
  2. Ns kandar ns biasa erin..
    Cuma kuah dia campur2 gitu..
    Klu yg erin tnjuk tu ns beriani kot

    ReplyDelete
  3. Hahahaha. Umi Qi pun mengimbau Subaidah UUM. Aku pun nak mengimbau kenangan ku kata sana. Hahaha. Ok gelak dulu. Aku ni spesis tak tahu bab roti canai. Selalu teringin tengok roti yang macam cone tinggi berdiri tu. So satu hari aku nak cuba. Aku cakap nak roti everest. Tup2 dia bagi roti tak tinggi. Sekali aku makan dalam roti everest siap ada pisang. Hahahahaha. Roomet aku tanya ni roti apa. Aku cakap roti everest tapi tak tinggi. Aku sebenarnya nak yang nipis tinggi macam cone tu. Gelak melalak diorang kat aku. Mentang2 everest tinggi dan2 roti tu nama everest. Rupanya roti tisu. Huuuuu. Lepas tu aku tak order dah roti everest.

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Singgah dan follow..
    Kalau pegi Subaidah suka makan nasi kandar dia..
    Mmg lain dr kedai mamak lain

    ReplyDelete