Klik Jommm

Friday, December 6, 2013

Aish @ 1 year 7 months

Salam,

Dah lama tak update perkembangan Aish, saja nak share dan aku rasa kalau anak korang baya Aish memang lebih kurang je perkembangan dia. Yang aku update ni pun bukanlah kepandaian baru dia..haha ni yang aku ingat lah, bila dia pandai buat semua ni aku pun dah tak ingat, ni kira perkembangan as to date la eh.





Tak sempat bayar dah habis sebotol


Suka gambar ni tapi sayang sebab tak clear. Ni jelah gambar Aish berjubah masa Raya Haji baru ni, dia demam, so tak dapat nak ambik gambar proper, sebab dia asyik menangis je.



Dengan Atuk Rawang kemain lentok dia, pantang jumpa melentok sesaja


*Pandai geleng kepala bila tak nak

*Pandai flying kiss

*Pandai buang sampah

*Pandai Kiss n Hug

*Dah tau kegunaan banyak barang, contoh macam sikat untuk sikat rambut, bedak untuk sapu kat badan etc..etc

*Suka tengok Upin Ipin dan Minion, selalu sangat dia suruh aku pasang DVD Minion, lepas tu pandai pulak dia tengok, yang aku perasan ada certain part dia akan lari jauh dari tv dan menyorok belakang meja makan dengan muka cemas, tengok tv pun intai-intai sikit, ada part dia akan meniarap kat sofa sambil ketawa macamkan dia faham sangat apa orang tu cakap..muahahaha. Yang mommy pelik tu, takde pulak part takut dalam cerita tu, tapi memang setiap kali part tu dia akan menyorok dengan muka cemas..sumpah acik tak faham..kuikuikui

*Baru semalam dia pandai cakap NO!..hahaha, sebab pagi semalam aku larang dia main tong sampah so aku cakap "No Aish, No" tangan dia duk main jugak tapi muka berpaling kat aku sambil cakap NO! banyak kali tau..ni melawan ke apa?

*Aish takkan menangis kalau ko marah dia, dia akan sengih je, takde hal punya. Kalau ko buat-buat nak lepuk tangan or kaki dia dengan muka garang, dia ketawa terkekek-kekek sebab dia ingat ko tengah bergurau

*Suka Vitagen instead of Milo or Dutch Lady coklat

*Suka makan mee

*Teramatlah suka menolak troli, pantang nampak troli, semua dia nak tolak, iye termasuk troli pasaraya tu pun dia nak tolak sendiri

*Pandai minta barang

*Suka belek buku especially buku pasal jenis kenderaan yang Daddy baru belikan, itu je la yang dia hadap selalu sekarang.

*Mulut boleh tahan becok, tapi belum pandai cakap proper words lagi.

*Sangat manja dengan Daddy dan Atuk Rawang

*Dah 11kg, Mommy tak larat nak dukung pagi-pagi. Tapi dah tau tips untuk dia berjalan ke parking kereta every morning. Kejutkan dia bangun dengan suara yang ceria, lepas tu geletek sikit so mood dia pun baik, baru dia nak berjalan sendiri, kalau mood tak baik kenalah ko mendukung dari Level 8 sampai parking, nak runtuh bahu ni ku rasa..huwaaaa.

*Suka sangat main suis, geram mak ko ni. Habis semua suis dalam rumah di on kan.

*Dah boleh berlari melantun-lantun..hahaha

*Suka tengok lori dan bas, setiap kali nampak bas dia akan sebut bah bah bah (macam bunyi loghat kelate je dik) kalau nampak lori pun dia panggil bas jugak. Kalau burung dia sebut bird..ok betul, aeroplane pun bird jugak..hmmmmm

*Gigi dia dah banyak, kadang-kadang aku tak berani nak bagi dia makan benda keras-keras, kalau bagi pun, aku bagi sikit je sebab takut tercekik, rupanya dia dah boleh makanlah benda-benda keras ni..hehehe underestimate pulak mak ko ni dik.

*Susah gila nak pakaikan dia diaper kadang-kadang, sabor jelah.

*Suka main air, berendam dalam air sejuk masa musim hujan ni pun takpe, kalau angkat dia menangis sekuat hati. Pantang nampak aku masuk bathroom, berdesup dia lari tetiba je dah tercongok depan pintu, nak main air letteww..grrr

*Masih tidur berbuai, macamana eh nak hentikan habit berbuai, nak dekat 2 tahun dah ni ke dia akan berhenti sendiri nanti?

Ok tu je yang aku ingat setakat ni, next time aku update lagi pasal Aish, ok, bye!

9 comments:

  1. aish good boy ...dah big dah ni...berbuai tu ko biar je...tapi fayel dah sendiri tak buai...tp susah tido sikit...biar je la erin

    ReplyDelete
  2. Iman dlu berhenti buai sbb masuk taska.kt taska xble tdo buai.so skrg klu bg tdo buai pn die xnk.selamat dh papa simpan buai die.huhu.

    eh cara kte sme time kejut pg2 nk g taska.aku bg salam cium2 die dgn ceria,then mood die akn ok nk jln siap galas beg lg.tp klu xok,aku pn kne dukung gak smpi ke kete.nsb aku tingkat 4 je.bahaha

    ReplyDelete
  3. hihih yg part tgk cerita pastu nyorok2 cam takut tu sama la ngn shaheem. selalunya bila tgk upin ipin yg episod gosok jgn x gosok tu. dia takut tgk van gigi yg besar tu haha.. comel kan anak2 ni. semoga aish membesar dengan sempurna n sihat2 selalu! hensem boy tau aish ni :D

    ReplyDelete
  4. aish dah boleh kawin ni!heheehehehe
    suis tu memang feveret budak2 kan..aku geram btol! tgh tengok tv tau2 je dah gelap. bila besokan biji mata, boleh pulak dia senyum2 manja..geram je aku!haha

    ReplyDelete
  5. Satu lagi kak....aish dah pandai minta adik.hahaha..

    ReplyDelete
  6. Geram tgok aish..handsome!!
    Ada bdk sng nk benti buai..
    Ada yg ssh kot..
    Tgok sllu x dia tdo pkai buai kot..
    Mcm aish akk ni kt umh je guna buai

    ReplyDelete
  7. Alahaiiii suka baca perkembangan aish sebab lebih kurang sama ngan Qi....part men suis tuh sama sgt hahahha clever aish tau pandai ckp no...hahah mmg baya2 aish suka copy cat apa kita ckp dan buat kan...termasuk Qi pun sama mmg kaki copy cat habissss

    ReplyDelete
  8. wahhh dah besar pun aish.. mulut becok tu ikut erin ek..hehe..

    ReplyDelete