Klik Jommm

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya

Salam,

Orang lain dah mood raya dah so aku malas nak update pasal cerita lain selain raya ye dok, orang pun tak kenan nak baca..muehehe. Esok aku cuti, nak hegeh-hegeh beli baju raya..esok apa yang aku jumpa aku tibai je la, dah last minute ni tah theme kaler yang aku nak ada lagi ke idak, agak2 ok ku sambar saja, ingat nak gi Jakel pagi buta lepas hantar Aish, nak tengok baju Kak Siti Nurhalija, kot ada kaler yang aku nak aku taram je, malas dah nak fikir. Sape suruh ko shopping last minute..tehehehe

Eh tapi nak cerita jugak apa yang terjadi selama aku tak update blog, 23 June hari tu birthday aku, 25 June Anniversary kahwin yang ke 3, alhamdulillah. Lepas tu minggu sebelum birthday aku, kereta kesayangan kena langgar 2 kali, kali pertama hari Rabu, aku tengah berhenti kat roundabout, orang belakang berangan kot, terlepas brek pastu langgar keta aku..gedeganggg, padahal dah 5 minit kot dia duk beratur belakang keta aku, tah hape yang dia berangan tah. Nasib baik tak teruk sgt, dia kasi duit untuk ketuk bonet and phone no dia. Lepas tu Jumaat minggu yang sama, aku tengah beratur nak keluar simpang dekat Giant Sek 13, molek aku beratur orang belakang gedegang lagi, sabor je lah acik ni, korang ni dah kenapa, kali ni memang teruk, habis bumper terburai barai, 3 kereta yang kena, aku yang paling depan sekali. Patah kaki 2 minggu takde kereta. Memang minggu yang malang, 2 kali kena langgar belakang dalam minggu yang sama. Ok lepas raya la aku cerita.

Tahun ni insyaallah giliran beraya di Temerloh, Pahang. Semua adik beradik aku ada tahun ni so baju wajib sedondon sedondang barulah gambar family cantik je nanti. Macam tahun-tahun lepas aku akan bawak kuih raya untuk family aku and family mertua kalau balik kampung, tapi aku tak buat kuih sendiri, aku main tunjuk-tunjuk je sebab aku tak minat buat kuih, serius ni, aku boleh buat kuih sambil menangis sebab serius aku tak suka buat kuih. Buat kuih adalah benda yang paling aku tak suka dalam dunia..eh ye ke..hahahaha.

Bila aku baca balik ayat aku kat atas ni kan, serius tunggang langgang, tapi ada acik kesah, acik malas nak pikir ayat ni, akhir sekali, minta maaf ye segala salah dan silap, kot ada ayat aku yang menjengkelkan sepanjang aku update blog or ko rasa menyampah dengan update aku, aku minta maaf, ikhlas dari hati ni. Selamat Hari Raya, doakan aku jumpa baju royal blue yang mabeles esok, so that dapatlah aku update blog lepas raya sambil show off baju mabeles aku, baru minta maaf dah berlagak balik..kehkehkeh..ok lah, bye! Hati-hati balik kampung nanti ye :)



Thursday, July 17, 2014

Beli Baju Raya Anak Bujang

Salam,

Serius, tahun ni rasa macam kejap sangat bulan puasa, esok dah 20 hari puasa, tak lama lagi dah raya, confirm korang dah siap beli semua baju raya anak beranak kan, ku tahan je hati bila orang cerita pasal baju raya masing-masing, sebab aku tak beli lagi!!! hahahaha, biasalah aku memang gini sokmo..hujung-hujung puasa tu kang, masa orang tengah bersesak, berhimpit, haaa masa tu la baru aku reti nak beli baju raya. Insyaallah minggu depan aku cuti sehari kot nak pergi beli baju raya, cuti berdua je dengan adik perempuan aku, tak sanggup rasanya nak bawak anak bujang mencari baju raya, kang baju raya tak dapat dia yang mendapat..hahaha. Aish lasak weh, lasak yang berlari ke sana sinun, ko halang kang dia nangis tahap terbaring, daya ke ko nak nengok-nengok baju raya masa anak ko tengah kuak lentang atas lantai??, tak daya wa cakap lu!!!. Cukup la semalam kitaorang buka puasa kat luar, dia boleh berlari buat dek je masuk Sushi King sebab nak main benda alah bergerak yang tempat sushi tu haaa, padahal aku makan kat kedai sebelah, mengamuk satu SCM bergegar..wahahaha, aku sempatlah makan, tapi tak puas, minum pun tak sempat terus masuk kereta, biasalah budak kecikkan, aku tak marah..geram je, and rasanya tak serik lagi kot bawak dia keluar, aku cuma tak bawak dia shopping raya sebab aku takut tak sempat pilih baju raya je, settle baju raya kang, ikutlah ko kemana mak ko ni pergi ye nak, tidaklah aku kejam benor dengan anak sendiri. Sebab aku bukan nak beli baju raya je, segala baju aku nak beli ni, baju kerja, baju duk rumah, baju suami, baju anak, baju tidur dia, baju basahan dia, kira macam setahun sekali beli stok baju sampai tahun depan..muahahaha, senang buat satu hari sekaligus, memang aku buat gitu dari tahun lepas..hehe. Sebab suamiku tidak mempunyai skill seperti suami kamu iaitu skill menunggu..hahaha ko nak fitting-fitting kang anak nangis, dia punya gelisah sampai aku fitting pun gelisah jugak, Aish je yang happy dalam cerita ini, happy berlari-lari, while bapak eh gelisah, mak eh gundah gulana, kang tak sampai 20 minit daddy cakap "beli je yang mana-mana, sama je" T_T

Tapi sebenarnya sebelum puasa lagi aku dah beli baju raya Aish sikit-sikit, tapi untuk anak sikit itu tidak cukup ye, dia kena banyak-banyak baru puas hati, baju dari pagi membawak ke tengah malam, gitu kekdahnya mak-mak sekarang.

Sebelum puasa hari tu ada Poney Warehouse Sale kat SACC, kemain semangat acik pergi, kembang kempis idom bersemangat waja nak beli baju raya anak kat situ


Apa RM9???..ok nak beli seploh



Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak, ni je yang ada, terimalahhh, nampak tenang je kan, padahal lepas tu aku macam di medan perang, aku kumbar sana, ko kumbar sinun, berlaga bontot, bergesel bahu..huhu.



Tak banyak sangat pilihan untuk baju yang sale tu, yang lain sama je harga dengan butik, tapi dah alang-alang sampai, aku beli lah jugak, yang harga RM9 sedih pulak rasa nak beli sebab bajunya memang menyedihkan.



Dapatlah 2 pasang baju Aish ni, jadilah, RM30++ sepasang



Baju raya Aish setakat ni, tu pun banyak yang daddy beli masa Aish belum setahun, saiz besar, sekarang pun masih besar, tu ingat nak beli lain, baju yang besar-besar tu nanti-nanti pun boleh pakai lagi



Tak lama lagi nak dapat anak saudara baru, so beli sedondon sama dengan abang Aish..hehe

Tu kisah aku pergi warehouse sale, esoknya aku pergi butik pulak, hadoiii rupa-rupanya harga kat butik pun sama je dengan kat warehouse sale, except baju RM9 takde kat butik, yang baju Aish atas ni pun ada jual..gahahaha penat acik himpit orang tau, tak baik buat acik gini, acik teraniaya..kuakakaka





Shopping sambil tersenyum sebab anak bujang tidur..




Tengah tengok baju yang sama macam aku beli untuk Aish semalamnya tu..




Ni je kitaorang beli kat butik dengan sehelai t-shirt, tak pe minggu depan ku cuti nak beli baju kasual lagi dan baju melayu Aish sekali, hopefully theme colour family aku tu senanglah nak dicari, kalau tak mau bertawaf aku ni nanti, hujung-hujung puasa, size baju pun banyak dah habis, kalau takdok jugak pakai je la baju yang ada nak. Pasrah je la.

Ok, bye!



Wednesday, July 16, 2014

Birthday Party Aish 2 Tahun

Salam,

Lama tak update blog, malas tahap ya rabbi, aku malas nak fikir ayat n taip, sebab tu lama tak update..kuekekeke, melampau malasnya. Ni tengah gigihkan diri update balik, moga lepas ni aku rajin lalu up post bertalu-talu dalam sehari..hahahaha.

Hari nak cerita pasal Majlis Hari Lahir anak bujang yang kitaorang dah buat 2 bulan lepas..iye dah 2 bulan, (26 April 2014) tapi nak jugak update untuk kenangan.

Mulanya aku ingat nak buat kecik2 je, tapi family mertua ajak buat kenduri doa selamat dan birthday party Aish sekali, so join je la kan, jemputan pun family and kawan je, dan takde sorang pun kawan yang datang..kuakakaka, maklum la jauh, di rawang sinun aku buat, aku tak kisah sangat pun sbb aku faham tak ramai orang yang nak travel jauh2 ye dok, and family pun dah ramai..alhamdulillah masih meriah.

Tema tahun ni Upin Ipin, daddy yang pilih sebab Aish memang suka Upin Ipin, dulu masa birthday setahun aku buat tema Elmo, itu aku yang pilih sebab dia kecik lagi, tak tau apa dia minat masa tu.

Mula-mula buat doa selamat around pukul 3 petang, masa tu hujan lebat gile, aku dah risau sikit sebab takut takde orang boleh duduk bawah khemah takut tempias air hujan kan, siap blackout berkali-kali pulak tu sebab guruh kuat sangat, around pukul 4 macam tu, hujan reda, dan majlis Aish pun bermula. Alhamdulillah semua ok, parents aku pun ada datang dari Pahang nak celebrate birthday cucu lelaki nan seorang tu...hihi.

Ok tengok gambar jelah malas nak pikir ayat dah ni.



Belah kiri parents aku, belah kanan mertua :)


Mertua and adik-adik ipar yang sporting sangat sebab pakai baju upin ipin jugak..hehe, pak mertua aku pun pakai tau demi cucu, comelssss











Ini budak dah 2 tahun laaa









 2 beranak


Maksu-Mommy-Aish


Habis majlis, dia pun terbaring sebab penat kejar belon..haha



Hadiah birthday Aish, tq semua :), duit pun dapat jugak, alhamdulillah




Atok and nenek kasi set meja


Pool ni pun atok and nenek yang bagi

Happy belated birthday Aish, moga membesar jadi anak yang baik dan diredhai Allah selalu, Mommy sayang Aish :)

Ok la, tu je, bye!