Salam,
Tak banyak sangat pilihan untuk baju yang sale tu, yang lain sama je harga dengan butik, tapi dah alang-alang sampai, aku beli lah jugak, yang harga RM9 sedih pulak rasa nak beli sebab bajunya memang menyedihkan.
Baju raya Aish setakat ni, tu pun banyak yang daddy beli masa Aish belum setahun, saiz besar, sekarang pun masih besar, tu ingat nak beli lain, baju yang besar-besar tu nanti-nanti pun boleh pakai lagi
Ni je kitaorang beli kat butik dengan sehelai t-shirt, tak pe minggu depan ku cuti nak beli baju kasual lagi dan baju melayu Aish sekali, hopefully theme colour family aku tu senanglah nak dicari, kalau tak mau bertawaf aku ni nanti, hujung-hujung puasa, size baju pun banyak dah habis, kalau takdok jugak pakai je la baju yang ada nak. Pasrah je la.
Ok, bye!
Serius, tahun ni rasa macam kejap sangat bulan puasa, esok dah 20 hari puasa, tak lama lagi dah raya, confirm korang dah siap beli semua baju raya anak beranak kan, ku tahan je hati bila orang cerita pasal baju raya masing-masing, sebab aku tak beli lagi!!! hahahaha, biasalah aku memang gini sokmo..hujung-hujung puasa tu kang, masa orang tengah bersesak, berhimpit, haaa masa tu la baru aku reti nak beli baju raya. Insyaallah minggu depan aku cuti sehari kot nak pergi beli baju raya, cuti berdua je dengan adik perempuan aku, tak sanggup rasanya nak bawak anak bujang mencari baju raya, kang baju raya tak dapat dia yang mendapat..hahaha. Aish lasak weh, lasak yang berlari ke sana sinun, ko halang kang dia nangis tahap terbaring, daya ke ko nak nengok-nengok baju raya masa anak ko tengah kuak lentang atas lantai??, tak daya wa cakap lu!!!. Cukup la semalam kitaorang buka puasa kat luar, dia boleh berlari buat dek je masuk Sushi King sebab nak main benda alah bergerak yang tempat sushi tu haaa, padahal aku makan kat kedai sebelah, mengamuk satu SCM bergegar..wahahaha, aku sempatlah makan, tapi tak puas, minum pun tak sempat terus masuk kereta, biasalah budak kecikkan, aku tak marah..geram je, and rasanya tak serik lagi kot bawak dia keluar, aku cuma tak bawak dia shopping raya sebab aku takut tak sempat pilih baju raya je, settle baju raya kang, ikutlah ko kemana mak ko ni pergi ye nak, tidaklah aku kejam benor dengan anak sendiri. Sebab aku bukan nak beli baju raya je, segala baju aku nak beli ni, baju kerja, baju duk rumah, baju suami, baju anak, baju tidur dia, baju basahan dia, kira macam setahun sekali beli stok baju sampai tahun depan..muahahaha, senang buat satu hari sekaligus, memang aku buat gitu dari tahun lepas..hehe. Sebab suamiku tidak mempunyai skill seperti suami kamu iaitu skill menunggu..hahaha ko nak fitting-fitting kang anak nangis, dia punya gelisah sampai aku fitting pun gelisah jugak, Aish je yang happy dalam cerita ini, happy berlari-lari, while bapak eh gelisah, mak eh gundah gulana, kang tak sampai 20 minit daddy cakap "beli je yang mana-mana, sama je" T_T
Tapi sebenarnya sebelum puasa lagi aku dah beli baju raya Aish sikit-sikit, tapi untuk anak sikit itu tidak cukup ye, dia kena banyak-banyak baru puas hati, baju dari pagi membawak ke tengah malam, gitu kekdahnya mak-mak sekarang.
Sebelum puasa hari tu ada Poney Warehouse Sale kat SACC, kemain semangat acik pergi, kembang kempis idom bersemangat waja nak beli baju raya anak kat situ
Apa RM9???..ok nak beli seploh
Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak, ni je yang ada, terimalahhh, nampak tenang je kan, padahal lepas tu aku macam di medan perang, aku kumbar sana, ko kumbar sinun, berlaga bontot, bergesel bahu..huhu.
Tak banyak sangat pilihan untuk baju yang sale tu, yang lain sama je harga dengan butik, tapi dah alang-alang sampai, aku beli lah jugak, yang harga RM9 sedih pulak rasa nak beli sebab bajunya memang menyedihkan.
Dapatlah 2 pasang baju Aish ni, jadilah, RM30++ sepasang
Baju raya Aish setakat ni, tu pun banyak yang daddy beli masa Aish belum setahun, saiz besar, sekarang pun masih besar, tu ingat nak beli lain, baju yang besar-besar tu nanti-nanti pun boleh pakai lagi
Tak lama lagi nak dapat anak saudara baru, so beli sedondon sama dengan abang Aish..hehe
Tu kisah aku pergi warehouse sale, esoknya aku pergi butik pulak, hadoiii rupa-rupanya harga kat butik pun sama je dengan kat warehouse sale, except baju RM9 takde kat butik, yang baju Aish atas ni pun ada jual..gahahaha penat acik himpit orang tau, tak baik buat acik gini, acik teraniaya..kuakakaka
Shopping sambil tersenyum sebab anak bujang tidur..
Tengah tengok baju yang sama macam aku beli untuk Aish semalamnya tu..
Ni je kitaorang beli kat butik dengan sehelai t-shirt, tak pe minggu depan ku cuti nak beli baju kasual lagi dan baju melayu Aish sekali, hopefully theme colour family aku tu senanglah nak dicari, kalau tak mau bertawaf aku ni nanti, hujung-hujung puasa, size baju pun banyak dah habis, kalau takdok jugak pakai je la baju yang ada nak. Pasrah je la.
Ok, bye!
tutup mata..tutup mata...tak nak beli apa2 dah erinnnn hukhukhuk..sambil pegang calculator kira cost masa raya dan selepas raya ni..mata ke atas..slamat bershopping lg mek ;)
ReplyDeleteBaju raya anak lelaki nie memang susah nak carikab...huhuhu
ReplyDeletekalo pegi tmpt2 gni x sah kalo x beli bju anak2..sb tu sy x suke pegi soping kompleks hahaha
ReplyDeleteSelagi tak raya selagi tula tak hbs2 sopink..hahaha
ReplyDeleteWah2 bestnya..murah2...
ReplyDeleteAlahai erin..sakan ko ni klau shoppg..hehe stahun trus gtu..
ReplyDeleteWehhh yg baju belang2 and biru suar merah tu sebijik sebijon cam anak aku..hakhak..
baju anak lelaki mahal mahal mahal!hehehe
ReplyDelete