Salam,
Orang lain dah mood raya dah so aku malas nak update pasal cerita lain selain raya ye dok, orang pun tak kenan nak baca..muehehe. Esok aku cuti, nak hegeh-hegeh beli baju raya..esok apa yang aku jumpa aku tibai je la, dah last minute ni tah theme kaler yang aku nak ada lagi ke idak, agak2 ok ku sambar saja, ingat nak gi Jakel pagi buta lepas hantar Aish, nak tengok baju Kak Siti Nurhalija, kot ada kaler yang aku nak aku taram je, malas dah nak fikir. Sape suruh ko shopping last minute..tehehehe
Eh tapi nak cerita jugak apa yang terjadi selama aku tak update blog, 23 June hari tu birthday aku, 25 June Anniversary kahwin yang ke 3, alhamdulillah. Lepas tu minggu sebelum birthday aku, kereta kesayangan kena langgar 2 kali, kali pertama hari Rabu, aku tengah berhenti kat roundabout, orang belakang berangan kot, terlepas brek pastu langgar keta aku..gedeganggg, padahal dah 5 minit kot dia duk beratur belakang keta aku, tah hape yang dia berangan tah. Nasib baik tak teruk sgt, dia kasi duit untuk ketuk bonet and phone no dia. Lepas tu Jumaat minggu yang sama, aku tengah beratur nak keluar simpang dekat Giant Sek 13, molek aku beratur orang belakang gedegang lagi, sabor je lah acik ni, korang ni dah kenapa, kali ni memang teruk, habis bumper terburai barai, 3 kereta yang kena, aku yang paling depan sekali. Patah kaki 2 minggu takde kereta. Memang minggu yang malang, 2 kali kena langgar belakang dalam minggu yang sama. Ok lepas raya la aku cerita.
Tahun ni insyaallah giliran beraya di Temerloh, Pahang. Semua adik beradik aku ada tahun ni so baju wajib sedondon sedondang barulah gambar family cantik je nanti. Macam tahun-tahun lepas aku akan bawak kuih raya untuk family aku and family mertua kalau balik kampung, tapi aku tak buat kuih sendiri, aku main tunjuk-tunjuk je sebab aku tak minat buat kuih, serius ni, aku boleh buat kuih sambil menangis sebab serius aku tak suka buat kuih. Buat kuih adalah benda yang paling aku tak suka dalam dunia..eh ye ke..hahahaha.
Bila aku baca balik ayat aku kat atas ni kan, serius tunggang langgang, tapi ada acik kesah, acik malas nak pikir ayat ni, akhir sekali, minta maaf ye segala salah dan silap, kot ada ayat aku yang menjengkelkan sepanjang aku update blog or ko rasa menyampah dengan update aku, aku minta maaf, ikhlas dari hati ni. Selamat Hari Raya, doakan aku jumpa baju royal blue yang mabeles esok, so that dapatlah aku update blog lepas raya sambil show off baju mabeles aku, baru minta maaf dah berlagak balik..kehkehkeh..ok lah, bye! Hati-hati balik kampung nanti ye :)
Kemahen nk cari baju datuk T..kikiki...
ReplyDeleteSis..dkt ampang point pun byk pilihan jugak
Selamat hari raya erin...hati2 balik kampung yeh...:)
ReplyDeletesalam aidil fitri utk erin sekeluarga.. hati2 balik kampung ya :)
ReplyDeletehttp://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html