Klik Jommm

Friday, August 15, 2014

Anugerah Terhebat

Salam,

Eh aku berjaya update lagi hari ni..wakaka..takde apa pun nak cerita, dah lama ku pikirkan, nak cerita ke idok ke tunggu dulu ke cerita je ke rahsia dulu ke bagitau je ke..eh banyak sangat "ke" kau kan. 

Alhamdulillah Aish dah 2 tahun 4 bulan, setiap kali tengok Aish aku selalu cakap dengan En. Syg, anak adalah achievement terhebat dalam hidup aku, lebih hebat dari aku dapat degree, lebih hebat dari aku jatuh cinta dan kahwin dengan suami sendiri, lebih hebat dari aku dapat kerja dengan gaji yang aku puas hati, lebih hebat dari segala-gala yang aku ada dan capai dalam dunia ni, senang cerita terhebatest la..kuakakaka. 

Betul, aku rasa semua emak pun akan rasa apa yang aku rasa. Mau tak hebat, sebab aku berjaya menahan pening loya sakit pinggang, bangun kencing malam berkali-kali, bawak perut berat sampai 38 minggu 5 hari. Mau tak hebat, aku yang paling takut sakit ni berjaya melahirkan Aish dengan kesakitan yang paling hebat sekali dari pukul 2 pagi sampai 12.30 tengahari. Mau tak hebat, pantang dengan keadaan stress sebab Aish jaundice hampir 2 bulan, menangis aje kerja aku sebab tengok tangan and kaki kecik tu asyik kena cucuk je. Senang cerita kita emak yang hebat jugak ye dok.

Di sebabkan itu kitaorang decide untuk mencapai kehebatan untuk kali kedua..eh apa ayat aku ni..kahkah. Alaa senang cerita kitaorang decide untuk menambah ahli keluarga sebab memang kitaorang plan bila Aish dah 2 tahun lebih sikit je, aku nak pregnant semula, kalau boleh nak next baby lahir on April jugak masa Aish genap 3 tahun nanti.



Our one and only greatest achievement at the moment

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Alhamdulillah lebih cepat dari yang di plan





Sudah ku bagitau di Insta beberapa minggu lepas (haaa tulah sapa suruh tak follow, kan dah lambat korang tau) haha bajet retis sangat semua org nak follow insta ko, EDD 22 March 2015, cepat beberapa hari dari birthday Aish on 09 April, alhamdulillah rezeki awal namanya tu..hehe.

So sekarang dalam fasa mabuk kepayang, and this time sama je simptomnya macam Aish dulu, loya dan pening sepanjang hari, mulut pahit, perut sebu, lapar memanjang, seriusly sikit masa lagi idom ahkak macam serombong kapal..kuakakaka sebab banyak makan and idomku bakal mengembang bak juara gitu. Tapi yang tak best sikit kali ni mukaku teruk gilaaaaaaaaa, naik bintik2 and jerawat kecik2 tu, nak jumpa orang pun malu, masa Aish dulu kulit lawoooo je, jerawat pun xdop, xpelah dugaan idop namanya..hihihi.

Aku ni pesen kalau mengandung, instinct tu kuat sikit, sama je macam Aish dulu, period belum due tapi aku dah tau aku pregnant, kali ni pun macam tu jugak, beberapa minggu sebelum test upt dah cakap dengan suami "saya rasa saya pregnant la" ayat yang sama ku ulang-ulang 80 kali sampai suami ku cakap dia rasa berdebar-debar..hahaha ngada sangat ko tau bang, sebab suamiku tu memang dah tak sabar nak menambah baby, saje je ku tahankan jebat dulu.

Aku dah tak sabar nak test UPT tapi suami ku tak kasi, dia suruh tunggu sampai delay period dulu. so lepas 2 hari delay baru aku test, masa test tu kiranya aku dah 4 minggu 2 hari la kan, positive je senyum lebar cik abang..suke lettewww. Aku tau pun masa bulan puasa hari tu, sempatlah tinggal 5 hari puasa sebab mabuk kepayang dah datang..hihi. Sekarang dah 8 minggu, tapi belum gi scan lagi, weekend ni nak pergi. 

Doakan aku dan baby ye, moga mudah semuanya sampai melahirkan. Seriusly aku tak kisah pun anak aku boy or girl, sebab doa aku selalu moga anak aku sempurna akal dan fizikalnya, panjang umurnya, berkat hidupnya, anak yang berilmu dan beramal soleh, itu lebih dari cukup bagi aku, kalau dapat boy merasalah aku tua nanti ada 2 anak teruna, fuhh cool je rasanya, kalau girl, adalah teman mommy shopping, pun cool jugak..hahahaha, dalam tak kisah tu pun tak sabar jugak nak tau gender baby kot..hehehe, be good ye baby, weekend ni mommy gi telek awak. Doakan jugak kali ni aku berjaya menjadi emak terhebat buat kali kedua..kikiki kena hebat ganda 2 sebab dah ada 2 anak, tahap kelam kabut of course meningkat nanti nak handle 2 orang anak, bak kata Mommycha londeh penda..kakaka. Oklah bye!! nak layan mabuk kepayang balik ni, berejam kot aku taip entry ni.



Thursday, August 14, 2014

Raya 2014

Salam semua,

Hehe, selamat hari raya, aku tau dah lambat tapi tetap nak update jugak, nak boh gambo kitaorang. Tahun ni kitaorang beraya di Pahang, syok jugaklah sebab kebetulan musim buah, Pa aku ada dusun sendiri, kecik je tapi puas jugaklah duk makan buah je, orang raya, Pa aku dengan para lelaki sekalian duk berulang alik panjat pokok nak petik buah. Paling aku suka manggis, first time Aish makan manggis seumur hidup dia..hehe and dia suka!!.

Aku start cuti raya dari hari Jumaat lagi, sebab aku marathon beli baju raya untuk anak beranak aku ni, satu hapah tak beli, untung jugak la shopping last minute, semua pun dapat harga murah dari biasa, tapi penat weh, berkejaran ke sana sini, cari baju raya pertama, pastu gi cari baju kasual pulak, pastu terbeli karpet pulakk..hahaha biasalah pompuan, nak beli baju terbeli karpert..gituuuu, udah orang kasi murah ku hangkut haje la kan, aku memain je mintak murah, sekali dia kasi..ehhh hangkut..hangkut.

Aku kalau balik Pahang peel malas menjadi2, pulak skang memang aku asyik tak sihat je, berganda2 malasnya, ma aku masak sedap dikurniakan along yang rajin memasak dan adik ipar yang rajin jugak..wahhhh heaven la idup aku..kuakakakaka. Aku tolong la jugak, tapi aku bukan main chef..aku tolong sipi-sipi gitu. Tapi aku malas bab masak je, tang lain aku rajinnnnnnnn, malam raya tu tidur pukul 3 pagi sebab jahit sampin and seluar baju melayu Aish, dah shopping last minit kan, sekali seluar labuh sangat and getah sampin besar sangat, terkulat2 ko berjaga sengsorang menjahit.

Raya Pertama kitaorang langsung tak sempat berjalan pun, sebab orang datang non stop, sekali datang bukan 1 kereta, berderet2 macam kenduri dah haaa, 2 kali kot kitaorang siap nak keluar, baru nak langkah kaki, dah datang lagi orang, memang tak sempat, sudahnya, duk rumah je la masa raya pertama tu.

Eh dahlah moh tengok gambar, Aish ni memanglah susah sangat kalau ko nak ajak bergambar, nak lari sesaja, lepas tu dia tak nak pakai songkok, ikut mu lah nak, asal jangan bogel sudah.










Baju royal blue kitaorang ni baju marathon tau, nasib baik dapat warna ni untuk kitaorang bertiga..huhu


Kitaorang tetiap tahun memang tema sama untuk satu family, kalau merah, semua merah, kalau royal blue, royal blue la semua, belah aku macamtu belah mertua pun gitu jugak, tapi Pa aku ni tetiap tahun dia pakai baju putih dia ni, ko beli baju melayu warna tema sekalipun dia takkan pakai, dia simpan je, dia nak pakai baju putih ni jugak, tahun depan kitaorang nak komplot sorok baju ni, tetiap tahun pun baju ni dia pakai..kuakakaka



Ni lah family aku, family Along je takde, sebab pagi2 dia dah keluar ke belah suami dia. so kitaorang je la yang ada haa, baju aku tu saiz XS tau, tapi besor kemain, macam mengandung 6 bulan dah aku tu..wuwuwuwu..salahkan baju, mula masa beli aku ingat kurung pahang, sekali kurung moden, pesal gedabak sangat ntah.

Ok, tu jelah cerita raya saya yang tak seberapa, sekian terima kasih, bye korang :) Teringin nak update hari-hari tapi aku malas gile nak label gambo..pffftttt tu pasal asyik tak berupdate je blog ni sampai suami asyik tanya je, ko ni bang suka tau admire i sebagai seorang blogger, asyik suruh i update je sebab u nak baca kan..kikiki. ok bye.