Klik Jommm

Showing posts with label adikabangaishyusuf. Show all posts
Showing posts with label adikabangaishyusuf. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Alana Nayli

Salam,

Ok hari ni nak cerita pasal nama anak kedua aku ni, sama macam Aish jugak, En. Syg nak semua nama anak-anak bermula dengan huruf A, amboiii anak-anak ye, macam ramai je bunyinya ;p. Sebab pertama, nama En. Syg pun bermula dengan huruf A dan sebab kedua, dia nak anak-anak dia jadi berani, sentiasa ke depan dan sentiasa bersedia, sebab kalau kat sekolah kan nama yang bermula dengan huruf A yang akan dipanggil dulu, I is ok aje.

Sebelum pregnantkan Alana, aku memang ada cari nama yang bermula dengan huruf A, tapi nama baby boy, sebab entah kenapa aku asyik rasa anak kedua aku nanti boy. Tapi nama tu asyiklah direject dek lakiku..ppffftttt. En. Syg pulak memang dah decide kalau ada baby girl nanti dia nak nama Alana, nama tu dia dah cakap lama dengan aku, even before aku pregnant dan even before Lara Alana tu lahir ok, so kitaorang tak tiru nama dia..bahahaha, masa tau Scha Awal bagi nama anak dia Alana terus macam alaaaaaaa...bahahaha over gile, macamkan ko sorang je boleh pakai nama tu. Kebetulan pulak masa Lara Alana tu lahir aku baru je pregnantkan Alana, gender pun belum tau lagi.

Ok, Alana confirm, tapi nak cari nama gabungan yang belakang tu masalah sikit, En. Syg nak nama bunga, dulu masa aku pregnantkan Aish kitaorang dah finalize "Adelia Jasmine" if andai kata Aish tu girl. So this time En. Syg cakap "Alana Jasmine", tapi aku macam tak nak lah pulak Jasmine tu, so aku keep cari nama lain sampailah 2 hari sebelum bersalin aku dapat nama Nayli tu, dan En. Syg terus berkenan, actually ada a few nama yang aku bagi, tapi dia yang pilih Nayli so ku ikut saja, Sebab kalau tanya aku sampai ke sudah aku nak cari lagi, so ku bagi jelah En. Syg kuasa untuk memilih nama anak dia dari list yang aku ada. Hari keempat terus daftar nama sebab lepas tu terus nak balik Temerloh.

Maksud "Alana" dalam bahasa Arab ialah "terbuka". Tapi aku lebih suka refer kepada makna Alana dalam bahasa Irish iaitu "cantik". Setiap kali panggil Alana ku bayangkan cantik saja, bukan cantik paras rupa je, cantik luar dan dalam ye dik, cantik semuanya, doa mommy tu untuk adik tau.


Celtic Meaning: 
The name Alana is a 
Celtic baby name. In Celtic the meaning of the name Alana is: meaning harmony, stone, or noble.
American Meaning: 
The name Alana is an
 American baby name. In American the meaning of the name Alana is: meaning harmony, stone, or noble.
Gaelic Meaning: 
The name Alana is a 
Gaelic baby name. In Gaelic the meaning of the name Alana is: This name of uncertain origin may be a feminine form of Man, or derived from the Irish Gaelic word for 'child'.
Hawaiian Meaning: 
The name Alana is a 
Hawaiian baby name. In Hawaiian the meaning of the name Alana is: Feminine of Alan awakening.
Irish Meaning: 
The name Alana is an 
Irish baby name. In Irish the meaning of the name Alana is: Beautiful. Dear child.


Maksud "Nayli" dalam bahasa Arab pulak ialah "pencapaianku". Nayli tu aku refer dekat group nama-nama islam. Berpinar mata acik tengok list nama yang gile banyak, dari situlah aku shorlistkan mana yang aku berkenan dan kena dengan nama Alana.  Macam tulah Alana Nayli diberi nama..hehe.



Cantik Pencapaianku binti Asrul Sani


Oklah, bye auntiessss :) Esok mommy update lagi.

Monday, June 22, 2015

Cerita Jaundice Alana

Salam,

Korang ingat tak masa aku mengandungkan Alana dulu, kemain memacam supplement aku telan, susu kambing pun aku minum sebab aku serik gila masa Aish kena prolonged jaundice dulu, kesian tengok baby kecik-kecik lagi kena cucuk ambik darah berpuluh kali, haiiihh tak sanggup nak lalui lagi.

Tapi ye lah, tu ikhtiar aku, kalau dah nak kena, bergelen supplement pun tarak guna..hahahaha. Dah Allah kata Kunfayakun, aku redha jelah, walaupun sengsara..amboii sengsara..ayat tak menahan, ye aku redha, walau bengkak jugak la aku menangis kesian kat anak aku. Aish dulu prolonged tapi tak perlu duduk bawah lampu, asyiklah mengulang pergi KK ambik darah, hadoiiii stress gila masa tu, aku berpantang sambil depressed tau. Sebab tu masa mengandung kali kedua, aku telan memacam yang orang kata boleh elak dari kena jaundice, tapi dah nak kena, nak buat macamana, redha jelah, tarik nafas dan mari kita laluinya sekali lagi dengan tenang..eh?? tenang ke??

Alana lahir hari Rabu, Khamis kitaorang discharge and sebelum discharge paed memang dah sahkan dia takde jaundice. Lepas discharge terus balik rumah mertua kat Rawang. Jumaat tu aku dah mula perasan kulit dia kuning, tapi dalam hati berdoa, kalau kuning pun moga takdelah tinggi sangat, kebetulan Ahad tu aku decide nak balik berpantang kat Pahang, so kitaorang tak buat reportlah kat KK Serendah, aku ingat Isnin baru nak buat report kat Temerloh je. 

Otw balik Pahang Ahad tu, boleh nampak kuning dia makin kuat, haiiihhh susah hati gila dah aku, so Isnin tu pagi-pagi aku terus pergi KK untuk ambik darah, taknak tunggu dah nurse datang, aku tak sabo nak tau kuning dia berapa. Lepas dapat result, kuning dia dah border, naik sikit lagi maka wardedlah kita ye dik. Nurse cakap "ok esok datang lagi ye kita ambik darah lagi" isshhh tu yang akak tak minat tu, ambik2 darah ni..hmmpphhh. Esoknya aku datang, kuning dia makin naik, sepatutnya dah kena warded dah, tapi doktor cakap takpelah esok datang semula, kalau makin naik jugak baru kita duduk bawah lampu. Balik je rumah aku call En. Syg, terus dia datang ambik aku dengan anak2 bawak balik Jelutong sebab kitaorang nak refer paed Alana, kalau kena warded naklah dia duduk tempat selesa sikit.

Rabu, jumpa paed, and paed cakap memang kena duduk bawah lampu sebab kuning dia dah lebih dari border dah..huwaaaa. Tak sanggup dengar Alana menangis masa nurse ambik darah, aku ingat nak room in sekali, tapi biasalah DEMC tu penuh manjang, takde bilik, so terpaksalah tinggal Alana kat hospital, sedih sangat aku rasa, tinggal anak aku dengan orang lain sorang-sorang. 3 hari tau tinggal dia. 

Tapi siang aku tunggu untuk bf dia, aku datang dari pukul 10 pagi sampai 9 malam, duduk dekat tempat menunggu tu sorang-sorang, baca magazine, tengok tv, jalan-jalan dalam hospital..hahaha macam ongila dah aku rasa, 3 hari pulak tu, sorang-sorang pulak tu, tengah berpantang pulak tu, dengan beg pam, beg baju baby, air mineral botol besar, bekal makanan, ke hulu ke hilir aku bawak. Aku ingatkan ramailah mak-mak yang akan menunggu dengan aku tapi surprisingly, aku sorang je..erkkk. Aku tak sanggup nak biar anak aku sorang-sorang, walaupun tak tunggu kat tepi dia, as long as setiap kali feeding aku ada, aku puas hati, boleh tengok dia selalu. 

Aku tak bagi En. Syg tunggu sebab kesiankan Aish, so pagi-pagi buta En. Syg masak bekal pantang untuk aku, hantar aku and tunggu kejap sampai Aish mengantuk baru dia balik rumah, setiap kali Alana bangun, nurse akan call aku untuk bf. Macam tulah 3 hari, sampaikan orang ingat aku bukan dalam pantang. Malam-malam aku bekalkan ebm untuk Alana, kalau ebm yang aku bagi tak cukup baru nurse akan top up dengan fm, aku redha jelah, sebab masa tu aku baru lagi bersalin, susu pun belum banyak, sekali pam dapatlah dalam 2 oz, Alana pulak minum banyak and kerap sebab panas.

Rabu admit, Jumaat discharge, lega sangat aku rasa, sebab kesian tengok dia menangis duduk bawah lampu, susah hati aku ni tak boleh nak ceritalah. Keluar je hospital terus balik Temerloh semula, 2-3 hari lepas tu aku tengok kulit dia masih kuning so aku pergi ambik darah lagi kat KK, tapi lega sangat bila result jaundice dah turun and tak perlu dah datang ambik darah lagi, ya allah syukur.



Setiap kali nak bf dia, memang panas badan dia, sampai naik kering rambut duduk bawah lampu punya pasal, sian anak mommy.

Oklah tu je, bye!

Monday, June 8, 2015

Our little princess

Salam,

Lama betul tak update blog. Dalam pantang hari tu aku update pakai phone je. Habis pantang bz menguruskan 2 anak, bz berpindah randah ke rumah mertua, bz mengemas rumah..eh macam2 bz la, business kecik aku pun tergendala sekali, tak tercapai dek tangan dah rasanya.

Alhamdulillah as of today baby dah 2 bulan lebih, sihat dan membesar dengan jayanya..haha. Aku pun dah start kerja bulan lepas..ni pun ku update pakai phone sambil mengepam kat office. Dah 2 bulan ku bersalin, moh la tengok anak dara aku pulak ye..hehe



Alana Nayli binti Asrul Sani













Rupa dia lain sikit dari Abang Aish, ada iras sipi2 je kot..huhu. Tapi baby ni kan rupa dia bertukar2, selagi tak besar, selagi tu tak tau rupa siapa. Alhamdulillah sangat Alana jenis tak banyak ragam, lepas susu je tidur berjam2, main kejap pastu mentido, malam pun sama, indah terasa dunia mak ko ni dik, berseri-seri berwarna-warni serta gilang-gemilang..kuikui. Moga sampai besar tak banyak ragam ye dik, jadi anak yang mendengar kata dan solehah ye.

Anak 2..hmmmm aku rasa lagi bz dari anak satu kot, tak cukup tangan, kaki pun aku rasa nak pakai buat keje..hahaha but definitely lagi banyak anak lagi bz, tapi bz dalam happy, seronok tengok anak-anak, rasa supermom sangat bila berjaya uruskan diaorang satu hari walaupun letih, tapi sekarang since ada Alana, Aish lagi rapat dengan daddy, sebab sejak aku pregnant pun daddy lagi banyak uruskan Aish. Alana pun kecik lagi, so dia lagi banyak dengan aku, biasalah dah anak banyak kenalah bahagi-bahagi tugas ye dak, londeh seluar mak kalau dedua anak mak kena uruskan sendiri.

Sama macam Aish baby dulu, sekarang Alana dan Aish mertua aku yang jaga, aku and En. Syg berulang dari Rawang, lepas raya ni baru pindah semula rumah sendiri. Sementara nak keras, En. Syg mintak mertua aku tolong jagakan dulu, lepas ni baru bagi babysitter, insyaallah lepas raya ni Alana dah almost 5 bulan, kira yakin sikit la nak bagi orang jaga.

Sekarang duduk dengan mertua belum rasa lagi hecticnya beranak 2, sebab balik kerja, nasi dah siap masak tinggal makan je lagi, kalau nak mandi or sembahyang ada mertua tengokkan anak, esok kalau dah hantar babysitter memang ke mana-mana la aku agaknya, berkejaran tangan sotong buat kerja..wahahaha.

Oklah sekian celoteh hari ni, sok sambung lagi, daaaa.



Wednesday, February 25, 2015

2nd baby: Supplement ibu mengandung

Salam

Masa pregnantkan Aish dulu kan, aku check up bulanan kat KK, so aku memang makan ubat yang KK bagi, seingat aku ada 3 jenis kan, iron, asid folic and vit c. Itulah yang aku makan sampailah Aish genap 6 bulan dalam perut, baru aku tambah vitamin sendiri. Aku beli Neurogain. Masa pregnantkan Aish aku agak jarang minum susu, sebab meloya teramat, bukanlah tak minum langsung, aku tetap minum tapi skip2. En. Syg belikan fresh milk, susu tepung memang tak boleh la masuk tekak ni, kang mula la meloya, dah la kalsium pun aku tak makan makanya hadap la cramp kaki yang agak kerap masa tu..huhu. First pregnancy, ilmu pun tak banyak sangat masa tu, walaupun aku ni memang disiplin makan ubat tapi tetaplah hb rendah, berbulu cik minah rasa sbb dah tahap 2 biji kena telan iron, rendah jugok hb aku tetiap bulan. Penat ku telan bayam and kerang, tetap jugak rendah, kafein pun memang pantang betul-betul masa pregnantkan Aish, in fact aku rasa masa Aish dulu aku lagi disiplin dari sekarang, banyak sangat benda yang aku pantangkan. Alhamdulillah last check up sebelum bersalin hb naik, tu pun takat 11 je kot.

So untuk 2nd pregnancy ni dah banyak belajar dari pengalaman masa Aish dulu, syukur jugak sbb dah kenal ramai member blogger yang sama2 tengah menambah anak, so memasing share apa yang diaorang makan masa mengandung, makanya supplement aku kali ni memang aku rasa boleh buat ko kenyang la. Takyah makan nasi dah, ko telan segala ubat n supplement pun dah boleh kenyang.. wahaha.. Kadang tu lepas dinner, dah elok perut kenyang, baru lah teringat nak minum pati delima, susu kambing, makan kurma segala, adedehhh, nak pulak bila perut dah besar ni, nak terkeluar balik rasanya bila perut penuh sangat.



Second pregnancy ni aku check up sekali je kat KK, so sempatlah jugak makan ubat KK yang 3 serangkai tu, lepas tu aku sambung check up kat DEMC, start 4 bulan sampai 6 bulan aku beli ubat sendiri je. Ni yang aku makan, Vitamin C nak kasi kulit anak cantik, miuhuhu, Neurogain untuk otak baby, VCO sebab orang cakap nanti kulit anak cantik dan dipermudahkan bersalin, kalsium sebab sama macam masa Aish dulu aku meloya nak minum susu, boleh kira berapa kali je aku cramp masa mengandung kali ni and Iberet Folic sebab hb asyik rendah je kan, makan Iberet ni, haaa mencanak-canak ko hb aku sekarang..kuikuii.



Start 7 bulan sampai sekarang aku ambik ubat kat DEMC je terus. Dr kasi Matruelle, doktor ku cakap dah makan ni tak perlu iberet dan neurogain lagi, sebab semua dah ada dalam tu, pastu dia kasi kalsium jugak



So sekarang ni yang aku makan, Vit C tetap aku makan sebab aku ni agak kerap selesema, dulu masa Aish aku telan je ubat klinik, pastu Aish pun tidur je sepanjang hari dalam perut T_T, sekarang tak berani dah, kalau selesema aku telan 2 biji, pastu kang kulit anak dara aku pun aku harap cantik la ye dik, jangan macam kulit mak ko ni. VCO pun aku tak tinggal, aku makan start 6 bulan sampai sekarang, aku beli 2 botol terus hari tu, breastfeed nanti pun aku boleh sambung makan lagi.




Pastu ku telan madu jugak..errr dah habis pun, kena beli lain ni, sebab madu ni aku kongsi dengan Aish, aku tak berani nak beli sendiri takut madu tipu, nak mintak tolong pak mertua belikan nanti, beli dengan orang kenal ni takdelah kita was-was kan. Pati delima tu pun orang cakap elok, pastu aku makan kismis jugak, sebotol kismis aku letak kat rumah, sebotol lagi kat office, pastu officemate chinese aku yang tengah pregnant jugak terpengaruh lalu dia pun beli kismis doa ni..hahahahaha





Sebenarnya kan aku tak berapa suka kurma, tapi mengandung punya pasal, ku telankan jua. Haa tu jelah vitamin and supplement aku masa mengandung ni, kalau ikut orang tua, jangan makan ubat banyak sangat..nanti anak besar susah nak bersalin, gasaklah besor pun asalkan sihat dan kuat ye dok.

Air zamzam aku ada beli hari tu, tapi belum sempat aku minum, habis kena tonggang untuk kereta, sebab kereta kitaorang overheat masa balik CNY baru ni, dah lah tengah jammed, air zam zam je yang ada dalam kereta, amboiii sangat kan kereta aku, aku belum sempat minum dia dulu telan air zam zam..pfffttt.

Oklah tu je kot, bye!!


Monday, February 9, 2015

2nd Baby: Persiapan Barang Baby

Salam,

Dah hampir settle, tinggal headband je lagi, haha over ni!! Baju bajan baby pun dah habis aku cuci semalam, balik ni tinggal nak lipat dan pilih-pilih mana yang nak bawak balik untuk pantang dan mana yang besar dan agak-agak baby belum boleh pakai kita tinggal dulu kat Jelutong, masak nak angkut semua, mau tak muat kereta nanti, sebab anak dah 2, barang aku, barang Aish, barang baby lagi, kang ada yang kena duduk atas bumbung..haha. Lagipun setiap minggu kot En. Syg balik Temerloh tengok aku, kot kalau ada barang penting ku suruh je dia tolong bawakkan.

Memang dari zaman Aish dulu, bila tau je gender dan bila genap je perut 6 bulan, aku akan mula beli barang baby, beli, beli, beli sampai complete semua macam dalam list aku, sebab dah tak larat kot nak shopping sambil membawak perut lagipun kalau start awal, takdelah rush sangat nak membeli tu.

Setakat ni cukup dulu la apa yang aku beli, pakai mana yang ada dulu, baby dah lahir kang baru kita tambah-tambah apa yang patut, walaupunnnnnnnn, mata mak ko ni rambang je semedang..pffttt sabor-sabor (urut dada sendiri)

















Anak dah nak masuk 2 kata ko, so expert dah sikit waktu membeli tu, agak-agak kecik sangat size 3-6 months aku beli size 6-12 months, lantakkan beso sikit..lagipun baju Aish 3-6 months hari tu pun banyak, ada berbelas-belas pasang, kang tak sempat nak pakai baby dah besor dulu. Doakan aku ye, dah nak masuk 35 weeks dah hujung minggu ni, takuiiitttnyaaaaaa..hahahaha, dulu masa Aish excited nak bersalin, sikit pun tak takut, sebab tak pernah tau macamana sakitnya bersalin, kali ni excited jugak, tapi excited dalam kecuakan..kuakakakaka...heee hooo heee hooo heee hooo, berlatih pernafasan...fuhhhhh. Oklah bye!! :)


Monday, January 26, 2015

2nd Baby: List Barang Baby

Salam,

Ok episod kedua pulok..hahahaha. Disebabkan second baby, list barang tu taklah sepanjang first baby dulu, lepas korek sana, korek sini, QC sana, QC sini, ok ni listnya..wuhuuu

BARANG BABY

1) Baju Siang
2) 1 Set Sleeveless Romper
2) 1 Set Short Sleeve Romper
3) Baju Malam Lengan Pendek
4) Baju Malam Lengan Panjang
5) 1 Set Sleepsuit
6) Mitten and Booties
7) 1 Set Napkin
8) Tuala
9) Topi
10) Sapu tangan kecil
11) Blanket/Bedung Set
12) Stokin
13) Baju Jalan
14) Tuam Baby
15) Set Tilam
16) Headband
17) Puting Pigeon Peristaltic Plus dan Slim Neck
18) Soother
19) Baby's Tight

TOILETRIES

1) Bedak
2) Losyen
3) Diaper Rash Cream
4) Minyak Telon
5) Minyak Yuyi
6) Mandian Top to Toe
7) Drypers Newborn 2 pack/ Size S 2 pack
8) Nasal Aspirator
9) Hair Brush
10) Thermometer
11) Baby Wipes
12) Changing Mat
13) Toilet Roll
14) Nail Clipper
15) Toiletries Travel Set
16) Cotton Bud

EQUIPMENT

1) Rocker
2) Carseat
3) Stroller
4) Penyidai Bulat
5) Penyidai Bulat with clipper

BARANG MOMMY

1) Mandian Herba
2) Stokin
3) Set Pantang Shaklee
4) Lulur
5) Leesa Formula untuk Bengkung
6) Gamat Healin
7) Disposable Panties
8) Pad

BREASTFEEDING

1) Autumnz Breastpump
2) Reusable Ice Pack
3) Storage Bottles
4) Ziplock Storage Bag
5) Cooler Bag
6) Washable Breastpads

Ok tu je list barang baby aku, alhamdulillah dah banyak jugak yang settle, aku nak settle cepat-cepat sebelum hujung Feb, sebab sekarang ni aku dah 32 weeks, tinggal sikit je lagi tu, yang merah tu je yang belum settle. Mana yang takde dalam list maksudnya aku recycle je barang masa Aish dulu, mana yang molek tu kita pakai je lah ye. Habis pantang esok kita tambah lagi mana yang tak cukup :)

Seriusly anak lelaki ke or anak perempuan, excitednya beli barang baby tu aku rasa sama je..errr semua pun aku nak kalau ikutkan nepsu ni, tapi aku tahan-tahan, macamkan takde esok ko kan, nak angkut satu kedai aku rasa..pfftttt.

Oklah, tu je, bye!!

Wednesday, January 21, 2015

2nd Baby: Sebelum buat list barang baby

Salam,

Sebelum buat list, kita kena tau apa yang nak dibeli dulu, aku ada 2 rules sebelum beli barang baby, ngade sangat nak rules bagai tau. 

Rule No. 1: kena tau gender, ku tak mau beli baju unisex ni, kalau boy ku nak beli baju yang sesungguhnya boy, kalau girl ku nak beli baju dan barang yang sesungguhnya girl..hahaha. 

Rule No. 2: kita korek balik barang anak sebelum tu, yang mana boleh pakai dan molek lagi, kita kasi je anak pakai, pastu tambah sikit-sikit, jangan membazir, sesungguhnya membazir itu amalan syaitonnn.

Ok rule no. 1 check sebab dah tau gender (errr tu pun kalau betul la, kalau sebaliknya, pasrah je la)

Rule no. 2, baju Aish masa baby dulu kan once tak muat je, terus aku simpan elok-elok, aku letak dalam plastik besar and aku labelkan 0-6 dan 6-12, sampai sekarang pun baju yang dia dah tak muat aku masih simpan, yang buruk pun aku simpan tau T_T, sindrom anak pertama agaknya semua barang Aish aku sayang nak buang walaupun dah buruk, eh tapi aku takkan kasi adik dia pakai la weh yang buruk tu. 

Tau je gender siang tu, malam tu jugak ku suruh En. Syg panjat almari ambik stok baju Aish masa 0-6 bulan..bahahaha. Masa Aish baby dulu semua baju dia aku basuh tangan, so kebanyakan baju dia masa baby masih elok lagi. Aku asingkan mana yang nampak unisex tu aku kasi adik dia, mana yang nampak boyish sangat tu aku kasi akak aku (akak aku insyaallah baby boy, dia bersalin March jugak sama dengan aku)

Siap asing aku kira pulak..hahaha, pastu baru aku plan berapa pasang lagi ku nak tambah sebelum bersalin, lepas bersalin nanti kita beli lain pulak ye dik.



Ok, yang ni lulus buat sementara, boleh la nak pakai time pantang nanti, kot kalau aku pakaikan kat adik Aish aku rasa boyish sangat, aku tanggal terus hulur kat akak aku, dah katanya pantang sesama, "nah Along kasi anak awak" kahkahkah, boleh gitu?? Alahhh adik beradik takdok hal la kan.




Ada orang main lori atas "jambatan" mommy

Aku rasa untuk anak kedua ni memang jimat banyak sangat dah, mana yang elok tu aku pakai je, tapi yang paling jimat barang mommy la kot, banyak ku recycle je macam tshirt besar-besar, nursing bra, kain batik, bengkung, barut baby, tu semua aku pakai time pantang Aish je dulu pastu peram, ngandung kali ni ku korek habis balik semua barang tu..wahahaha. Tapi breastpump ku beli baru and ada a few jugak barang untuk breastfeed aku beli baru, kasi semangat breastfeed berganda-ganda kuasa 18..fuhh fuhhh. Ada orang nak beli tak kalau aku jual Spectra 3 aku..hahaha berat macam tungku wehh, aku ingat nak jual murah-murah je ;p

Oklah sekian bebelan emak kali ini, kita bertemu lagi esok, nak usha jumpsuit baby jap..kihkih. Bye!!




Wednesday, December 31, 2014

2nd Baby: Gender

Salam,

Dah 3 kali scan, dan dah 3 kali jugak dr confirmkan, hopefully memang betul la gender baby tu kan, sebab maknya ni dah beli memacam barang, haha bab shopping excited terlebih, baju baby kan cute, geram-geram je ku tengok.

Korang rasa kan anak aku boy ke girl?? haha nak jugok orang teka lagi, mabuk aku, makanan kesukaan aku, sememeh aku, malas aku, semua sama je masa pregnantkan Aish dulu.

Masa mula-mula pregnant, aku rasa macam boy, tapi bila dah lepas 3 bulan tetiba rasa girl, ntah kali ni aku sendiri pun x sure dengan instinct sendiri, masa Aish dulu all the way memang aku rasa boy, dari mula pregnant sampai masa dr confirmkan gender Aish, betul pulak instinct aku, kali ni macam was-was gitu, tapi memang lepas 3 bulan tetiba je rasa girl..mihihi




Hmmmm..boy ke







ke girl pulok??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Oklah, malas nak mengada sangat, insyaallah kalau betul..





Insyaallah :)





Baju first yang aku beli lepas first scan, kemainnn masa tu baru 18weeks, tapi lepas scan kedua baru berani nak upload kat ig, bahahahah, tak boleh tahan punya pasal, tapi masa aku beli tu aku dah fikir, kalau ditakdirkan anak aku boy, aku kasi orang jelah baju ni. Aku dah 7 bulan ni, alhamdulillah, dah naik 12 kg T_T pun alhamdulillah..hahahaha. Doakan aku sihat sampai bersalin ye, tak sabar nak tunggu baby lahir, nak ngulit si kecik lagi :). Oklah, Happy New Year korang, bye!!





Tuesday, December 16, 2014

Bakal Emak Beranak Dua

Salam,

Tetiba rasa comel..hahahah panggg!!!, jadah betul tetiba nak rasa diri sendiri comel sebab tak lama lagi ada anak 2, comel lagi ke kalau dah tidur pun tak menentu nanti, kelam kelibut uruskan 2 orang anak..comel cam Kak Limah kot..mihihi (gelak tutup mulut)

Alhamdulillah aku dah 26 minggu, lagi 2 minggu dah 7 bulan la, sihat walafiat, mual sikit-sikit tu biasa la, kadang terlebih makan perut sebu pun biasa, penyakit orang mengandung ni tak pernah habis, ada-ada je kan, tapi takpelah asal anak sihat, emaknya pun kira sihat la jugak ni. Barang baby dah hampir complete..hihu, errr aku kan jenis tak sabar, tau je gender satu mall aku nak hangkut, ni pun duk menahan nafsu ni, tunggulah baby lahir dulu baru nak ku tambah apa-apa yang patut lagi, Sekarang anak baru 6 bulan setengah dalam perut, amboii memacam aku dah beli, ni pun dah plan nak pakai baju n topi yang mana satu kat baby masa cucuk sebulan nanti..wahaha over wehh. Iye aku dah fikir ok, dah cari matching tight dah..bahahaha kantoi kuat berangan aku ni, auwww tak saborr.

Bila dah nak masuk 7 bulan ni kan, tetiba rasa macam kejap betul pregnant kali ni, masa Aish dulu, aku rasa macam dah bertahun aku pregnant idok jugak aku beranak. Maybe sebab kali ni dah ada Aish, kalut dengan dia hari-hari, so macam tak perasan masa berlalu. Kadang-kadang bila tengok Aish rasa macam takut nak ada anak 2, mampu ke aku nak uruskan Aish sesempurna aku uruskan dia sekarang, mampu ke aku nak handle 2 orang anak, Aish nanti sayang kat adik ke tak?, Aish nanti jeles tak? Eh, banyaklah aku fikir, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak bersalin, nak tengok muka baby, sama macam Aish ke lain..haha 

Bukan nak cakap aku tak ready ye, cuma aku takut dengan kemampuan sendiri walaupun sebenarnya baby ni memang baby yang kitaorang plan, bukan baby terlajak perahu..wuhuhu. Memang dah plan nak conceive bulan 7 dan bersalin on April masa Aish genap 3 tahun, tapi Allah bagi rezeki awal sikit sebab baby ni conceive bulan 6 dan due on 22 March, alaa due beberapa hari sebelum Aish (9 April) 3 tahun, kira ok la, memang ikut plan asal, lari sikit beberapa hari je..hihu



Abang Aish kesayangan Mommy and Daddy, dah big boy dia.


Sementara belum beradik ni, aku nak spend quality time dengan Aish, layan dia baik-baik and manjakan dia, nanti dah ada adik, kenalah dia berdikari pulak kan. Aku harap sangat Aish boleh terima adik dia nanti, jenuh jugak kalau asyik melalak je, tapi sekarang Aish memang jeles kalau kitaorang pegang baby, tu yang aku risau tu, and sekarang dia manja tahap dewa wehhh, kalau tegur sikit kemain buat-buat nangis, senget-senget mulut melalak mintak pujuk, makin nak ada adik makin manja, lepas tu nak tidur kalau boleh memodot tepi ketiak aku, nak satu selimut dengan aku, minum susu, aku kena baring sekali temankan dia, kalau dia main, dia akan marah kalau aku tinggalkan dia, nanti dia jerit "sit..sitt..sittt" sambil tepuk lantai. 3 bulan lagi sebelum beranak dua, 3 bulan lagi untuk tidur yang lena setiap malam..wuhuhu. Goodluck for me, moga aku jadi supermom nanti :) Bye!


Friday, December 12, 2014

Mengidam wajib

Salam,

Dah 2 kali pregnant maka 2 kali ni jugaklah aku rasa aku ni bukan jenis mengidam yang bukan-bukan dan jenis mengidam yang kalau tak dapat tahap hentak kaki menangis bagai, setakat ni alhamdulillah, kalau aku teringin something kalau tak dapat jam-jam tu aku masih ok, kadang-kadang kalau tak dapat terus pun aku ok jugak. Kira macam teringin je lah ni kot, cuma kalau teringin tahap teringat-ingat tu ku cari la jugak, kalau takat teringin di angin lalu tu takdelah ku layan sangat. Alahhh aku rasa ko pregnat ke tak, teringin tu tetap ada, tapi bila pregnant orang cakaplah mengidam kira kasi special term sket, kalau ko tak pregnant idoklah suami ko nak layan sangat teringin ko, cer kalau pregnant, amboihhh berdesup dia carikan.

Masa pregnant Aish dulu aku addicted makan benda manis, kek coklat, aiskrim magnum, segala yang manis la memang aku suka, pregnant kali ni pun sama semua benda manis aku suka, moga anak aku keluar nanti dengan senyum manis ye dik jangan mommy ko kencing manis sudoh. Tapi kali ni tambah sket addicted tu, aku addicted dengan Set Ikan Bawal kat Mydin USJ..wakakaka, tak glemer langsung..pffftttt, tapi hampir setiap jumaat muka aku la yang bertandang depan stall tu beli set ikan bawal dengan coconut shake..perggghhh sedappp seriuss, tapi minggu ni aku tak gi sebab partner in crime ku cuti





Sebenarnya set bawal tu boleh je nak buat sendiri, ate senang benor, ko goreng je bawal, buat sambal belacan dengan sambal kicap, kari satu..siapp. Tapi tekak mengada ni rasa dia tak sama, nakkkkk jugak yang Mydin punya..wahahaha, maka hampir setiap jumaat, kat Mydin USJ tu la aku bertandang, nasib baik dekat je dengan office..hehe. Oklah bye, minggu depan kena pergi jugak sebab minggu ni aku tak gi. 


Wednesday, November 26, 2014

2nd Baby: Boy ke Girl eh?

Salam,

Semalam aku pergi checkup dan detail scan sekali, benda yang paling excited nak tau mestilah samada baby sihat dan gender dia kan, errr mak tak sabor dah ni nak beli barang baby. Alhamdulillah baby sihat dan sempurna, doktor check jantung, otak, tulang belakang, jari, kaki tangan, eh semua la dia check, organ dalaman pun dia check jugak, siap tengok blood flow lagi, berdebor-debor aku dengan En. Syg..hahahaha..pastu asyik tanya "normal kan doktor", pastu doktor jawab "iye normal, kalau tak normal kita explain". Lubang idom baby pun dia tunjuk jugak..miahahaha, ada 2 lubang, alhamdulillah..kahkah. En. Syg cakap "ni sama macam lubang idom Aish jugak ni" kihkih.

Setakat ni semua normal, alhamdulillah, berat baby ok, uri ok, semua pun ok, moga ok dan baik-baik aje sampai bersalin insyaallah. Yang tak ok, omaknya ni sebulan berat naik sampai 3kg, apa cer?? Penat mak hincik diet memalam makan ringan-ringan je contohnya tak makan nasi tapi makan aiskrim Magnum 2 batang, abis cane?? wakakaka. Somi mak pun, aku mintak sebatang je aiskrim Magnum, dia balik beli 4 batang, terpaksa aku habiskan 2 batang satu malam, pastu pagi esoknya bangun tidur makan Magnum dulu sebelum mandi, pastu merungut badan naik, nak kena pukul ke ko ni, tu salah sendiri tau dok. Sekarang berat aku dah 54kg!!!!, baru nak masuk 6 bulan dah 9kg naik T_T, beranak sok entahlah bertan-tan gamaknya..mihihi, takpelah nak asal kamu sihat, mommy gemok pun takpelah.

Ok jom citer pasal gender pulak, masa belum kahwin dan belum jumpa prince charming..ehemmmsss, aku plan nak anak 4 orang, 2 lelaki, 2 perempuan, amboiiiii sangat, kawen pun belum dah gataiii pikir nak berapa orang anak. Lepas tu masa dah bercinta-cinta dan plan nak kawen dengan En. Syg aku tukar plan nak ada 3 orang anak, 2 lelaki, 1 perempuan. Lepas tu bila dah lahirkan Aish tetiba aku jadi tak kisah, pernah cakap dengan En. Syg kalau ditakdirkan 3-3 anak aku boy pun aku happy je, agaknya bila dah jadi emak, asal anak sihat dah lebih dari cukup untuk aku, gender dah tak jadi keutamaan aku pun. Aku tak tau orang lain, tapi itu yang aku rasa la. Bila tau je pregnant 2nd baby ni, orang akan cakap "kalau lepas ni girl mesti seronok kan" aku senyum je, sebab aku tak kisah, kalau dapat boy pun tetap seronok bagi aku. Tapi aku tetap excited bila tau gender, sebab shopping punya pasal..miahahaha tu yang buat aku over excited bila tau gender.

Orang cakap kalau anak boy, kita suka makan manis-manis, kalau anak girl kita suka makan masam-masam, ke terbalik eh?? aku pun dah tak ingat. Tapi antara dua tu lah. Lepas tu orang akan tanya pregnant kali ni mabuk dia sama tak macam yang first dulu, kalau sama, gender pun sama, kalau lain gender nya lain. Kalau perut ke depan boy, kalau perutnya bulat girl. Kalau berseri girl, kalau tak berseri boy and kadang-kadang terbalik, macam-macamlah cara orang dulu-dulu predict gender, sekarang senang, ko gi je scan terus ko tau baby ko boy or girl, takyah telek sana sini dah..hahaha. Kalau ko tanya aku, simptom masa pregnantkan Aish sama je macam aku pregnant kali ni, semua sama, aku suka makan manis-manis, aku loya kalau sejuk, aku tak suka mandi, aku malas, aku sememeh dan tak berseri, perut aku bloated lepas makan, aku kuat makan walaupun perut bloated..miahahaha. Badan aku banyak angin, asyik kentut dan sendawa je, semua sama macam pregnantkan Aish dulu, so ko rasa?? Boy ke Girl?? Cer bagitahu apa yang ko rasa?? adakah sama macam yang aku rasa dan apa yang doktor nampak semalam?? hahaha tetiba buat teka teki, ok tak kelakar, bye!!



Aish masa 6 bulan

Lepas dah confirm gender semalam, En. Syg cakap "saya dah boleh rasa mesti baby kali ni pun sama je macam muka Aish kan" aka nak cakap macam muka dia la tewwww. Takpe yang, mommy ok je..haha :)



Tuesday, October 28, 2014

Buku Pink Kiteww

Salam,

Amboi ngada sangat tu nak kite jadi kiteww, alaaa sekali sekala bior laaa..husband kitew pantang betul kalau kitew cakap bior laa, dia kata tu perkataan melawan tu, amboiii sangat dia tuuu, orang pahang memang begini bang, suka cakap bior la, kasar dimulut je orang pahang ni, tapi lembut di hati..tak gitu orang2 pahang..hahahaha



Buku pink kedua, moga ada rezeki boleh buat untuk kali ketiga pulak nanti..ehemmss

Kali ni aku buat check up kat private and insyaallah bersalin pun kat private jugak, tapi aku suka nak buat buku pink dulu, ye lah mana tau sok-sok kot nak sambung checkup or bersalin kat government kan, at least aku dah ada buku pink, yakin sikit nak hulur buku tu, lagipun buku pink ni kan detail sikit, dan sebenarnya pun aku lagi suka checkup kat KK, detail sangat berbanding private, tapi bila dah ada anak ni, dah tak larat kot nak tunggu lama-lama kat KK pulak kalau check up kat KK Seksyen 7 nun, orang berbulus2, masa Aish dulu aku checkup kat KK Serendah kat Rawang nun, orang pun tak ramai sangat, tapi dah ada Aish ni larat ke aku nak bangun pepagi buta hantar dia ke rumah babysitter lepas tu rush dari Shah Alam ke Rawang untuk checkup, memang tak sanggup la, dulu single mingle bawak perut je, boleh la kan. So suami cakap gi private je la senang, baiklah saya menurut perintah.

Masa buat buku pink ni aku dah 3 bulan++, benda yang paling aku takutkan adalah masa ambik darah, a'ah serius aku ni penakut, tapi disebabkan ni experience kedua takdelah aku nangis macam masa Aish dulu..kahkah, bengong betul, siap nangis depan bilik nurse tu sebab takut gileee. Kali ni debor-debor sikit je..otai kata ko..kahkah, sok anak ketiga aku dah boleh senyum simpul kot..mihihi.



Kiri buku baru, kanan buku masa pregnantkan Aish dulu, dah rupa belacan.

Insyaallah due date second baby ni on 22 Mac 15, so sekarang aku dah 19 minggu dan alhamdulillah baby membesar ikut minggu, last week dah scan kali ketiga dan gender pun dah nampak, tunggu next month kita detail scan baru aku yakin nak beli barang, moga sihat dan sempurnalah anak aku ni hendaknya. Korang rasa anak aku boy ke girl?? Oklah, bye!


Monday, September 29, 2014

Recycle

Salam,

Hari ni terlupa bawak hp, mati kutu dibuatnya. Pagi tadi tengah 'ikat' Aish kat carseat baru perasan hp tertinggal, tapi idok la aku kose nak manjat 8 tingkat seret si kecik tu semula. Ahhh lantok la tertinggal, nak patah balik bukannya kejap..lama ok, nak dukung si kecik 11kg mau terbersalin pulak kang, nak ku suruh dia jalan sendiri mau pukul 10 pagi baru boleh gerak gi office, jadinya pasrah je lah.

Eh nak tanya, korang buat recycle tak? Aku alhamdulillah dah agak lama jugak buat, dari saje2 jadi seronok la pulak, sekarang pantang nampak barang yang boleh di recycle tak kira kat rumah parents aku atau rumah mertua terus rasa terkemut-kemut nak buang dalam tong sampah, tapi idokla aku larat nak angkut semua barang tu ke rumah aku pulak kan semata nak recycle..hihuuu, jadi terpaksa ku buang semuanya dalam kekemutan..hahahaha ayat gitu pun ada ko ni kannnn.

Alhamdulillah jugak, aku ada suami yang sangat support recycle, yang sama naik mengumpul barang recycle kat rumah aku tu, dan sama naik jugak mengangkut dari tingkat 8 ke tempat recycle setiap minggu. Aku harap sangat moga amalan recycle kitaorang ni dapat aku turunkan ke 5-5 orang anak aku nanti, eh 5 ke?? ;p












                                Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..ye dok :)

Bye!!


Friday, September 12, 2014

Hai :)

Salam semua

Lama tak update melayan kepala yang berputar dengan loya kat tekak..haha. Alhamdulillah dah 3 bulan, baby pun sihat walafiat macam maknya jugak, aku ni pesen kalau mengandung, loya tekak dan pening kepala je yang kuatnya, tapi insyaallah bab makan tak pernah miss, dan aku bukan jenis muntah, masa Aish dulu sekali je aku muntah, dan untuk pregnancy kali ni sekali pun belum muntah lagi. Aku ni baru 3 bulan tapi aku dah gain weight sampai 4kg, seluar ke baju kurung ke semua dah tak muat :D. Hari tu doktor dah tanya "bila nak minum air gula?"...hahaha terus aku cakap..errrr next appointment la..kihkih.

Sekarang tengah pening kepala fikir nak bersalin kat mana, dulu masa Aish senang sebab adik ipar aku ada kat Hospital Selayang, sekarang dia dah transfer ke Johor. So sekarang aku tengah survey hospital, mana yang dekat dan senang kat situlah aku bersalin kot. Lepas tu sekarang kemain excited dah buat list barang yang nak dibeli untuk baby, over dok, nama pun dah start cari..haha excitednya. Tapi aku rasa untuk anak kedua ni perbelanjaan nak beli barang tu kurang dari anak pertama dulu, sebab banyak barang Aish yang ada and masih elok lagi, walker ada, stroller ada, mainan berkoyan-koyan, buku pun banyak, tapi aku beli la jugak baju baru and barang-barang baru kat adik nanti, takkan semua pun nak pakai yang Aish punya, siannnn adik.

Hmmm apa lagi eh, haa aku tak sabar nak tunggu mabuk hilang, aku nak berjalan..haha, sepanjang mengandung ni aku takde mood nak jalan sangat, dah lama gile kot tak pergi mall, tak pergi Giant or Mydin beli barang dapur, rutin aku hari-hari pergi keje balik keje, pastu aku menepek kat rumah, masak idak, sapu rumah pun idak, sikit lagi rumah aku upgrade jadi hutan la tu kot, nasib baik jugak adik ipar nak datang minggu depan, so cuti ni aku wajib menebas rumah..kehkehkeh. Kalau jalan pun tahap seret2 kaki je, pergghhh habis terpaksa weh tapi takpe kumpul pahala namanya tu, sakit tu kan penghapus dosa, dosa pulak menggunung-gunung, tu lama sket Allah kasi mabuk tu..haha, kasi tarah dosa yang menggunung tu biar sampai jadi bukit je :)

Oklah tu je nak cerita, next week aku paksa diri update lagi, tetiba rindu nak aktif berblog semula, nak share experience mengandung kali kedua ni, esok-esok dah bersalin boleh baca balik kan. Bye!!


 
Adik Aish masa 8weeks 5 days pregnant anddddd

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

it's a GIRLLLLL!!!!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

hahahaha acah je, bye!!

Friday, August 15, 2014

Anugerah Terhebat

Salam,

Eh aku berjaya update lagi hari ni..wakaka..takde apa pun nak cerita, dah lama ku pikirkan, nak cerita ke idok ke tunggu dulu ke cerita je ke rahsia dulu ke bagitau je ke..eh banyak sangat "ke" kau kan. 

Alhamdulillah Aish dah 2 tahun 4 bulan, setiap kali tengok Aish aku selalu cakap dengan En. Syg, anak adalah achievement terhebat dalam hidup aku, lebih hebat dari aku dapat degree, lebih hebat dari aku jatuh cinta dan kahwin dengan suami sendiri, lebih hebat dari aku dapat kerja dengan gaji yang aku puas hati, lebih hebat dari segala-gala yang aku ada dan capai dalam dunia ni, senang cerita terhebatest la..kuakakaka. 

Betul, aku rasa semua emak pun akan rasa apa yang aku rasa. Mau tak hebat, sebab aku berjaya menahan pening loya sakit pinggang, bangun kencing malam berkali-kali, bawak perut berat sampai 38 minggu 5 hari. Mau tak hebat, aku yang paling takut sakit ni berjaya melahirkan Aish dengan kesakitan yang paling hebat sekali dari pukul 2 pagi sampai 12.30 tengahari. Mau tak hebat, pantang dengan keadaan stress sebab Aish jaundice hampir 2 bulan, menangis aje kerja aku sebab tengok tangan and kaki kecik tu asyik kena cucuk je. Senang cerita kita emak yang hebat jugak ye dok.

Di sebabkan itu kitaorang decide untuk mencapai kehebatan untuk kali kedua..eh apa ayat aku ni..kahkah. Alaa senang cerita kitaorang decide untuk menambah ahli keluarga sebab memang kitaorang plan bila Aish dah 2 tahun lebih sikit je, aku nak pregnant semula, kalau boleh nak next baby lahir on April jugak masa Aish genap 3 tahun nanti.



Our one and only greatest achievement at the moment

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Alhamdulillah lebih cepat dari yang di plan





Sudah ku bagitau di Insta beberapa minggu lepas (haaa tulah sapa suruh tak follow, kan dah lambat korang tau) haha bajet retis sangat semua org nak follow insta ko, EDD 22 March 2015, cepat beberapa hari dari birthday Aish on 09 April, alhamdulillah rezeki awal namanya tu..hehe.

So sekarang dalam fasa mabuk kepayang, and this time sama je simptomnya macam Aish dulu, loya dan pening sepanjang hari, mulut pahit, perut sebu, lapar memanjang, seriusly sikit masa lagi idom ahkak macam serombong kapal..kuakakaka sebab banyak makan and idomku bakal mengembang bak juara gitu. Tapi yang tak best sikit kali ni mukaku teruk gilaaaaaaaaa, naik bintik2 and jerawat kecik2 tu, nak jumpa orang pun malu, masa Aish dulu kulit lawoooo je, jerawat pun xdop, xpelah dugaan idop namanya..hihihi.

Aku ni pesen kalau mengandung, instinct tu kuat sikit, sama je macam Aish dulu, period belum due tapi aku dah tau aku pregnant, kali ni pun macam tu jugak, beberapa minggu sebelum test upt dah cakap dengan suami "saya rasa saya pregnant la" ayat yang sama ku ulang-ulang 80 kali sampai suami ku cakap dia rasa berdebar-debar..hahaha ngada sangat ko tau bang, sebab suamiku tu memang dah tak sabar nak menambah baby, saje je ku tahankan jebat dulu.

Aku dah tak sabar nak test UPT tapi suami ku tak kasi, dia suruh tunggu sampai delay period dulu. so lepas 2 hari delay baru aku test, masa test tu kiranya aku dah 4 minggu 2 hari la kan, positive je senyum lebar cik abang..suke lettewww. Aku tau pun masa bulan puasa hari tu, sempatlah tinggal 5 hari puasa sebab mabuk kepayang dah datang..hihi. Sekarang dah 8 minggu, tapi belum gi scan lagi, weekend ni nak pergi. 

Doakan aku dan baby ye, moga mudah semuanya sampai melahirkan. Seriusly aku tak kisah pun anak aku boy or girl, sebab doa aku selalu moga anak aku sempurna akal dan fizikalnya, panjang umurnya, berkat hidupnya, anak yang berilmu dan beramal soleh, itu lebih dari cukup bagi aku, kalau dapat boy merasalah aku tua nanti ada 2 anak teruna, fuhh cool je rasanya, kalau girl, adalah teman mommy shopping, pun cool jugak..hahahaha, dalam tak kisah tu pun tak sabar jugak nak tau gender baby kot..hehehe, be good ye baby, weekend ni mommy gi telek awak. Doakan jugak kali ni aku berjaya menjadi emak terhebat buat kali kedua..kikiki kena hebat ganda 2 sebab dah ada 2 anak, tahap kelam kabut of course meningkat nanti nak handle 2 orang anak, bak kata Mommycha londeh penda..kakaka. Oklah bye!! nak layan mabuk kepayang balik ni, berejam kot aku taip entry ni.