Klik Jommm

Thursday, August 14, 2014

Raya 2014

Salam semua,

Hehe, selamat hari raya, aku tau dah lambat tapi tetap nak update jugak, nak boh gambo kitaorang. Tahun ni kitaorang beraya di Pahang, syok jugaklah sebab kebetulan musim buah, Pa aku ada dusun sendiri, kecik je tapi puas jugaklah duk makan buah je, orang raya, Pa aku dengan para lelaki sekalian duk berulang alik panjat pokok nak petik buah. Paling aku suka manggis, first time Aish makan manggis seumur hidup dia..hehe and dia suka!!.

Aku start cuti raya dari hari Jumaat lagi, sebab aku marathon beli baju raya untuk anak beranak aku ni, satu hapah tak beli, untung jugak la shopping last minute, semua pun dapat harga murah dari biasa, tapi penat weh, berkejaran ke sana sini, cari baju raya pertama, pastu gi cari baju kasual pulak, pastu terbeli karpet pulakk..hahaha biasalah pompuan, nak beli baju terbeli karpert..gituuuu, udah orang kasi murah ku hangkut haje la kan, aku memain je mintak murah, sekali dia kasi..ehhh hangkut..hangkut.

Aku kalau balik Pahang peel malas menjadi2, pulak skang memang aku asyik tak sihat je, berganda2 malasnya, ma aku masak sedap dikurniakan along yang rajin memasak dan adik ipar yang rajin jugak..wahhhh heaven la idup aku..kuakakakaka. Aku tolong la jugak, tapi aku bukan main chef..aku tolong sipi-sipi gitu. Tapi aku malas bab masak je, tang lain aku rajinnnnnnnn, malam raya tu tidur pukul 3 pagi sebab jahit sampin and seluar baju melayu Aish, dah shopping last minit kan, sekali seluar labuh sangat and getah sampin besar sangat, terkulat2 ko berjaga sengsorang menjahit.

Raya Pertama kitaorang langsung tak sempat berjalan pun, sebab orang datang non stop, sekali datang bukan 1 kereta, berderet2 macam kenduri dah haaa, 2 kali kot kitaorang siap nak keluar, baru nak langkah kaki, dah datang lagi orang, memang tak sempat, sudahnya, duk rumah je la masa raya pertama tu.

Eh dahlah moh tengok gambar, Aish ni memanglah susah sangat kalau ko nak ajak bergambar, nak lari sesaja, lepas tu dia tak nak pakai songkok, ikut mu lah nak, asal jangan bogel sudah.










Baju royal blue kitaorang ni baju marathon tau, nasib baik dapat warna ni untuk kitaorang bertiga..huhu


Kitaorang tetiap tahun memang tema sama untuk satu family, kalau merah, semua merah, kalau royal blue, royal blue la semua, belah aku macamtu belah mertua pun gitu jugak, tapi Pa aku ni tetiap tahun dia pakai baju putih dia ni, ko beli baju melayu warna tema sekalipun dia takkan pakai, dia simpan je, dia nak pakai baju putih ni jugak, tahun depan kitaorang nak komplot sorok baju ni, tetiap tahun pun baju ni dia pakai..kuakakaka



Ni lah family aku, family Along je takde, sebab pagi2 dia dah keluar ke belah suami dia. so kitaorang je la yang ada haa, baju aku tu saiz XS tau, tapi besor kemain, macam mengandung 6 bulan dah aku tu..wuwuwuwu..salahkan baju, mula masa beli aku ingat kurung pahang, sekali kurung moden, pesal gedabak sangat ntah.

Ok, tu jelah cerita raya saya yang tak seberapa, sekian terima kasih, bye korang :) Teringin nak update hari-hari tapi aku malas gile nak label gambo..pffftttt tu pasal asyik tak berupdate je blog ni sampai suami asyik tanya je, ko ni bang suka tau admire i sebagai seorang blogger, asyik suruh i update je sebab u nak baca kan..kikiki. ok bye.

3 comments:

  1. haha.. part baju putih tu same ngan atuk ciknaa.. dia sorang je putih dalam gambor..

    ReplyDelete
  2. baru nak tnye..pregnant ke? hahaha baju beso rupenye

    ReplyDelete
  3. br nak tny mengandung ker? tp baju besar yek.. ihihih ok caya... selamat hari raya erin...

    ReplyDelete