Salam,
Lepas ni adik pun NO BUAI, hopefully adik Aish nanti jenis senang tidur siang and malam..kikiki, boleh mak ko rehat lebih sikit ye. Oklah, bye!!
Selamat Hari Jumaat, sekejap betul aku rasa minggu ni, tup-tup dah Jumaat and of courselah happy kan..hahahaha, ada orang tak happy bila dah hari Jumaat?? Pelik ni..keskes. Ni nak cerita pasal anak bujangku nan seorang tu, masa pregnantkan Aish dulu aku dah bersemangat waja dengan slogan NO PACIFIER AND NO BUAI, eh aku rasa kebanyakan emak2 first time ni memang itula slogannya, yelah tak pernah ada anak, so ko tak tau peel seorang anak ni macamana, mampu ke idok ko nak handle dia tanpa buai dan puting, so semangat untuk tidak memutingkan dan membuaikan anak tu memang membara-bara la kan, lagipun sebenarnya doktor dan nurse sendiri pun tak galakkan kita ajar anak berbuai dan berputing dan aku tak nafikan seeloknya kalau anak ko ok, janganlah ko ajar dia berputing and berbuai segala, sok kalau dia dah addicted, haaa jenuh ko nak berentikan dia.
Aish dari hari pertama dia lahir alhamdulillah, dia jenis tidur malam dan berjaga siang, so takdelah aku ni sengguk-sengguk tetengah malam duk meneman baby berjaga, tapi dia kerap bangun malam untuk menyusu, biasalah baby kan kuat menyusu nak pulak baby boy, dia takde keje lain, ituuuuuu je dia ingat..hahahaha.
Tapi..tapi..tapi, dia adalah sangat dan teramat susah tidur siang, ko tepuk-tepuk, dodoi-dodoi dia sampai berasap tangan, once ko berenti je dan pergi ke tempat lain, auto dia terjaga dan menangis, tak sampai seminit pun ko tinggal tau, so waktu siang aku adalah caca marba, terkejor-kejor nak makan, kadang makan sambil meriba dia yang menangis, tercekik-cekik ku rasa, kadang ku makan biskut kering je, tak sempat nak tinggal, pergi basuh beras pun tak boleh, kalau ko sibuk nak buat kerja, maka satu hari lah dia berjaga dan tak tidur dan menangis. Pernah masa balik rumah sendiri kejap duduk berdua dengan Aish (masa tu tengah cuti bersalin lagi), aku sakit perut gile nak gi toilet, baru ku tinggal kejap, dia dah terjaga dan menangis..waaaaaa, tahanlah hajat besor aku tu sampai la suami ku balik kerja malam tu, dari pagi membawak ke malam mengemut2 aku ni, sabooooo je la ko ni nakkkk.
Kitaorang start hantar Aish ke rumah pengasuh masa Aish dah 5 bulan, sebelum tu mertua aku yang jaga Aish, so memang takde problem sangat la kan kalau dia tak tidur siang, sebab mertua aku sangatlah cermat dan memang tak tinggal Aish, diaorang bergilir-gilir jaga, tapi bila dah hantar pengasuh dan dah faham dengan peel anak sendiri, aku pesan je la dengan pengasuh, takpe acik buaikan je la kalau dia takmo tidur, abis takkan aku berkeras takmo buaikan dia, kang tak jadi kerja pulak pengasuh tu duk hadap anak aku, walaupun Aish berbuai kat rumah pengasuh kitaorang tetap tak beli buai untuk Aish kat rumah dan still Aish memang tak tidur siang, weekend memang aku tak buat kerja sangat pun, rumah ku bagaikan hutan Tropika..kuakakaka sebab anak aku takmo tidur. Sampailah Aish 10 bulan barulah kitaorang ada buai kat rumah, tu pun lepas ku rayu2 En. Syg, sebab aku tak tahan dah, aku tak larat mendodoi dan menepuk non stop, aku tak larat tahan lapar malam-malam sampai suami aku balik dan barulah boleh bergilir makan and bergilir mandi dan etc etc etc.
Maka pada usia 10 bulan tiada lagi slogan NO BUAI, ngada sangat ko kan, padan muka 10 bulan hidup ku tak menentu..hahaha over sangat statement aku ni..kahkah.
First time Aish tidur buai kat rumah sendiri, tetiba aku rasa sunyi, dia tidur sejam lebih tau, tak pernah dia tidur siang selama tu dengan aku, terkagum-kagum dengan kehebatan buai..wakakaka
Itu cerita berbuai, moh cerita macamana nak stopkan dia berbuai pulak, anak-anak buah aku pesen berbuai dari baby lagi, 3 orang anak buah aku memang dah biasa berbuai dari kecik dan sampai satu tahap diaorang sendiri yang reject buai, meronta-ronta taknak tidur berbuai dah..goooddd, tapi Aish tidak ye, kalau tak dapat buai yang buat dia meronta-ronta, pernah sekali kitaorang test pergi bercuti dan tak bawa buai, masa tu Aish dah setahun 10 bulan, kitaorang pergi Teluk Batik, maka satu malam kitaorang tak tidur sebab Aish meratap hiba merindukan buai, menangis la dia sepanjang malam sampai kitaorang terpaksa bawak dia bersiar-siar dalam kereta pukul 3 4 pagi semata nak bagi dia tidur. Lepas tu memang surrender la, kitaorang tak bawa Aish bercuti pun dah sebab serik. Bila Aish dah 2 tahun aku cuba berhentikan dia buai, sehari dua menangis tu biasalah kan, aku dah siap tanggal dan simpan buai sampailah tiba-tiba Aish kena HFMD, dia menangis siang dan malam sebab ulser kan pedih, tak tidur siang malam tau, dengan aku pun tak tidur sekali, Aish nangis, aku pun nangis dan akhirnya aku suruh En. Syg bukakan balik buai, sepanjang malam dia tidur dalam buai walaupun setiap sejam dia terjaga and menangis, tangan aku ni non stop buaikan dia nak bagi dia lena, berhari-hari macam tu sampailah HFMD dia sembuh. Lepas tu melekat balik la kawan tu dengan buai kannn.
Sampailah beberapa minggu lepas kitaorang decide..ok that's it, kita kena berhentikan jugak Aish berbuai, or else sampai bila kan, nak pulak dia dah nak dapat adik ni, memang wajib kitaorang hentikan dia berbuai, so satu malam tu masa dia menangis mintak buai, dan-dan tu jugak En. Syg buka dan simpan buai tu, maka menangis mendayu-dayu la dia kat kaki aku, dah habis pujuk, ku biarkan je dia menangis sampailah dia tertidur sendiri. Sorry Aish, mommy kena tegas kali ni, or else sampai bila kan, dan magicnya satu malam tu je la dia menangis, lepas tu dah ok, alhamdulillah, kitaorang pun tak sangka senang sangat sebenarnya nak berhentikan dia berbuai, cuma kita lah yang kena kental sikit, adalah jugak 2 3 malam lepas tu dia menangis teringat buai tapi tak lama macam malam first tu, sekarang dah senang dia tidur sendiri, tak payah ku tepuk bontot sampai berasap tangan..hehehe
Lepas ni adik pun NO BUAI, hopefully adik Aish nanti jenis senang tidur siang and malam..kikiki, boleh mak ko rehat lebih sikit ye. Oklah, bye!!
yeay! macam afiq jugak..selalu kat rumah mmg berbuai, senang makpak nya cepat sikit tido.skrg ni bawak berbaring sama-sama. bagi susu, golek-golek nyanyi abc, tau-tau senyap dah..tinggal 1 je buat kat rumah :)
ReplyDeletelega kan bila anak dah tido x berbuai...ain skang ni budak2 ni siang je tido berbuai..malam memang tido atas katil...mula2 dulu pun siang malam nk kene berbuai...lepastu baru boleh angkat..skang ni xpayah dah..suruh masuk bilik..tutup lampu..n tido dengan sendirinya..yang adik pun mcm tu gak..malam tido sendiri...lega sikit..kalau x jenuh nak berhenjut siang malam kan..
ReplyDeleteAish pun skang dh tak tido buai..akk yg sengaja letak sbb nak bg dia tido lama..tp aish akk mmg jenis sng tido je skang..masa dia blm sethun tu hah yg payah sikit tido siang..lega sikit skang..skang kalau dia xngantuk letak dlm buaian dia xmo dok..haru!
ReplyDeleteHandsome aish erin tau...suka tgk..
Alolo kesian Aisy..comel sgt tgk time dia tdo tu..
ReplyDeletemmg kena kental la ye smgat nk suh stop buai tu..hukhuk..
Anak aku pon susah nak tdo siang..bg la buai ke, tepuk bontot ke klau dah mmg tanak tdo dia tak akan tdo..huaaa jenuh kekadang tu siang hari tdo dlm sejam lbh je dr pagi bawak ke ptg..
Tp takde nangis ape cuma nak main je lah, and kena duk bertempek ngan dia 24 hours..
Lain anak lain ragamnye kan, hehe..