Klik Jommm

Tuesday, October 28, 2014

Buku Pink Kiteww

Salam,

Amboi ngada sangat tu nak kite jadi kiteww, alaaa sekali sekala bior laaa..husband kitew pantang betul kalau kitew cakap bior laa, dia kata tu perkataan melawan tu, amboiii sangat dia tuuu, orang pahang memang begini bang, suka cakap bior la, kasar dimulut je orang pahang ni, tapi lembut di hati..tak gitu orang2 pahang..hahahaha



Buku pink kedua, moga ada rezeki boleh buat untuk kali ketiga pulak nanti..ehemmss

Kali ni aku buat check up kat private and insyaallah bersalin pun kat private jugak, tapi aku suka nak buat buku pink dulu, ye lah mana tau sok-sok kot nak sambung checkup or bersalin kat government kan, at least aku dah ada buku pink, yakin sikit nak hulur buku tu, lagipun buku pink ni kan detail sikit, dan sebenarnya pun aku lagi suka checkup kat KK, detail sangat berbanding private, tapi bila dah ada anak ni, dah tak larat kot nak tunggu lama-lama kat KK pulak kalau check up kat KK Seksyen 7 nun, orang berbulus2, masa Aish dulu aku checkup kat KK Serendah kat Rawang nun, orang pun tak ramai sangat, tapi dah ada Aish ni larat ke aku nak bangun pepagi buta hantar dia ke rumah babysitter lepas tu rush dari Shah Alam ke Rawang untuk checkup, memang tak sanggup la, dulu single mingle bawak perut je, boleh la kan. So suami cakap gi private je la senang, baiklah saya menurut perintah.

Masa buat buku pink ni aku dah 3 bulan++, benda yang paling aku takutkan adalah masa ambik darah, a'ah serius aku ni penakut, tapi disebabkan ni experience kedua takdelah aku nangis macam masa Aish dulu..kahkah, bengong betul, siap nangis depan bilik nurse tu sebab takut gileee. Kali ni debor-debor sikit je..otai kata ko..kahkah, sok anak ketiga aku dah boleh senyum simpul kot..mihihi.



Kiri buku baru, kanan buku masa pregnantkan Aish dulu, dah rupa belacan.

Insyaallah due date second baby ni on 22 Mac 15, so sekarang aku dah 19 minggu dan alhamdulillah baby membesar ikut minggu, last week dah scan kali ketiga dan gender pun dah nampak, tunggu next month kita detail scan baru aku yakin nak beli barang, moga sihat dan sempurnalah anak aku ni hendaknya. Korang rasa anak aku boy ke girl?? Oklah, bye!


6 comments:

  1. memang belacan abes tu rin hahahahaha.
    marilah kita together2 pegang tgn bersalin bersama-sama nanti rakan sepermengandunganku...
    hiks!

    ReplyDelete
  2. Oh..rindu nya aku pada buku pink ittew duhai kak rin ku sayang..
    andai ada peluang lagi...

    semoga perjalanan pregnancy mu lancar dan urusan delivery mu nnt dipermudahkan rin.
    Amiin. :)

    ReplyDelete
  3. heheh...insyaAllah..sepasang kot...

    ReplyDelete
  4. ihihih aku doakan girl.. mesti mu nak girl kan... =)

    ReplyDelete