Klik Jommm

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Belated Birthday

Salam,

Ni cerita masa aku balik Temerloh disember hari tu, birthday Ma aku 27 September dan birthday Pa 16 Disember. Masa aku balik ada la jugak adik lelaki aku yang no. 5 tu balik, dia ajak adik bongsu aku beli kek untuk celebrate birthday parents aku.

Aku rasakan orang pregnant ni memang murah sangat rezeki dia kan, 2-3 hari sebelum balik Temerloh tu aku memang teringin sangat nak makan kek Secret Recipe, tapi tak tercakap kat En. Syg pun, padahal kedai Secret Recipe dengan rumah aku sangatlah dekat. Rezeki sangat adik aku balik dari beli kek tu dia bawak kek Secret Recipe..wuwuwu, aku ni nama je orang Temerloh, bukan aku tau sangat kedai apa yang ada kat Temerloh tu, Secret Recipe pun aku tak tau ada rupanya..wahahaha, aku kalau balik kampung memang aku memerap dalam rumah je, gi bandar Temerloh tu pun tidak sekali, ada la jugak aku pergi tapi jarang bebeno, memang balik kg duk dalam rumah je..hihu. Lepas tu kan dia beli pulak kek chocolate + cheese, memang rejeki sangat sebab aku memang suka T_T.




Happy Belated Birthday Pa and Ma







Pa sorang je interframe sebab ma segan..alalalalahaiiii, Takpelah Ma tiup dari kejauhan je yeh. Yang penting aku makan portion paling besor, lepas tu esoknya sambil masak lunch sambil korek fridge makan lagi..bahahaha. Oklah tu je, bye!!


Tuesday, May 6, 2014

Happy Belated Birthday Husband!

Salam,

Errr dah almost sebulan kot birthday suamiku..bahahaha..barulah terkemut-kemut nak update pasal birthday dia. Suami saya lahir pada 16 April 1983, cer kira umur dia berapa, ye, sekarang kitaorang sebaya, sebelum June menjelma dan menambahkan lagi angka kepada umur saya..ye jugak, saya tua dari suami, errr 10 bulan tua je kot, tapi disebabkan tahun yang berbeza, tetiba jadi aku ni tua setahun, ini tidak adil!!

Kalau birthday orang lelaki ni, yang paling payah sekali adalah memikirkan hadiah apa yang sesuai nak bagi dia, kalau perempuan, senang aje, memacam ko boleh beli, barang orang lelaki ni terhad sikit. Tapi nasib baik jugak beberapa bulan sebelum birthday, En. Syg dah mintak nak shaver, ok senang la gitu, tak payah mak pening nak pikior, bila time nak beli, ehhhh taknak pulak, dia cakap nak kasut kerja pulak, ok kasut kerja it is, sekali ajak beli, ehhhh taknak apa-apalah, simpan je lah duit awak. Dah guane ko ni bang, jap nak, jap taknak. Jenuh aku pikir nak belikan apa ye, di sebabkan lately dia begitu suka bersukan so mari beli sesuatu yang memang dia perlu sekarang. Bila aku cakap nak beli kemain dia tolak, tapi bila dah sampai kedai, eh senyum2 dari kejauhan I nampak..hohohoho




 Ok, seriusly aku tak faham, apa keheyyy nya gambo ni tak boleh rotate, eii aku sebat ko kang tau la

Dahlah, malas nak fikir, ohh ohhh lupa pulak masa 16 April tu hari Rabu, so aku pun ajaklah suami makan kat luar sebab aku nak belanja, dalam kepala dah set nak ajak makan steamboat, tapi suamiku taknak sebab dia cakap dia penat dan taknak pergi jauh-jauh, dan akhirnya ke Secret Recipe dekat rumah je la..and end up suami ku yang belanja..kihhhkohhhkihhh, siapa suruh taknak makan steamboat ye dok, kalau tak dapat makan free.



 Hi sayang mokmok, i love you lah!



Hi Aish Yusuf, Mommy love u too













Marble Cheese, my fav

Happy birthday sayang, next month kita tambah present lagi, macam tak cukup la yang tu :) gahahaha..matikla, birthday je pun siap nak buat 2 episod..pffttt

Oklah bye, dah la acik puasa hari ni, tengok makanan semua menggiurkan..haihhh "-_-