Klik Jommm

Tuesday, June 30, 2015

Alana Nayli

Salam,

Ok hari ni nak cerita pasal nama anak kedua aku ni, sama macam Aish jugak, En. Syg nak semua nama anak-anak bermula dengan huruf A, amboiii anak-anak ye, macam ramai je bunyinya ;p. Sebab pertama, nama En. Syg pun bermula dengan huruf A dan sebab kedua, dia nak anak-anak dia jadi berani, sentiasa ke depan dan sentiasa bersedia, sebab kalau kat sekolah kan nama yang bermula dengan huruf A yang akan dipanggil dulu, I is ok aje.

Sebelum pregnantkan Alana, aku memang ada cari nama yang bermula dengan huruf A, tapi nama baby boy, sebab entah kenapa aku asyik rasa anak kedua aku nanti boy. Tapi nama tu asyiklah direject dek lakiku..ppffftttt. En. Syg pulak memang dah decide kalau ada baby girl nanti dia nak nama Alana, nama tu dia dah cakap lama dengan aku, even before aku pregnant dan even before Lara Alana tu lahir ok, so kitaorang tak tiru nama dia..bahahaha, masa tau Scha Awal bagi nama anak dia Alana terus macam alaaaaaaa...bahahaha over gile, macamkan ko sorang je boleh pakai nama tu. Kebetulan pulak masa Lara Alana tu lahir aku baru je pregnantkan Alana, gender pun belum tau lagi.

Ok, Alana confirm, tapi nak cari nama gabungan yang belakang tu masalah sikit, En. Syg nak nama bunga, dulu masa aku pregnantkan Aish kitaorang dah finalize "Adelia Jasmine" if andai kata Aish tu girl. So this time En. Syg cakap "Alana Jasmine", tapi aku macam tak nak lah pulak Jasmine tu, so aku keep cari nama lain sampailah 2 hari sebelum bersalin aku dapat nama Nayli tu, dan En. Syg terus berkenan, actually ada a few nama yang aku bagi, tapi dia yang pilih Nayli so ku ikut saja, Sebab kalau tanya aku sampai ke sudah aku nak cari lagi, so ku bagi jelah En. Syg kuasa untuk memilih nama anak dia dari list yang aku ada. Hari keempat terus daftar nama sebab lepas tu terus nak balik Temerloh.

Maksud "Alana" dalam bahasa Arab ialah "terbuka". Tapi aku lebih suka refer kepada makna Alana dalam bahasa Irish iaitu "cantik". Setiap kali panggil Alana ku bayangkan cantik saja, bukan cantik paras rupa je, cantik luar dan dalam ye dik, cantik semuanya, doa mommy tu untuk adik tau.


Celtic Meaning: 
The name Alana is a 
Celtic baby name. In Celtic the meaning of the name Alana is: meaning harmony, stone, or noble.
American Meaning: 
The name Alana is an
 American baby name. In American the meaning of the name Alana is: meaning harmony, stone, or noble.
Gaelic Meaning: 
The name Alana is a 
Gaelic baby name. In Gaelic the meaning of the name Alana is: This name of uncertain origin may be a feminine form of Man, or derived from the Irish Gaelic word for 'child'.
Hawaiian Meaning: 
The name Alana is a 
Hawaiian baby name. In Hawaiian the meaning of the name Alana is: Feminine of Alan awakening.
Irish Meaning: 
The name Alana is an 
Irish baby name. In Irish the meaning of the name Alana is: Beautiful. Dear child.


Maksud "Nayli" dalam bahasa Arab pulak ialah "pencapaianku". Nayli tu aku refer dekat group nama-nama islam. Berpinar mata acik tengok list nama yang gile banyak, dari situlah aku shorlistkan mana yang aku berkenan dan kena dengan nama Alana.  Macam tulah Alana Nayli diberi nama..hehe.



Cantik Pencapaianku binti Asrul Sani


Oklah, bye auntiessss :) Esok mommy update lagi.

Friday, June 26, 2015

4 Tahun



25 Jun 2011 - 25 Jun 2015

Alhamdulillah dah 4 tahun kitaorang kahwin, dan alhamdulillah dah berempat pun. Moga berpanjangan jodoh kitaorang dan berjaya membesarkan anak-anak menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Happy Anniversary Sayang, lepas raya kita dating berdua ye :)

Bye!!


Monday, June 22, 2015

Cerita Jaundice Alana

Salam,

Korang ingat tak masa aku mengandungkan Alana dulu, kemain memacam supplement aku telan, susu kambing pun aku minum sebab aku serik gila masa Aish kena prolonged jaundice dulu, kesian tengok baby kecik-kecik lagi kena cucuk ambik darah berpuluh kali, haiiihh tak sanggup nak lalui lagi.

Tapi ye lah, tu ikhtiar aku, kalau dah nak kena, bergelen supplement pun tarak guna..hahahaha. Dah Allah kata Kunfayakun, aku redha jelah, walaupun sengsara..amboii sengsara..ayat tak menahan, ye aku redha, walau bengkak jugak la aku menangis kesian kat anak aku. Aish dulu prolonged tapi tak perlu duduk bawah lampu, asyiklah mengulang pergi KK ambik darah, hadoiiii stress gila masa tu, aku berpantang sambil depressed tau. Sebab tu masa mengandung kali kedua, aku telan memacam yang orang kata boleh elak dari kena jaundice, tapi dah nak kena, nak buat macamana, redha jelah, tarik nafas dan mari kita laluinya sekali lagi dengan tenang..eh?? tenang ke??

Alana lahir hari Rabu, Khamis kitaorang discharge and sebelum discharge paed memang dah sahkan dia takde jaundice. Lepas discharge terus balik rumah mertua kat Rawang. Jumaat tu aku dah mula perasan kulit dia kuning, tapi dalam hati berdoa, kalau kuning pun moga takdelah tinggi sangat, kebetulan Ahad tu aku decide nak balik berpantang kat Pahang, so kitaorang tak buat reportlah kat KK Serendah, aku ingat Isnin baru nak buat report kat Temerloh je. 

Otw balik Pahang Ahad tu, boleh nampak kuning dia makin kuat, haiiihhh susah hati gila dah aku, so Isnin tu pagi-pagi aku terus pergi KK untuk ambik darah, taknak tunggu dah nurse datang, aku tak sabo nak tau kuning dia berapa. Lepas dapat result, kuning dia dah border, naik sikit lagi maka wardedlah kita ye dik. Nurse cakap "ok esok datang lagi ye kita ambik darah lagi" isshhh tu yang akak tak minat tu, ambik2 darah ni..hmmpphhh. Esoknya aku datang, kuning dia makin naik, sepatutnya dah kena warded dah, tapi doktor cakap takpelah esok datang semula, kalau makin naik jugak baru kita duduk bawah lampu. Balik je rumah aku call En. Syg, terus dia datang ambik aku dengan anak2 bawak balik Jelutong sebab kitaorang nak refer paed Alana, kalau kena warded naklah dia duduk tempat selesa sikit.

Rabu, jumpa paed, and paed cakap memang kena duduk bawah lampu sebab kuning dia dah lebih dari border dah..huwaaaa. Tak sanggup dengar Alana menangis masa nurse ambik darah, aku ingat nak room in sekali, tapi biasalah DEMC tu penuh manjang, takde bilik, so terpaksalah tinggal Alana kat hospital, sedih sangat aku rasa, tinggal anak aku dengan orang lain sorang-sorang. 3 hari tau tinggal dia. 

Tapi siang aku tunggu untuk bf dia, aku datang dari pukul 10 pagi sampai 9 malam, duduk dekat tempat menunggu tu sorang-sorang, baca magazine, tengok tv, jalan-jalan dalam hospital..hahaha macam ongila dah aku rasa, 3 hari pulak tu, sorang-sorang pulak tu, tengah berpantang pulak tu, dengan beg pam, beg baju baby, air mineral botol besar, bekal makanan, ke hulu ke hilir aku bawak. Aku ingatkan ramailah mak-mak yang akan menunggu dengan aku tapi surprisingly, aku sorang je..erkkk. Aku tak sanggup nak biar anak aku sorang-sorang, walaupun tak tunggu kat tepi dia, as long as setiap kali feeding aku ada, aku puas hati, boleh tengok dia selalu. 

Aku tak bagi En. Syg tunggu sebab kesiankan Aish, so pagi-pagi buta En. Syg masak bekal pantang untuk aku, hantar aku and tunggu kejap sampai Aish mengantuk baru dia balik rumah, setiap kali Alana bangun, nurse akan call aku untuk bf. Macam tulah 3 hari, sampaikan orang ingat aku bukan dalam pantang. Malam-malam aku bekalkan ebm untuk Alana, kalau ebm yang aku bagi tak cukup baru nurse akan top up dengan fm, aku redha jelah, sebab masa tu aku baru lagi bersalin, susu pun belum banyak, sekali pam dapatlah dalam 2 oz, Alana pulak minum banyak and kerap sebab panas.

Rabu admit, Jumaat discharge, lega sangat aku rasa, sebab kesian tengok dia menangis duduk bawah lampu, susah hati aku ni tak boleh nak ceritalah. Keluar je hospital terus balik Temerloh semula, 2-3 hari lepas tu aku tengok kulit dia masih kuning so aku pergi ambik darah lagi kat KK, tapi lega sangat bila result jaundice dah turun and tak perlu dah datang ambik darah lagi, ya allah syukur.



Setiap kali nak bf dia, memang panas badan dia, sampai naik kering rambut duduk bawah lampu punya pasal, sian anak mommy.

Oklah tu je, bye!

Tuesday, June 9, 2015

Aish Yusuf is 3

Salam,

Alhamdulillah dah 3 tahun umur Aish, tahun depan dah boleh sekolah dah :). Nanti lepas raya ni aku ingat nak carikan playgroup untuk dia, pergi every weekend, nak prepare sebelum ke sekolah la kan, bagi dia biasa berkawan dan beraktiviti. 

Birthday Aish 9 April, masa tu aku dalam pantang dan masih kat Temerloh lagi, first time tak buatkan birthday party untuk dia, takpe ye dik, taun depan mommy buat sekali dengan adik ye. Lepas pantang baru kitaorang celebrate kecik-kecik dengan family En. Syg, seronok sebab Aish dah faham apa birthday celebration. Orang nyanyi kemain dia excited and malu-malu.

Birthday Aish hari tu hari Khamis, kemain daddy nak ambik cuti, siap touching-touching lagi sebab takde dengan anak dia masa birthday. Lek ahhh daddy..hahahaha, aku tak kasi En. Syg cuti sebab dah alang-alang Jumaat malam tu dia nak balik jugak nanti kan, alaa terlepas sehari je, lagipun anak dah 2 kena save cuti untuk emergency nanti ;p.

Aku just mintak adik aku tolong belikan kek je untuk Aish, bagi dia feel birthday dia sikit. Malam tu siap tukarkan baju dia lagi, kasi cantik sikit nak bergambar, kek pun aku beli yang kecik je, atee mak takleh tumpang makan, lagipun bukan ramai pun kat rumah parents aku.




Atas bakul kain pun jadi..bahah






Nampak tak muka excited tu masa nyanyikan dia lagu birthday..haha, kemain atok nenek, maksu, kak ya, mak long and mommy nyanyi.



Memoncong mulut meniup hah, takde gambar mommy ye, sebab mommy masa ni dalam pantang dan gemuk dan comot dan dot dot dot. Dah besar anak mommy, sebelum habis tahun ni, kita potty train pulak ye..hahahaha malas bebenor nak start pt..haihhh, padahal anak dah besor ni dah boleh pt dah, nanti la lepas raya..hahahaha semua pun lepas raya. Ye lah lepas raya dah duduk rumah sendiri, rumah aku kecik, senang nak tengok kalau dia nyorok-nyorok nak poo or pee, kalau buat kat rumah atok, jenuh aihh, kang tetau ada bau je..hahaha.

Moga Aish membesar jadi anak yang menyenangkan hati mommy and daddy, murah rezeki, dipanjangkan umur dalam keberkatan, sentiasa dibawah lindunganNya, jauh dari fitnah dunia, anak yang terang hati dan soleh, anak yang lembut hati dan mendengar kata, anak yang dikasihi orang2 disekeliling dan anak yang berjaya dunia akhirat. 

Terima kasih sebab doakan Aish :p

Oklah, bye!



Monday, June 8, 2015

Our little princess

Salam,

Lama betul tak update blog. Dalam pantang hari tu aku update pakai phone je. Habis pantang bz menguruskan 2 anak, bz berpindah randah ke rumah mertua, bz mengemas rumah..eh macam2 bz la, business kecik aku pun tergendala sekali, tak tercapai dek tangan dah rasanya.

Alhamdulillah as of today baby dah 2 bulan lebih, sihat dan membesar dengan jayanya..haha. Aku pun dah start kerja bulan lepas..ni pun ku update pakai phone sambil mengepam kat office. Dah 2 bulan ku bersalin, moh la tengok anak dara aku pulak ye..hehe



Alana Nayli binti Asrul Sani













Rupa dia lain sikit dari Abang Aish, ada iras sipi2 je kot..huhu. Tapi baby ni kan rupa dia bertukar2, selagi tak besar, selagi tu tak tau rupa siapa. Alhamdulillah sangat Alana jenis tak banyak ragam, lepas susu je tidur berjam2, main kejap pastu mentido, malam pun sama, indah terasa dunia mak ko ni dik, berseri-seri berwarna-warni serta gilang-gemilang..kuikui. Moga sampai besar tak banyak ragam ye dik, jadi anak yang mendengar kata dan solehah ye.

Anak 2..hmmmm aku rasa lagi bz dari anak satu kot, tak cukup tangan, kaki pun aku rasa nak pakai buat keje..hahaha but definitely lagi banyak anak lagi bz, tapi bz dalam happy, seronok tengok anak-anak, rasa supermom sangat bila berjaya uruskan diaorang satu hari walaupun letih, tapi sekarang since ada Alana, Aish lagi rapat dengan daddy, sebab sejak aku pregnant pun daddy lagi banyak uruskan Aish. Alana pun kecik lagi, so dia lagi banyak dengan aku, biasalah dah anak banyak kenalah bahagi-bahagi tugas ye dak, londeh seluar mak kalau dedua anak mak kena uruskan sendiri.

Sama macam Aish baby dulu, sekarang Alana dan Aish mertua aku yang jaga, aku and En. Syg berulang dari Rawang, lepas raya ni baru pindah semula rumah sendiri. Sementara nak keras, En. Syg mintak mertua aku tolong jagakan dulu, lepas ni baru bagi babysitter, insyaallah lepas raya ni Alana dah almost 5 bulan, kira yakin sikit la nak bagi orang jaga.

Sekarang duduk dengan mertua belum rasa lagi hecticnya beranak 2, sebab balik kerja, nasi dah siap masak tinggal makan je lagi, kalau nak mandi or sembahyang ada mertua tengokkan anak, esok kalau dah hantar babysitter memang ke mana-mana la aku agaknya, berkejaran tangan sotong buat kerja..wahahaha.

Oklah sekian celoteh hari ni, sok sambung lagi, daaaa.