Klik Jommm

Wednesday, October 5, 2011

Bilik Pengantin

Salam semua, dah lama gila tak update. Kesihatan tak mengizinkan, kalau aku ok, aku buat kerja laju-laju, kalau tak ok, aku melepek je kat office ni, so manalah ada masa nak update, tapi hari ni ok dan tengah tunggu system update, so boleh update blog jap. Dah dekat 4 bulan kawen, dah nak beranak pinak dah, entry kahwin tak habis-habis..haha, tapi tak kira nak update jugak. Kali ni nak tunjuk bilik pengantin kat rumah mertua je lah, sebab aku lupa ambik gambar bilik pengantin kat rumah sendiri. Actually En. Syg surprise kan aku, 2-3 hari lepas majlis kat Temerloh, kitaorang balik Rawang, tiba-tiba je tengok rumah dia dah extend, ada bilik baru buat..suka mak tauu.




Gile lambat nak upload gambar, so aku letak 2 ketul ni je lah eh, berbulu dah ni menunggu. Entry pendek je, esok kalau sihat aku update lagi so doakanlah aku sihat-sihat je. Btw baby dah 3 bulan, nak pergi buat buku pink kat government, aku nak ambik cuti buat buku pink kat Serendah, sebab kat Subang ni mana ada Klinik Kesihatan, kalau ada pun nun di Puchong, tak kuasa nak mengadap jam, dah lah orang pun berbulu-bulu kat situ, aku sejak azali memang takde kemahiran menunggu lama-lama, boleh membuatkan aku naik darah, so lepas dapat buku pink aku pergi check up kat private jelah, buku pink buat syarat, tapi sampai sekarang still confuse nak bersalin kat mana. En. Syg kata dia ikut je, private ok, government pun ok, tapi family mertua suruh government, nak pulak adik ipar aku doktor kat Hospital Selayang, dia pun suruh beranak government, aihhhh confuse.

4 comments:

  1. katil die cantek. btw ur in law punye rumah kat mn. i orang rawang jugak :)

    ReplyDelete
  2. bsalin je kat gomen..jadi mcm saya nyesal tak sudah bsalin kat swasta..hamik ko kena 8000..company tanggung 3000 je..balance sila potong gaji tiap2 bulan..anak dah 2thn 5bulan..tak abis2 byt utang..

    ReplyDelete