Klik Jommm

Wednesday, August 3, 2011

Bersanding di Temerloh

Assalamualaikum semua..(ceh muslimah bunyinya)

Yours truly sedang demam hari yang ke2, tapi gigih berpuasa. Semalam dah kantoi sehari, tak larat nak puasa. Ok, cerita puasa rilek luuuu, minggu lepas dah janji manis nak update pasal majlis kahwin kan. So hari ni cerita pasal majlis bersanding di Temerloh, Pahang..pertama-tamanye mari lihat pengantin yang perasan jelita pada hari tersebut. Hari tersebut sahaja ye, hari ni, rambut adalah bersepah, muka sememeh dengan sweater..huduss tahap tertinggi, sebab demam tak kuasa nak bersolek bagai.



 Saya suka mekap saya..saya suka mekap saya..saya suka mekap saya (Kalau suka kena sebut banyak kali)



Berarak mendung kelabu..eh..berarak menuju ke pelaminan..cewahhhh










Harap maaf, gambar semuanya gelap belaka, ada senget, ada benget, maklumlah gambar belas ehsan saudara mara, sahabat handai. Gambar berbayar belum dapat lagi, dapat kalu, laju je aku upload ok. Badan makin panas, so dah larat nak upload bebanyak..see u tomorrow :D


2 comments: