Klik Jommm

Friday, October 12, 2012

4 hari 3 malam

Tengok gambar dulu, cerita update next week, bz teramat ni


Sebelum ambik darah, daddy bagi orientasi dulu








Tempat daddy tidur





Mummy tengah order makan













Workstation mummy





Aktiviti malam









Sekarang aku berulang dari Rawang, sebab Aish baru nak recover balik, so bagi PIL jaga minggu ni. Rindu gila kat suamiku yang jauh di Bukit Jelutong..wuuuuu


Thursday, October 11, 2012

Aish @ 5 months

Ibu apakah ini, anak dah 6 bulan baru terhegeh-hegeh nak update milestone anak. Since last week aku bz gile, ni pun tengah bz jugak, tapi bz update blog, jap lagi nak bz sambung report balik, report ni memeningkan, semuanya backdated.



Aish sekarang terror bergolek je, ke depan tidak, mengundur pun tidak, statik je dia meniarap. Pantang tinggal, ngamuk sesaja, kalau dia kena tinggal, confirm jap lagi aku datang balik tengok dia dah tergolek atas lantai terlentang sambil nangis sekuat-kuatnya siap terketar-ketar tangan. Kemain lagi protes ko kan, aku tinggal tak sampai seminit, dia golek, tiarap, golek, tiarap, golek, tiarap dari atas toto sampai atas lantai dan menangis. Dukung je diam terus, kadang tak payah dukung, duduk je depan dia, confirm diam. Lepas tu kalau dia diam je, aku intai, mesti dia tengah tenung tv..tenunggggggggggg je. Tapi kalau nampak je aku, terus sambung menangis balik...amboiiiii



Nak pakaikan diaper pun kemain susah, asyik nak meniarap je

Dia suka duduk dalam carseat, tak merengek, kalau merengek tu either dia mengantuk or lapar, tapi most of the time dia akan diam sambil tengok aku or tengok luar, nanti slowly dia tidur sendiri. Kalau dia merengek jugak, aku akan nyanyi ABC non stop, confirm dia diam sambil tersengih.




Every morning, confirm tidur dalam carseat



Terpegun dengar suara merdu mummy nyanyi ABC, vibrato siap..ahahaha



or else tengok pemandangan, sekarang aku asyik cakap dengan Aish "Aish, say mummy sayang, say mummy, say mummy i love u" dia tengok je..ahaha, aku nak first word dia nanti MUMMY, nak kasi daddy jeles

Sekali minum susu tetap 3 oz, kalau 4 oz memang tak habis, patutlah slim je ko dik. Timbang 5 bulan hari tu baru 6.6kg. 6 bulan belum tau lagi, sepatutnya appointment 6 bulan dia Isnin hari tu, tapi Aish warded since Sabtu sampai Selasa, so kena reschedule balik appointment dia.

Update pendek sebab nak sambung kebizian ini..bye


Thursday, October 4, 2012

:)

First word En. Syg masa dia sampai rumah malam semalam sambil buka stokin

"Kencinglah"

"Kencing?? Sekarang?"

"Yelah, saya pun berdebar-debar jugak ni nak tau"

Dia dah baca blog akulah sebelum balik semalam, dia cakap all the way dia nervous..ahahaha, kata redha kan hari tu.

Aku pun siapkan barang sambil gelak-gelak

"Kenapa awak gelak2, awak dah buat test dah kan sebenarnya"

"Eh, taklah, saya gelak ketakutan ni"

"Tapi sayang kalau positif, awak kena redha tau, jangan buat reaksi yg boleh buat saya menangis"

Aku confuse, ni sapa yang mengandung ni, dia nak nangis gembira ke nangis takut?

Sambil dukung Aish, dia berdiri depan pintu bathroom

"Jauh sikit boleh, kang anak nampak"

"Ok, ok"


Ambik gambar ni dulu, RM5 saje

Lepas beberapa saat



Tak tau nak cakap apa..pheww

Baru nak buang En. Syg cakap

"Biar dulu, jap lagi tengok semula"

Lepas makan, aku masuk bathroom nak mandi, tengok UPT semula

"Eh, sayang, dah jadi 2 line lah!"

En. Syg atas katil, senyum sambil geleng-geleng (as whatever)

"Betul laaaa, cuba awak tengok ni 2 line" dengan suara gabra habis sambil keluar bathroom dan bawak UPT dekat dia

Terus En. Syg bangun, ambik UPT dari tangan aku, terus ke lampu bathroom (bilik dah gelap sebab anak dah tidur)

Dia tengok 1 line, senyum dan terus buat-buat nak sepak aku..ahahaha

Tau takuttt...

Lega bila tau tak pregnant sebab aku plan nak pregnant balik lepas Aish 2 tahun, hopefully murah rezeki aku nanti. Tapi semalam dah set mind, kalau positif, aku kena redha, kalau dah rezeki, aku kena terima.

So at least, takdelah aku asyik tertanya-tanya "Pregnant ke aku ni eh?" tapi yang peliknya kenapa simptom ni tak hilang-hilang, period pun tak datang, nak kena jumpa doktor ni. Tapi kalau simptom tak hilang-hilang, and period tak datang-datang, kenalah buat UPT second round.

Period, tersumbat ke ko?


Wednesday, October 3, 2012

Lately

Lately aku mengalami simptom, kalau bersin rasa macam nak termuntah, asyik tak selesa perut, asyik lapar, tetiba ada discharge, simptom yang hampir sama masa mula-mula pregnantkan Aish dulu. Aku takut gile ni, dah beli pregnancy test, tapi tak buat lagi, En. Syg cakap 1 line or 2 line dia redha je. Aku? belum sedia kot, Aish kecik lagi. Ya Allah sumpah aku takut gile, nak buat UPT takut sangat. Aku belum period lagi since lahirkan Aish, tapi simptom ni dah agak lama jugaklah, since 2 minggu lepas, mula-mula aku ingat nak period, tapi tak period-period pun. En. Syg cakap tak mungkinlah pregnant, sebab dia taulah kan sebab-sebabnya. Tapi manalah nak tau kot ada yang terbabas. En. Syg cakap perasaan aku je tu, hopefully perasaan aku jelah (finger cross)..yes hopefully. Eh, baru teringat, baru-baru ni aku demam kan..aiyoookkkkk

Aku asyik berdebar-debar je ni, balik nanti tunggu En. Syg sampai baru nak buat test, kotlah terpengsan lepas dapat result, ada orang tolong sambut.

Period..turunlah dikau


Tuesday, September 25, 2012

Breastfeeding Journey: Supplements

Bz gilak hoih..tak sempat langsung nak update, ni pun curi-curi :D.  Syukur alhamdulillah, walaupun aku tak berjaya exclusively bf Aish, but still sampai sekarang dia masih menyusu dengan aku. Sekarang dia minum Anmum dan bf. Susu aku dah tak banyak pun, bulan puasa makin merundum dan lepas raya memang ciput je, tapi balik je dari rumah babysitter dia memang menyusu dengan aku, tengah-tengah malam pun memang cari aku jugak, dah subuh-subuh sikit kalau aku tengok macam dia lapar, baru top up FM.

En. Syg cakap "Saya tak boleh terima kalau susu awak kering sebelum Aish 6 bulan, kalau boleh biarlah dia menyusu dengan awak sampai 6 bulan sekurang-kurangnya"

Ye, ye baiklah saya akan gigih mengepam.

En. Syg sangat support breastfeed, one of his officemate fully bf anak dia, almost everyday En. Syg akan update aku dengan petua kakak tu nak bagi susu banyak, tengok gambar anak masa mengepamlah, buat power pumpinglah, padahal semua tu aku dah tahu, sebab aku kan baca blog mommy2 ni, tetaplah gigih En. Syg update aku, aku iyekan je, pura-pura tak tau. Masa stok susu aku dah tak cukup untuk Aish dulu, aku tanya dia nak beli FM apa untuk Aish.  Dia diam lama dan akhirnya jawab "Entah, i don't have the guts", lepas letak phone aku yang menangis, aku pun tak sampai hati jugak, tapi nak buat macam mana kan.

Orang cakap nak susu banyak kena rajin mengepam, banyak minum air, banyak makan, tak makan supplements pun takpe. Tu orang cakap, tapi bagi aku yang kurang susu ni, mestilah nak cuba pelbagai cara, orang cakap makan kurma, makan, org cakap minum horlicks, minum, org cakap makan shaklee, beli. Semualah nak cuba and sampai sekarang pun aku still makan shaklee tu even susu dah tak banyak pun, kalau bukan untuk susu pun, untuk badan aku jugak, bila makan supplements takdelah penat sangat badan kita ni, yelah kita ni kan ibu yang bekerja, balik rumah nak bersilat kat dapur, kat living hall, kat bilik, eh semua tempatlah nak bersilat, pagi nak bangun awal, balik kerja terpa anak, terpa dapur, terpa suami, semua pun nak terpa, kalau tak makan supplements tak teterpa aku agaknya, kang suami pulak yang menerpa sebab rumah dah serupa jungle..haha



Breastfeeding set + ESP

Sampai sekarang aku masih makan, En. Syg asyik top up kan je




Tetiba ada gamat Healin, aku beli ni sebab luka epi aku lambat baik, orang cakap makan ni elok dan boleh cepat sembuhkan luka, tapi asyik lupa je nak makan, pulak tu aku tertinggal kat fridge rumah mertua.



Gembira baru lepas nenen, patutlah baby suka susu ibu kan, sebab susu kita ni manis, baru tau lepas En. Syg bagitau, dia rasa sikit, dia suruh aku rasa, aku takmau. Officemate aku pun cakap hubby dia pun cakap manis, macam bunga jenjarum tu, korang kecik-kecik mesti biasa sedut bunga tu kan. Kalau korang orang bandar, mungkin tak pernahlah, tapi orang kampung macam aku masa kecik2 dulu suka sedut bunga tu.

Eh kata bz tapi entry kemain panjang kan. :D


Friday, September 21, 2012

Stroller Idaman

Perempuan kalau dah mengandung, nampak barang baby semua pun nak, semua pun cute, semua pun mau. Akulah tu, tinggal duit je yang tak berapa nak ada. Tapi stroller adalah salah satu barang yang penting jugak tau, larat ke nak mendukung anak 24jam kalau keluar, kalau 2-3kg ok lagi, Aish tu baru 6.6kg, dukung sekejap dah lenguh tangan, bukan dia nak duduk diam, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, dahlah berat hoih, En. Syg pun tak larat nak dukung lama-lama, aku lagilah.

Since pregnant everyday aku tengok stroller online tau, hari-hari without fail, feeling sesaja. Masa pergi MyBBStore, masa tu aku pregnant 7 bulan, En. Syg ajak beli stroller Quinny yang 2K something tu..amboiii byk duit bang? tapi aku tak bagi, ni sebab terpengaruh dgn sales assistant tulah. Dia nak beli dan dan tu jugak, aku tak bagi, membazir sampai 2K, baik bagi duit kat aku, boleh jugak buat simpan2. Tapi sebenarnya aku pun minat jugak stroller Quinny, tapi idaklah sampai 2K punya, fulus kecik impian pun kenalah kecik jugak..sobss







Drooling, hari-hari tengok stroller ni online masa pregnant dulu, aku suka model ni sebab boleh pakai from newborn, biasanya Quinny kan kena beli MaxiCosi tu, tu pasal smpai 2K, tapi yang ni tak payah, yang ni 1K++ je, kalau nasib baik sekarang RM900 pun dah boleh dapat, masa tu berazam dalam hati nak beli warna merah. Dapat ke tidak tak tahulah, berangan je dulu. Balik rumah cerita dengan En. Syg pasal stroller ni, sampai dia pun dah naik hafal.

Lepas Aish lahir, masa baru habis pantang, barulah kitaorang cari stroller, aku plan nak beli Halford or Mclaren, tu pun nak cari yang murah-murah je bawah 1K, masa tu Quinny sudah tiada dalam senarai, mahallah, takde dalam bajet, aku pun taknak lah susahkan suami, mintak itu ini, aku kan isteri mithali..sempattttttt ;p

Sampai OBW, dah petang, bawak pulak anak kecik yang merengek nak susu, lepas tu berak pulak dia, stress mak kau, kan ke dah berbau satu OBW tu, nasib baik tak ramai orang. Tengok kat OBW tak banyak pun model stroller yang ada, SweetCherry, McLaren dengan Quinny je, tu pun dia suruh bayar dulu baru boleh tengok, kalau nak tengok jugak pi search kat internet..ngek kan. Kalau aku, aku nak pergi survey tempat lain dulu, tapi En. Syg dah taknak, "ambik jelah Quinny Zapp tu sayang, awak nak warna merah kan?". Eh tersipu terus aku kat depan kaunter tu, dan dan tak tau nak warna apa, last aku ambik hitam, sebab merah aku rasa jambu sangat untuk Aish, lagipun dah lama-lama nanti takut warna dia pudar, tak cantik pulak, lagipun nak pakai lama, dah beli mahal-mahal 3-3 anak aku nanti kena pakai stroller ni..eh 3 ke anak aku nanti..cecece. Berjaya akhirnya dapat stroller idaman, satu-satunya barang yang aku teringin sangat masa pregnant dulu, tapi sekarang bila Aish dah lahir, lagi banyak teringin aku, dah tak terkira dah.



Day 1 @ OBW 

psstt: OBW mahal RM1388 (kalau tak salahlah) pi cari tempat lain, boleh dapat lagi murah, aku dulu tak sempat survey, lepas pantang, terus beli, tak sempat nak survey.



Aish masa umur 2-3 bulan memang tidur dalam stroller je, PIL aku memang tidurkan dia dalam stroller, tolak pusing-pusing dalam rumah sebab dia memang tak tidur buai. Tapi sekarang kat rumah babysitter aku dah pesan, kalau dia susah sangat tidur masuk je buai, aku taknaklah menyusahkan babysitter pulak, satu hal nak mengadap anak aku 24jam, tapi babysitter cakap Aish ok, tidur buai ok, tidur bawah pun ok, lega aku.



Kalau kat rumah, masuk je stroller, tolak sikit, confirm tidur, cer kalau kat Mall, masuk stroller, tolak merata, confirm melalak mintak dukung, sibuk nak tengok orang, kalau tak dukung dia akan angkat badan dia sendiri, nak keluar dari stroller. Haihlah budak bijak, nakal kamu ye.


Thursday, September 20, 2012

Rahsia rambut lebat saya

Alamak, tadi check FB, nampak ibu mertuaku like entry semalam, pasal first haircut tu. Aiyoookkk mak dah jumpa blog aku, cemana nak balik Rawang Sabtu ni..maluuuuu. Wajiblah ayat pun kena tukar ayat manis-manis lepas ni..haha.

Entry pendek je hari ni, Aish lepas bercukur dulu, semua orang kemain tak sabar nak tunggu rambut dia tumbuh, En. Syglah orang yang paling tak sabar, hari-hari cakap "bilalah rambut Aish nak tumbuh semula". Semalam pun dia baru cakap "Adorable betul Aish bila botak, tapi saya tak sabar nak tunggu rambut dia tumbuh semula". Baru 5 hari kot orang tu ringan kepala, dia dah tak sabar..sabar jelah. 

Rambut Aish dulu pun tumbuh tak sama rata, banyak jugak lopaknye, especially belakang kepala, cukur bantal orang tua cakap. Atas je kemain lebat, belakang lompang, rambut cendawan namanya..haha. So mak mertua aku suruh pak mertua aku beli ini



BAJAJ ALMOND DROPS

Beli di kedai dekat rumah Serendah. Kedai lain aku tak tau ada jual ke tidok. Hari-hari mak mertua aku sapu kat kepala Aish nak bagi rambut tumbuh cepat, memang tumbuh cepat tapi aku tak tau sebab minyak tu ke or sebab genetik daddynya..haha. Tapi sepupu En. syg yang umur 2 tahun lebih pakai minyak ni. Dia lagi dahsyat, since cukur rambut masa baby sampai umur 2 tahun, ciput je rambutnya, nak ikat buat tocang pun tak boleh, so mak dia beli minyak ni, buat sapu hari-hari, sekarang rambut dia dah banyak, so aku rasa memang boleh diyakinilah keberkesanannya, nak pulak sepupu En. Syg tu rambut toing-toing, sekarang dah jadi rambut awan nano dia cakap..ahahahaha, sudah kembang setaman, comel je.



Sekarang sudah botak, model tak berbayar, tapi perlu diupah dengan bf



Dah siap ambik gambar ye mummy? Ok, sekarang Aish nak main


Aish sekarang pantang aku tinggal kejap, baru nak basuh beras, menangis, baru nak ambik air dalam fridge kat dapur, menangis. Bukan rengek-rengek, menangis kuat terus kalau dia perasan aku takde. Kadang umpanlah jugak dia dengan Elephant dia tu, main kejap, bila sedar je aku takde, menangis kuat-kuat sampai batuk-batuk, air mata mengalir-ngalir, dia tak kisah kalau aku tak angkat dia pun asalkan aku ada depan mata dia, kadang potong sayur pun depan mata dia sambil dia meniarap tengok aku. Nak tengok behind the scene tak masa aku ambik gambar dia ni semalam? Masa tu aku pergi dapur, ambik barang datang depan terus nak ambik gambar dia dengan minyak tu, dia pun apalagi

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Menangis sebab mummy tinggalkan saya sorang-sorang..waaaaaaaaaaaaaaaa



Dahlah tinggalkan saya, lepas tu nak ambik gambar saya pulak, nak nangis lagi kuat..WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Sakit hati member..hehe

Olololololo..masyammm