Klik Jommm

Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Breastfeeding Journey: Supplements

Bz gilak hoih..tak sempat langsung nak update, ni pun curi-curi :D.  Syukur alhamdulillah, walaupun aku tak berjaya exclusively bf Aish, but still sampai sekarang dia masih menyusu dengan aku. Sekarang dia minum Anmum dan bf. Susu aku dah tak banyak pun, bulan puasa makin merundum dan lepas raya memang ciput je, tapi balik je dari rumah babysitter dia memang menyusu dengan aku, tengah-tengah malam pun memang cari aku jugak, dah subuh-subuh sikit kalau aku tengok macam dia lapar, baru top up FM.

En. Syg cakap "Saya tak boleh terima kalau susu awak kering sebelum Aish 6 bulan, kalau boleh biarlah dia menyusu dengan awak sampai 6 bulan sekurang-kurangnya"

Ye, ye baiklah saya akan gigih mengepam.

En. Syg sangat support breastfeed, one of his officemate fully bf anak dia, almost everyday En. Syg akan update aku dengan petua kakak tu nak bagi susu banyak, tengok gambar anak masa mengepamlah, buat power pumpinglah, padahal semua tu aku dah tahu, sebab aku kan baca blog mommy2 ni, tetaplah gigih En. Syg update aku, aku iyekan je, pura-pura tak tau. Masa stok susu aku dah tak cukup untuk Aish dulu, aku tanya dia nak beli FM apa untuk Aish.  Dia diam lama dan akhirnya jawab "Entah, i don't have the guts", lepas letak phone aku yang menangis, aku pun tak sampai hati jugak, tapi nak buat macam mana kan.

Orang cakap nak susu banyak kena rajin mengepam, banyak minum air, banyak makan, tak makan supplements pun takpe. Tu orang cakap, tapi bagi aku yang kurang susu ni, mestilah nak cuba pelbagai cara, orang cakap makan kurma, makan, org cakap minum horlicks, minum, org cakap makan shaklee, beli. Semualah nak cuba and sampai sekarang pun aku still makan shaklee tu even susu dah tak banyak pun, kalau bukan untuk susu pun, untuk badan aku jugak, bila makan supplements takdelah penat sangat badan kita ni, yelah kita ni kan ibu yang bekerja, balik rumah nak bersilat kat dapur, kat living hall, kat bilik, eh semua tempatlah nak bersilat, pagi nak bangun awal, balik kerja terpa anak, terpa dapur, terpa suami, semua pun nak terpa, kalau tak makan supplements tak teterpa aku agaknya, kang suami pulak yang menerpa sebab rumah dah serupa jungle..haha



Breastfeeding set + ESP

Sampai sekarang aku masih makan, En. Syg asyik top up kan je




Tetiba ada gamat Healin, aku beli ni sebab luka epi aku lambat baik, orang cakap makan ni elok dan boleh cepat sembuhkan luka, tapi asyik lupa je nak makan, pulak tu aku tertinggal kat fridge rumah mertua.



Gembira baru lepas nenen, patutlah baby suka susu ibu kan, sebab susu kita ni manis, baru tau lepas En. Syg bagitau, dia rasa sikit, dia suruh aku rasa, aku takmau. Officemate aku pun cakap hubby dia pun cakap manis, macam bunga jenjarum tu, korang kecik-kecik mesti biasa sedut bunga tu kan. Kalau korang orang bandar, mungkin tak pernahlah, tapi orang kampung macam aku masa kecik2 dulu suka sedut bunga tu.

Eh kata bz tapi entry kemain panjang kan. :D


Wednesday, August 8, 2012

Breastfeeding Journey: Belajar minum botol

Macam kelakar kan tajuk, aku nak letak bottle feeding sebenarnya, tapi kang dah semuanya omputih, tak best pulak bila isinya melayu, berpinar mat salleh yang google pasal bottle feeding ni kang nak baca :D Ni entry yang terperam kemain lama, sikit-sikit aku taip, malas dan bz punya pasal.

Aku start ajar Aish minum botol since 2-3 hari selepas lahir, masa tu bagi Tommee Tippee, kecik lagi, apa pun dia hisap asal ada susu, masa tu gumbira sebab dia boleh terima Tomee Tippee, lepas tu bila dia dah start jaundice, aku memang direct feed je, cuma sekali sekala je bagi botol kalau aku tengah tidur and tak larat nak duduk sebab dia terlalu kerap menyusu. Tapi semua susu akulah yang aku pam malam-malam. 

Lepas 2-3 minggu tinggal botol, habis pantang dan masa tu aku kat Temerloh, aku start nak ajar dia minum pakai botol balik, sebab masa tu tinggal lagi 2 minggu nak kerja. Tapi dia tak nak ok, menangis-nangis tak rela, masa dia lapar aku sumbat Tommee Tippee, dia tak nak jugak, dia asyik menangis je, tak sampai hatilah pulak, so aku direct feed. Esoknya gigih aku suruh Pa aku pergi beli puting lain, sebab nak ajar jugak dia minum botol. Aku suruh Pa beli puting latex, alah yang warna kuning tu, tak kisahlah brand apa asal latex. Tapi jenuh Pa pusing satu Temerloh tak jumpa, so Pa pergi butik Anakku dan beli puting silicone. Pekerja kat butik tu cakap, puting nilah yang paling lembut sekali dalam Malaysia, iyolah tu




Puting dekat Anakku yang warna putih tu, since aku takde botol biasa, aku pakai botol Autumz bagi Aish minum, mula-mula dia taknak, tapi akhirnya sebab dah lapar sangat dia minum jugak, itu jelah pun sekali sebab esoknya, bila bagi balik dia dah tak nak, asyik menangis je. Aku suruh Pa aku cari jugak puting latex, tapi kalau orang lelaki kalau pergi membeli, bukannya dia tau sangat, akhirnya dia jumpa jugak puting kuning, tapi bukan latex, silicone yang berwarna kuning dan puting tu lebih keras dari puting Anakku, ko ingat Aish nak?, "mintak maaf ye Mummy, sila jangan tipu saya". Tak berjayalah jugak misi aku, so nak taknak, terpaksalah paksa jugak dia minum dengan puting Anakku tu. Setiap kali dengar dia menangis masa nak minum susu, aku jadi tak sampai hati, nak je aku direct feed, tapi Ma aku cakap, hati kena kental, kalau tak nanti lagilah susah bila aku dah start kerja. Siang memang aku tak df langsung, bagi botol je, Aish minum, tapi tak banyak, dalam pukul 7pm baru aku df, dia hisap macam lapar sangat..kesian anak mummy, macam tulah aku train dia selama seminggu sampai dia boleh terima puting Anakku tu walaupun dia hisap macam mau tak mau. Balik je Jelutong, aku terus pergi OBW dan cari puting latex NUK. Ni brand yang officemate aku recommend, sebab anak dia memang nak puting ni je, puting lain tak laku. NUK ni ada 2 jenis, satu puting biasa dan satu lagi orthodontic. Aku beli yang orthodontic





Inilah puting kesayangan Aish, sekali bagi mau terus. Sampai sekarang Aish pakai puting ni, tapi yang tak bestnya, puting ni ada lubang anti-colic dan susu asyiklah terkeluar dari lubang tu, habis basah baju Aish kena susu, setiap kali susu, memang kena pegang dan tengok betul2, takut susu tu terkeluar.




Setiap kali susu, habis mak mertua aku balut Aish dengan lampin, takut susu tu tumpah, nampak tak botol Autumz tu..hehe, sampai pudar dah kaedahnya, tak jugak aku nyempat nak belikan dia botol lain, aku ingat nak beli MAM, tapi ganti dengan puting ni, muat tak eh? standard size ke neck MAM tu? Minggu lepas adalah aku pergi OBW, tapi tak sempat nak belek-belek, beli toys, bib, dengan puting, bayar terus balik, Aish meragam, dia kalau keluar memang asyik merengek sebab tak boleh tidur, sebab tulah aku jarang keluar, kesian dekat dia. Baju raya dia pun aku tak beli lagi tau, ingat minggu ni, tapi tak bawak dialah, kang meragam tak sempat nak pilih baju.

Baru-baru ni mak mertua aku test bagi Tommee Tippee


Maulah sekejap, lepas tu dah tak mau. Aish dah pandai pegang botol sendiri, kalau kita pegangkan, sibuklah tangan dia nak pegang sama, kadang-kadang sampai terpicit puting dia, menyembur susu keluar dari lubang anti colic tu, dengan aku-aku pun basah, dia jangan ceritalah, habis muka terpercik susu. Tapi kalau aku ada kat rumah, dia memang taknak minum botol, lebih-lebih lagi malam, memang dia nak cik B jugak.

Begitulah caranya saya mengajar anak minum botol, ok dah, nak sembahyang Asar lepas tu balik, 2 jam baru sampai Serendah ok, 2 jam, naik sakit pinggang ni..huuuu, tu pasal sekarang jarang update, aku penat badan, kalau nak update blog penat nak pikir ayat..haha femalas betul aku ni. Bye.




Monday, July 16, 2012

Breastfeeding Journey: EBM Stok

Sekarang bz teramat, memang tak sempat langsung nak update. Hari ni nak cerita pasal EBM stok aku yang ada berapa ketul je, dah tinggal kenangan pun sebab semua pun dah habis diminum.



Sebelum naik kerja, EBM stok aku cuma ada dalam 70 oz ++, sikit kan. Ni menumpang fridge mertua, tak boleh buat stok banyak-banyak sebab tak muat, ni pun boleh letak kat depan pintu fridge je, sebab belah dalam dah penuh stok makanan. Aku tau sepatutnya EBM kena letak belah dalam, tapi kang tercampur dengan ayam ikan segala, dah jadi perasa lain pulak. Masa cuti bersalin 2 bulan tu, nak buat stok sangatlah mencabar, sebab anak aku tak mau tidur siang, kalau dia tidur pun tak sampai 20 minit, kalau dia dah tidur, takkanlah aku nak mengepam sebelah dia, kemain telinga lintah lagi dia, baru bunyi sikit dia pun terjaga, sia-sia usaha sejam aku nak dodoikan dia bagi tidur. FYI, sampai sekarang pun dia tak mau tidur siang. Nak pam dekat luar bilik, seganlah aku, kan bapa mertua ada kat rumah. Malam je aku dapat pam, tu pun sekali dua je. 

Naik kerja, aku pam 3 kali sehari, paling banyak aku boleh dapat dalam 11oz je, setiap kali pam dapat paling banyak dalam 3 oz, tu masa mula-mula kerja, sekarang makin lama makin sikit, shaklee aku makan, domperidone aku makan, ESP aku minum, power pumping pun buat tapi tak menambah pun susu aku, makin kurang adalah.



Hasil 4 kali sesi mengepam

Aku tak taulah orang lain, tapi nak dapat 3oz tu sejam lebih aku mengepam ko tau, aku rasa cik N aku ni tersumbat kot, even kalau dah bengkak pun yang keluar tik..tik..tik, halus je susu yang keluar, kadang-kadang tak keluar langsung even dah tuam dengan air panas pun, kalau Aish hisap je boleh hilang bengkak dengan cepat, kadang-kadang aku kuatkan suction pam, rasa nak putus cik N, tetaplah susu segan jugak nak keluar. Bila marmet ada je susunya, tapi kalau pam, alahai. Kalau betul tersumbat nak buat macamana eh?




Ni sejam lebih baru dapat 4 oz, tu pun tak selalu, mengepam masa dalam pantang kena ikut mood anak, kalau dia ok, boleh lah aku dapat sampai 5 oz, kalau mood dia tak ok, baru setup pam, dia dah terjaga balik camno? 




paling sikit



paling banyak satu sesi mengepam 6 oz, ni aku pam sebelum balik kerja, lepas tu bawak balik cik B kosong kat anak, kesian tengok dia hisap bersungguh-sungguh tapi susu keluar sikit. Bila stok makin lama makin kurang, susu yang aku bawak balik hari-hari pun tak cukup, akhirnya anak aku kena top up dengan formula, takde pilihan, takkan nak biar anak lapar. Aku asyik bagitau diri sendiri, jangan stress, jangan sedih. Sampai sekarang pun aku pam lagi and bawak balik susu hari-hari, sehari dapatlah dalam 5 oz, tak cukup, top up formula. Hari-hari doa janganlah putus susu aku, harap sangat dapat susukan Aish sampai dia 2 tahun. Aku rasa sebab utama susu aku makin kurang, sebab aku letih, terlalu letih berulang alik, serius aku give up hari-hari, tapi bila balik kerja, sampai rumah mertua, tengok anak, tak jadi nak give up. Esoknya aku give up balik, macam tu lah aku hari-hari.



Aish kenal suara aku, sampai rumah bila aku tegur je dia, terus mencebik, tu nak cik B la tu, kalau aku panggil dia berkali-kali, tapi tak hulur jugak cik B

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Alah bucuk-bucuk  :D