Bz gilak hoih..tak sempat langsung nak update, ni pun curi-curi :D. Syukur alhamdulillah, walaupun aku tak berjaya exclusively bf Aish, but still sampai sekarang dia masih menyusu dengan aku. Sekarang dia minum Anmum dan bf. Susu aku dah tak banyak pun, bulan puasa makin merundum dan lepas raya memang ciput je, tapi balik je dari rumah babysitter dia memang menyusu dengan aku, tengah-tengah malam pun memang cari aku jugak, dah subuh-subuh sikit kalau aku tengok macam dia lapar, baru top up FM.
En. Syg cakap "Saya tak boleh terima kalau susu awak kering sebelum Aish 6 bulan, kalau boleh biarlah dia menyusu dengan awak sampai 6 bulan sekurang-kurangnya"
Ye, ye baiklah saya akan gigih mengepam.
En. Syg sangat support breastfeed, one of his officemate fully bf anak dia, almost everyday En. Syg akan update aku dengan petua kakak tu nak bagi susu banyak, tengok gambar anak masa mengepamlah, buat power pumpinglah, padahal semua tu aku dah tahu, sebab aku kan baca blog mommy2 ni, tetaplah gigih En. Syg update aku, aku iyekan je, pura-pura tak tau. Masa stok susu aku dah tak cukup untuk Aish dulu, aku tanya dia nak beli FM apa untuk Aish. Dia diam lama dan akhirnya jawab "Entah, i don't have the guts", lepas letak phone aku yang menangis, aku pun tak sampai hati jugak, tapi nak buat macam mana kan.
Orang cakap nak susu banyak kena rajin mengepam, banyak minum air, banyak makan, tak makan supplements pun takpe. Tu orang cakap, tapi bagi aku yang kurang susu ni, mestilah nak cuba pelbagai cara, orang cakap makan kurma, makan, org cakap minum horlicks, minum, org cakap makan shaklee, beli. Semualah nak cuba and sampai sekarang pun aku still makan shaklee tu even susu dah tak banyak pun, kalau bukan untuk susu pun, untuk badan aku jugak, bila makan supplements takdelah penat sangat badan kita ni, yelah kita ni kan ibu yang bekerja, balik rumah nak bersilat kat dapur, kat living hall, kat bilik, eh semua tempatlah nak bersilat, pagi nak bangun awal, balik kerja terpa anak, terpa dapur, terpa suami, semua pun nak terpa, kalau tak makan supplements tak teterpa aku agaknya, kang suami pulak yang menerpa sebab rumah dah serupa jungle..haha
Breastfeeding set + ESP
Sampai sekarang aku masih makan, En. Syg asyik top up kan je
Tetiba ada gamat Healin, aku beli ni sebab luka epi aku lambat baik, orang cakap makan ni elok dan boleh cepat sembuhkan luka, tapi asyik lupa je nak makan, pulak tu aku tertinggal kat fridge rumah mertua.
Gembira baru lepas nenen, patutlah baby suka susu ibu kan, sebab susu kita ni manis, baru tau lepas En. Syg bagitau, dia rasa sikit, dia suruh aku rasa, aku takmau. Officemate aku pun cakap hubby dia pun cakap manis, macam bunga jenjarum tu, korang kecik-kecik mesti biasa sedut bunga tu kan. Kalau korang orang bandar, mungkin tak pernahlah, tapi orang kampung macam aku masa kecik2 dulu suka sedut bunga tu.
Eh kata bz tapi entry kemain panjang kan. :D
eh yeke manis? haha...en suami takmo minum cket pun...sy pun takmo minum...hahaha...
ReplyDeletehai erin, sayang tul kalu aish x bg susu ibu nih..itukan imun tuk bdn dia jgk ssh nak kena penyakit..erin jgn putus bg susu bdn kat dia sbb anak yg susukan BF nih outomatik rangsang susu tu kuar byk..insyaAllah, tiap kali blk bg jer susu bdn yeh..supplement ke or makanan yg dimakan tu terpulang mmg mcm2 org bg, terpulang bdn kita ni haaa...apa yg penting susu bdn jgn putus..lgi 1 kalu nak try mcm2 produk tuk susu ni try 1-1, nnti bdn confius nak proses mn produk yg sesuai & mn leh terima bdn kita..selamat berikhtiar..
ReplyDeletecomelnya aish yusuf ..hehehe...good luck mummy...
ReplyDeletememang manis..ai pernah rase..heheh...lagipon kalau ai biarkan pump ai tak basuh...semut pon suker urung..haaiihh...
ReplyDeletechaiyok2 erin..at least mlm still bf..i tak tau la nt rezeki i mcm mana..harap2 dipermudahkan..
ReplyDeletehi!salam perkenalan
ReplyDeletei pun pernah sedut bunga jenjarum tu.masa zaman kanak2 sgt rajin sedut hokay.hehe!susu badan kita mmg manis pun.manis2 suam.i pernah rasa coz takut susu tu basi :D btw, i dah follow ur blog :)
erin chayyok.jgn nangis2 n tension nnnti lagi susu kurang.akak pun penah jdi cmtu gak lepas start keje.1st sbb kite dah kurang bf direct feeding to our baby.2nd sebab kite penat keje.jdi kite tension.mcm2 nk pikir.tu pun boleh ganggu susu.erin kene releks okeh.minum soya pekat pagi2.bnykkn mkn sayur.akak klu mkn sawi sure susu meriahnye.nnti balik keje bf anak smbil pam breast yg lagi satu tu eh.then pagi mse subuh2 tu.insyallah.cube lah..nnti aish dah makan die dh kurang sket susu.time tu erin boleh la nk stock blik susu.
ReplyDeletealah hensem nye aishhhhhh!
ReplyDeletewahh besnye your hubby sangat sangat supportive. anda sangat beruntung! :)
ReplyDeleteBertuah dpt suami yg supportive
ReplyDelete