Klik Jommm

Wednesday, January 19, 2011

My Dreams "Love Story"

WHAT'S HOT IS GETTIN' HOTTER!



Tipulah kalau perempuan yang single takde "My dreams love story". Semua perempuan mengimpikan percintaan ala-ala fairytale, lelaki yang kacak bergaya digilai ramai, kaya, baik hati, alim, setia dan melayan kita dengan baik bagaikan puteri raja. Setiap kali berjalan dengan si dia, semua orang cemburu. Selalu belikan hadiah, buat surprise, pandai memujuk, bermulut manis..elehh. Bak kata "omputih" PERFECT. Tapi wujud ke lelaki macam tu? Aku dulu pun macam korang jugak..eh, mengharapkan satu hari nanti prince charming datang dalam hidup, I mean lelaki yang diragukan kewujudannya itulah. Dah namanya pun "dreams" tidak lah begitu berharap mimpi tu jadi kenyataan. Tapi sekarang aku ada my own version of "My dreams love story".

Cerita bermula ketika aku asyik melayan satu laman web sosial, sekarang dah macam tak wujud pun laman web tu. Aku pula jenis yang add je semua orang, lelaki, perempuan, single, couple, tak kira main add je semua friend request. Sampailah satu hari ada seorang mamat yang 'bolehlah tahan' send friend request. Masa tengok pic profile dia, takdelah tertarik sangat pun..macam 'hmmm bolehlah'. So aku pun add, lepas hari tu langsung dah tak ingat dia sampailah bila dia kerap hantar message dekat inbox. Hari-hari ada je soalan dia. Aku pula rajin reply, biasalah tanya soalan pancing, duduk mana, kerja apa, belajar kat mana. Nak lagi senang bertanya agaknya, dia minta YM. Aku bagi dan kami mula berchatting, lepas beberapa hari berchatting dia minta no. phone pulak. Jenuh mengelak, banyak alasan aku bagi, tapi bila dia asyik minta no. phone, kesian la pulak.

pet_herris: nak phone no. boleh?
airin2306: mmmm...aaaaa..nak buat ape
pet_herris: saje, tak boleh eh?
airin2306: tak payah la..esok YM lagi eh
pet_herris: kalau u dtg sek. 7, senang lah nk contact nanti
airin2306: ye ke..hmmmm dah kahwin?
pet_herris: belum
airin2306: ade tunang?
pet_herris: belum laaaa
airin2306: gf??
pet_herris: takde, bujang n single lagi ni..kenapa tanye
airin2306: eh, sblum bgi phone no, kena la pastikan u ni dh b'punye ke belum, kang kena serang pulak i
pet_herris: oh, macam tu eh..hehe

Bila dapat je no.phone, dia pun melancarkan pancing yang lebih besar, kali ni jala kot..haha. Kalau tak call dia message, kalau tak message dia call. 

Lepas 2 hari dapat phone no., dia ajak keluar. Kebetulan ada sebiji jerawat betul-betul atas hidung aku yang tengah masak ranum, dah macam badak sumbu masa tu. Macam mana nak jumpa ni, malu lah. Macam-macam alasan aku bagi, balik kampunglah, pergi jumpa kawan la. Yang jerawat ni pun satu, tak reti-reti nak pecah. Setelah pelbagai alasan diberi, kebetulan hari Jumaat malam, aku keluar pergi karaoke dengan 2 orang best friend, dan 2 orang lagi best friend pergi main futsal. Habis futsal dan karaoke, kami berlima pergi ke Pak Li Kopitiam di Seksyen 7, Shah Alam. Sampai je Pak Li aku text dia bagitahu aku lepak kat Pak Li, laju dia text balik suruh aku tunggu dia datang (btw, dia duduk dekat Sek. 7). Masa tu jugak aku rasa nak balik, terus menyesal sebab bagitau kitaorang lepak kat Pak Li, paling disesalkan kehadiran jerawat besar gedabak atas hidung tu dan lagi satu, aku buat pertama kalinya mengerintingkan rambut, i mean curl yang hujung-hujung tu. Turn out, rambut aku dah rupa macam mop, serius memang disaster, menyesal pun ada buat kat salon tu. Aiyooohhh confirm kena reject ni..haha. So idea lain datang, cepat-cepat text dia:

12:25 am: Erin: u, i sakit perut la, orang sakit perut ni tak elok berembun, i balik dulu eh..aduh..sakitnya perut
12.26 am: Asrul: Hep, tunggu dulu..biar i hembus kasi hilang sakit perut..hehe
12.28 am: Erin: Ala..sakit betul ni, memulas-mulas
12.30 am: Asrul: Betul ke memulas u, rase bersalah la pulak suruh u tunggu lelama
12.32 am: Erin: u dah kat mana
12.33 am: Asrul: dah nak sampai ni, ok, i dah sampai..jeng..jeng..jeng

Gila la, nampak je jeng..jeng..jeng dia, nak gugur jantung aku rasa. Kalau boleh masa tu jugak nak bertukar jadi sebatang mop. Dah tak boleh mengelak dah masa tu, pasrah je la..dari kejauhan nampak seorang lelaki berbaju pink, tengah membuat tinjauan.

Erin: Alamak, dia ke tu betty, aku tanak jumpa, jerawat aku besar, rambut aku kerinting! (heh, jgn ketawa..ini serius takut ok)
Syeira: Eh erin, hensem laa..
Shita: Mana?? mana?? yang tu eh
Erin: Hoi..korang cakap hensem, aku lagi takutt...aku takuttt..tanakkk..aku nak balikkk..Betty jom balikk!!
BFF: Ala erin, tunggu la, kesian dia nak jumpa ko

1.01 am: Asrul: I dah nampak! ada sorang pakai short kan..berdebarnye! u nampak i tak?
1.03 am: Erin: aaa..i x nampak, mane u?
1.06 am: Asrul: u pakai baju kelabu kan, membelakangkan i, meh la sini
1.10 am: Erin: A'ah kelabu..eh, tanak la takuttt
1.16 am: Asrul: Haha..nak takut apa..i betul-betul belakang u

Apaaa!!! belakang?? Maaakkk nak balik..apa aku lakukan ni, kenapa aku terjebak dengan semua ini..eceh..dan-dan baru nak insaf. Serius aku tak pernah jumpa orang yang aku chatting sebelum ni..so bayangkan ketakutan yang melanda.

Akhirnya dia yang mengalah, datang bawak kerusi, duduk sebelah aku dan terus tengok muka aku. Aku pun apa lagi, terus jadi gadis ayu, tunduk terus takut dia nampak jerawat besar. Ramah betul orangnya, on the spot boleh geng dengan 4 orang bestfriend aku. Selamba pulak tu, tak malu langsung.

Sejak malam tu, kitaorang selalu keluar, berkawan, bercinta dan akhirnya pada 3hb Julai 2010 bertunang. Insyaallah 2hb July 2011 kami kahwin. Cepat betul masa berlalu, masa mula-mula kenal dulu, dia yang selalu buli aku, sekarang..buli mai tengokk..haha. Tak sangka dia masih boleh terpikat walaupun jerawat aku besar gedabak atas hidung dan rambut kerinting mop. Dulu lah, cuba tanya sekarang:

Erin: Sayang, awk suka rambut yang kerinting dulu ke, rambut lurus macam sekarang?
Asrul: Lurus lah, kerinting dulu tu disaster gile, awk buat kat mana eh, mesti kat tempat murah ni.
Erin: Eh, taklah, tak taulah kenapa d'org buat jadi macam tu. Dulu awak cakap rambut kerinting tu cantik kan?
Asrul: Itu ayat masa nak mengorat, memang la saya cakap cantik.

CEH..  

Walaupun dia bukan prince charming yang digilai ramai, kaya, baik hati, bermulut manis, suka ayat-ayat jiwang, belikan bunga selalu, buat surprise dan pandai memujuk, dia masih lelaki impian aku, lelaki yang aku mahu, yang menyintai aku seadanya, yang mahu susah senang bersama. Syukur tuhan, he's part of my dream love story. Asrul Sani..wo ai ni :D



Me n him





5 comments:

  1. hehe sweet sis:)

    goodluck..n moga bahagia okay.

    ReplyDelete
  2. salam..
    all the best!

    moga rezeki berpihak pada anda.. (^_^)

    dan moga bahagia selalu..

    ReplyDelete
  3. Wahh u pun masuk contest hebat ni. Me too! Jom sama sama menyokong.. =)

    ReplyDelete
  4. aloh aloh. cam comel jek tau. oooooooooooo AS, baru ku tau rahsia sebenar. kaki pancing jugak ko ni rupe nye. (sila sampai kan ayat aku cakap ni kat En Sayang eh!)

    ReplyDelete
  5. sniffa: hehe, thanks

    cik girang: congrats sebab menang DH contest. i'allah nanti cik girang tolong la vote..hehe

    ainee cumi: yerp!

    CF: baiklah, akan ku sampaikan pada AS nanti :P, eh, mane ade lelaki yg tak memancing, sume suke mancing tau..ngahaha

    ReplyDelete