Klik Jommm

Wednesday, January 26, 2011

White ke Off White?

...sama je. Ingat lagi entry pasal kain nikah yang salah beli due to kerabunan si pembeli itu sendiri..huhu. Aku la tu, elok masa tengah sibuk survey veil, baru perasan chiffon beaded aku warna off white, while En. Sayang warna putih. Masa tu kain nikah dah otw pulang bersama designer terhebat di Temerloh, Pahang. Terus call Ma:

Aku: Ma, dah sampai Temerloh belum?
Ma: Belum, baru kat Gombak ni
Aku: Ma, baju kawen angah salah beli kot, cuba Ma tengok, rasa-rasanya Angah punya chiffon tu kaler off white..waaaaaaaaaaa
Ma: Jap, a'ah la, awak punya ni kuning-kuning sikit, Asrul punya memang putih.
Aku: Ye ke? cuba Ma tanya Pa pulak
Ma: Haa Pa, cuba tengok, offwhite ni kan?
Pa: (masa ni tengah drive) PUTIHHHHH!!!
Ma: Ish, pa awak ni, offwhite la
Pa: Eh, putih laaa

Tak puas hati, suruh Pa bawak balik baju aku semula ke Subang. Tiap-tiap hari, pagi, tengahari, petang, aku takde kerja lain melainkan duk membentang kain kat beranda bilik, semata nak tengok effect warna off white and white di bawah matahari pagi, di bawah matahari tengahari dan di bawah matahari petang. Eh, boleh tahan psiko gak aku ni. Lepas tu tanya semua budak rumah, dan semua orang memberikan jawapan yang sama. Putih laaaaa, tapi off white tu macammana?. Ceh, memang la korang cakap putih, offwhite pun korang tak tau cemana. Sedangkan gadis-gadis di bandar ni pun tak berapa tahu warna off white inikan pula makcik-makcik dekat rumah aku tu, so terjah je la, lagipun lining aku dengan baju En. Syg kayu yang sama, so tak banyak beza pun baju tu nanti.



sama je kan..tibai je

4 comments:

  1. xnmpak pun bezanya. jgn membazir! hahaha.

    ReplyDelete
  2. ermm..nmpak mcm kain yg sama jeee...

    ReplyDelete
  3. hi.. minta tolong boleh?

    1) pegi kat http://www.cstproduction.blogspot.com/
    2) under list "SENARAI ENTRY CONTEST FOR VOTE WHAT's HOT IS GETTING HOTTER"
    3) pegi kat no 80
    4) under my link : http://berkatalahdia.blogspot.com/
    5) tekan button LIKE yg disediakan kat sebelah kanan tu...

    please ehhh.... thank u...
    kalo rajin minta tolong kawan2 vote skali ya...

    ReplyDelete
  4. si kecil: definitely e best advice ever, yup, takmo membazir..hehe..i luv penjimatan..(tiba-tiba)

    elya: tu la kan

    ReplyDelete