Klik Jommm

Tuesday, April 5, 2011

02nd July 2011 - BATAL

Mak En. Syg: Erin, ada berita tergempar ni!
Aku: Apa dia makcik (sambil pegang dada, nervous ko)
Mak En. Syg: Boleh tak tarikh kenduri kat rumah Erin tu tunda, tak kisahlah cepatkan atau lambatkan.
Aku: Kenapa makcik? Makcik ada apa 2hb tu?
Mak En. Syg: Is (adik en. syg) konvo, baru tau malam tadi
Aku: Ohhh, nanti kita bincang balik eh makcik

Terkejut Cik Erin, nasib baik aku dengan segera menanamkan sifat mahmudah..haha iaitu menjadi positif. Positif di luar, gundah gulana didalam. Tukar tarikh tu aku tak kisah and family aku pun tak kisah, yang aku kisahkan ialah, aku dah book dan bayar deposit pelamin, MUA, baju, photographer. Buatnya diorang tak available tarikh baru, tak ke haru, habis deposit? Yang paling aku risau pelamin, sebab akak tu dah tanya aku berkali-kali samada 2hb July tu confirm ke tak? sebab July dia dah penuh, tu pun dia hold tarikh aku walaupun aku just book mulut je, bila ada orang tanya tarikh 2hb July, dia akan cakap dah ada orang book, walaupun aku belum bayar deposit. Kalau tak dapat akak tu, terpaksa la aku menggeledah bridal kat Temerloh tu, yang aku selalu sangsikan designnya, aku kan cerewet tak bertempat. Lepas tu nanti, orang datang kenduri aku semua mengomplen pelamin aku.."laaa..ni pelamin yang anak milah pakai minggu lepas, mesti amik kat butik yang sama ni" sobssss. Aku pun tak tau kat Temerloh tu ada bridal yang buat custom made pelamin ke tak, yang designnya tak akan sama dengan orang lain dekat rumah aku tu.  

Aku ingat lagi masa Along aku kawin dulu, pelamin dia bertahi lalat ko, kain dah lusuh, warna pun dah pudar, apa jadahh, tu pun kitaorang alas dengan kain lain. Baju gaun dia macam..haha, malas nak ceritalah. Hi Along -__-" (Along aku baca blog ni). Matilah Along takmo sponsor meja pengantin aku. Gaun tu salah kakak bridal tu sebab along dah book design lain, last minute dia bagi yang lain. Nasib baik aku bukan pengantin itu, kalau aku, aku bakoooooo je bridal tu. Tapi Along rilekksssssss je. Bagus-bagus positif, aku suka. Adik ipar aku lagi dasyat, dia suka warna oren, so dia pun buatlah theme oren, since baju dia amik kaler oren, dia request pelamin putih, semua putih, termasuklah bunga nye. Sekali hari kahwin ko, bridal tu cakap, baju lelaki yang kaler oren hilang, so dia ganti dengan kaler putih, dia bersanding baju putih dengan pelamin putih, sudahlah pengantin perempuannya putih, nasib baik adik lelaki aku gelap, nampaklah jugak..haha..dia pun rilekssss je. Hopefully aku pun macam diaorang jugak nanti, rilekkksssssss je, pasrah je. Nama pun kita hanya merancang, tuhan jua menentukan. Wahhh sejak nak menjadi isteri ni, aku menjadi orang yang lebih tenang ko. Kemain positifnya. Ma aku je negatif sikit tadi 

"Laaaaa, kalau deposit tak dapat balik macamane?? habislah duit kita, tulah awak tempah awal sangat"

Cecece, bunyi macam aku pakai duit ma je kan..hamboiiii maaa. Rileks ma rileksss...tarik nafas. Tengok anakmu ini, rileks je, walaupun sekarang tak boleh berfikir secara lurus, asyik salah buat kerja je, uishh ilang fokus ni hah, rasa nak half day, jumpa en. syg, set tarikh baru n terus call vendor.

5 comments:

  1. huihh. paling takot kalo tetiba tukar tarikh.. memang haru la sbb kita dah bayar deposit semua. so mcm kena plan mula balik. bawak besabo yeee hehe.

    kalo july penuh pilih lepas raya ke atau bulan enam bkn cuti skolah.

    ReplyDelete
  2. sabo...aku pun byk kali jugak tkr tarikh tau...huhu..sampai gado2...mujur xbertumbuk je ngan abg k... :p

    ReplyDelete
  3. huhuhuu...mmg haru biru btul kesah nih..xdpt nk bayangkan...awak sure xblh tido..nk pilih reben pun x tido 1 mlm ni plak tuka tarikh...sabo..sabo..bwk2 berbincang ngan pihak berkuasa..hope blh la mintak balik deposit

    ReplyDelete
  4. risau jer kan dengar...anyway...bawak bersabar dulu..mungkin ada hikmah dipercepat or dilambatkan event tu...apa-apa hal think positif n jangan stress2...awak kan ratu sehari on that day..kalo stress..nnt nampak kat gambar...smile k... :-)

    |Tunang Kena Simple!|

    ReplyDelete
  5. lind: tu lah risau jugak mula2, skng dah ok sket..bertenang..haha

    z'da: tak dpt bygkan ko bertumbuk ngan abg k, sebelum abg k tumbuk ko, ko dh melayang dulu..haha ;p

    miss lemon: surprisingly, saye tido dengan lena..haha, x stress langsung, x sangka..kan saye ni cerewet tak bertempat..haha..riben pulak boleh bikin stress.

    mizzura: thanks..tak stress punyalah ;p

    ReplyDelete