Klik Jommm

Monday, December 31, 2012

2012

Kemain semua orang update pasal pencapaian tahun 2012 dan azam yang dah tercapai dan tak tercapai. Frankly speaking, azam aku setiap tahun takde yang terlalu specific, azam aku general, nak jadi lebih baik dari tahun lepas in every way, itu sahaja. Senang bebenor kan azam aku. Mungkin azam hujung tahun depan lebih specific..ehem.  

Pencapaian paling bermakna untuk tahun 2012 dan yang paling bermakna sepanjang hidup aku adalah melahirkan Aish Yusuf. Lebih bermakna dari pengalaman jatuh cinta or bertunang or berkahwin. Seriusly, sebab aku ni jenis tak tahan sakit, luka kena pisau pun aku boleh menangis tersedu-sedu sebab ngeri, inikan pulak melahirkan anak. Jadi melahirkan anak adalah perkara yang tak pernah aku terfikir aku mampu lakukan..hahaha. But i did it! and membesarkan anak sendiri yang baru berusia 8 bulan tu pun satu kejayaan jugak untuk aku, alhamdulillah diberikan kesihatan untuk membesarkan Aish Yusuf sampai 7.6kg..hahaha. Semoga Aish Yusuf jadi anak yang baik, soleh, terang hati, murah rezeki, panjang umur dan dilindungi rahmat Allah selalu. Itu doa aku selalu untuk Aish, panjang lagi sebenarnya, doa tu kan senjata orang mukmin, nak pulak doa seorang ibu. 

Eh, macam itu je pencapaian aku tahun ni..kesian betul. Ada a few yang aku keep to myself, adalah yang kecik-kecik tu, yang tak perlulah aku nak mention, sebab macam alahaii, itu je..haha. Bila dah ada anak, cepat betul masa berlalu, bila dah ada anak nothing else matter. Semoga 2013 menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk aku sekeluarga.



 2012 - Proud wife to Asrul Sani and a proud mommy to Aish Yusuf..love you both

Semalam suruh En. Syg tidurkan Aish while aku mengemas dapur, duduk dalam bilik pasang aircond sebab Aish berpeluh-peluh. First time aku masuk bilik, tengok suami tengah tepuk-tepuk punggung Aish sebab Aish still taknak tidur, second time aku masuk bilik tengok dua-dua dah tido ternganga tak sedar diri..OMG i'm so in love :)

Love you more daddy, semoga cinta makin bertambah dan semoga anak pun akan bertambah-tambah nanti but 2014 can wait right (unless kalau terbabas..whoaaa)..haha

 

4 comments:

  1. bahagia 2012, semoga semakin bahagia untuk 2013...

    ReplyDelete
  2. kalau terbabas?
    hihihihihi...insyallah mesti terbabas satu hari nanti
    ;p
    selamat tahun baru, dear :)
    #momycha#!

    ReplyDelete
  3. tu la semua org update pasal 2012...i esok2 la update...haha
    happy new year dear...semoga 2013 lbh bermakna :)

    ReplyDelete